Viral: Jangan Mudah Percaya, Jangan Mudah Menghukum

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 11:25 AM TOTAL COMMENTS : 0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya dah lama saya tak menulis apa-apa di blog ini kan? Masa saya tersangatlah sibuk sejak mula bekerja ni.

Sedang saya sibuk bekerja, banyak idea idea untuk menulis dan banyak pandangan yang saya nak kongsi di blog saya ni.

Sejak kebelakangan ni banyak betul kan benda-benda viral jadi sekelip mata kan? Macam-macam kes terpapar dekat media sosial mahupun di media masa sekarang ni. Nampak macam dah jadi trending di Malaysia (atau mungkin di seluruh dunia) benda-benda viral ni. Proses viral ni sangat cepat, bermula hanya satu video atau gambar sahaja sudah boleh jadi viral merata tempat, jadi bahan bualan orang ramai, dan bila benda dah tersebar, mulalah spekulasi dan komen-komen yang dibuat membuta tuli tanpa tahu hal sebenar.

Ya harini saya nak cerita tentang ni lah, tentang apa? Tentang segelintir manusia-manusia yang bagi saya tak berfikir panjang dalam membuat sesuatu benda ni. Maksud mudahnya suka menghukum seseorang atau sesuatu keadaan tanpa tahu hujung pangkal benda tu terjadi.

Memang benda yang saya nak kongsi ni berkaitan dengan kes-kes viral yang sedang kuat menular dekat negara kita ni. (saya fokuskan di Malaysia sahaja). 

Apa yang boleh kita lihat sekarang ni kan, kita fokuskan di media sosial dahulu. bila ada satu video atau gambar yang boleh menimbulkan kontroversi ni kan, fuh memang terus ramai nak buat cerita. Betul tak? Hanya sebuah video atau sekeping gambar sahaja, ramai orang yang tengah lihat tu terus menghukum situasi tu, ada segelintir melontarkan komen-komen berbaur negatif, memaki hamun, mengejek, menyamakan dengan benda lain mengatakan apa yang dia kata adalah betul, mengatakan orang atau situasi tu bodoh, mencari publisiti murahan di media sosial dan bermacam-macam lagi. Ada segelintir juga yang memberi respon yang positif pada situasi viral yang bersifat negatif, malah menyokong perbuatan itu sehingga memaki kepada orang yang tak menyokong. Disitu mulalah keyboard warrior. Haha.

Jadi pada saya lah kan, saya tak tuding jari pada sesiapa. Ini cuma pendapat dan pandangan saya. 

1. Si "pelakon viral dalam video/gambar"
Kepada awak-awak tu kan, kena fikir juga. Fikir apa benda kita nak buat, zaman sekarang ni kita gaduh mulut sikit pun boleh viral, kita main jentik tangan sampai menangis pun boleh viral, kita itu ini sikit pun boleh viral. Jadi saya tak kisah sangat pun apa nak buat, tapi kalau yang dah negatif sangat tu jangan lah buat, atau kalau nak buat jugak, jangan ada yang rakam dan gatal nak share dekat media sosial. Buat sendiri, settle sendiri, tanggung sendiri. Aib tu jangan bukak sendiri, jangan tunjuk sangat. Jaga maruah tu.

2. Si penyebar.
Kepada yang nak upload video atau gambar yang sendiri boleh tahu benda tu akan jadi viral pada masa akan datang, dan boleh mendatangkan banyak komen-komen buruk dan hentaman mulut-mulut negatif ni, baik berfikir 10 kali sebelum upload sesuatu benda kat media sosial. Memang awak berada dalam situasi tu dan awak yang bertanggungjawab merakam situasi tu, memang dah jadi trend kita merakam apa sahaja kan di zaman teknologi canggih ni. Tapi dah rakam, awak simpan sendiri atau tak perlu sebar ke media sosial. Fikir semula..

3. Si "hakim media sosial"
Okay ni awak-awak pun kena ambil tahu dan ambil perhatian okay. Saya tahu otak awak mudah terangsang dan sel-sel berhubung dengan cepat bila tengok sesuatu yang viral ni kan. Mulalah tangan gatal nak share dekat kawan maya awak tu, share  satu hal, siap buat cerita yang entah hape-hape, awak judge orang tu, awak judge situasi tu, jadi orang lain pun percaya cerita awak tu. Tapi sebenarnya awak tak tahu pun apa cerita sebenar situasi tu. Main hentam keromo je. Tu baru awak sorang, dekat Malaysia ni ramai-orang, jadi ramai share, banyak cerita, banyak itu ini apa semua, ha tangggung sendiri. Nasihat sikit dari saya, kalau dah tengok video/gambar viral ni, just tengok dan gelak hahahaha lepas tu dah lah. Scroll timeline tu semula. Pergi tengok video ceramah ke apa ke,tolong mak masak ke, kan elok. Dapat juga ilmu kan. Saya tahu awak ada pandangan sendiri, tapi fikir 10 kali betul ke pandangan awak tu untuk meyuarakan pendapat/komen.

Perlu saya ingatkan, era sekarang ni, bila dan tersebar di media sosial, memang cepat tau tersebar, nak patah balik susah. Kena pulak dah di'share' sampai 100 kali, kena pulak ada yang download, share pulak dekat Whatsapp, Wechat apa semua tu. Naya beb. Saya tak cakap siapa salah siapa betul. Kalau awak sedang ada dalam situasi ni atau dalam 3 orang yang saya tulis kat atas tu, awak fikir semula. Tepuk dada tanya selera.

Dalam post saya kali ni bukanlah nak menilai awak dekat luar tu, ini sebahagian dari pandangan saya, dan pendapat saya. Setiap orang ada fikiran berlainan, pandangan berlainan, pendapat berlainan, tapi cara kita luahkan tu menunjukan siapa diri kita sebenarnya. :)

Jangan mudah percaya, jangan mudah menghukum.
 
Assalamualaikum.