Tragedi Oktober: Persona Aku Masuk Air

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 3:44 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okay harini sedih sikit, sebab apa, sebab ada benda yang tak menyenangkan berlaku nii. 

Kereta Persona aku masuk air hujan kat belah driver :( :( :( . Alaaaa. Series terkejut tadi bila masuk kereta je macam masuk kat lecak tepi jalan weh. Bertakung air kat bawah. Habis carpet basah lencun. 

Aku agak mesti semalam hujan lebat masuk air dari celah pintu. Sebelum ni kalau dekat rumah aku parking bawah canopy. Tapi semalam aku parking bawah pokok. Lepas tu aku tidur belah petang tu. Time tu pulak hujan lebat selebat lebatnya,, aku terlupa pulak kereta aku kat bawah pokok sebelah rumah aku betul betul dekat soyok rumah yang tempat air turun tu. Aku pulak pergi bantai tidur sampai petang, aku pun tak teringat kalau paking situ air senang masuk kereta sebab air kan laju mencurah curah kan, so bila dah banyak sangat air jatuh kat pintu kereta, ye sikit sikit masuk lalu celah celah tu. Nasib baik dekat belah driver je, seat belakang tak masuk. Tapi even dekat belah driver je pun, hmm tetap masuk air. Haha

Tadi aku dah buang airnya , banyak jugak, kalau isi dalam botol air mineral yang besar tu, aku rasa penuh. Hahaha. Banyak round jugak aku buang airnya tapi tak habis habis. Betul betul banyak air bertakung tu. Hhish. Dugaan dugaan. Meh aku tunjuk banyak mana yang bertakung..


Huwaaaaaaa :(


Ha nampak kan airnya bertakung kat situ? Sebelum ni banyak sikit dari ni. Hmm. Harap harap kering lah nanti. Tapi sekarang musim hujan pulak. Ingat nak jemur kat panas. haha. Takpelah, lama lama dia kering jugak lah tu. 

p/s: Jangan main hujan, nanti basah.


Jangan Salah Anggap Dengan Orang Kidal

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 3:55 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ni aku tujukan untuk orang yang bertangan kidal. Apa tu kidal? Kidal bermaksud orang yang membuat aktiviti seharian dan perkara-perkara asas dalam kehidupan dengan mengunakan tangan kiri. Contoh seperti menulis, memegang sesuatu benda, menekan, mengetuk dan sebagainya dengan mengunakan tangan kiri. Kidal bagi aku bukan kan cacat atau apabenda. Bagi aku kidal is unique, dan aku suka benda yang unik, dan aku sendiri kidal. :)



Sepertimana yang semua tahu, orang kidal ni is more mengunakan tangan kiri daripada tangan kanan. So aku perasan beberapa perkara yang menarik bila aku bertangan kidal ni yang kadang orang lain boleh salah anggap.

First sekali for those dekat luar sana yang jakun nak mampos dengan orang  kidal ni, diorang akan kata aku pegang apa-apa guna 'tangan taik'. Maksudnya guna tangan yang untuk cebok, wey aku bukan takde akal nak fikir, kau sendiri pun cuci tangan bersih bersih kan lepas cebok. Aku bukan orang batu doo. Haha. Aku bukan duduk zaman Paleolitik mesolitik apa litik semua tu. Faham? 

Then yang aku perasan lagi kan, orang kidal ni memang dah terbiasa untuk mengkidalkan aktiviti seharian dia dengan tangan kiri, jadi ada benda benda kecik kadang kita terlepas pandang. Kita melayu penuh sopan santun kan. Macamni, selalu orang memberi guna tangan kanan, menerima dengan tangan kanan juga, tapi kadang-kadang aku sendiri tak perasan yang aku memberi dan menerima menggunakan tangan kanan. emm :( . Kita tak sengaja lah.. Benda tu macam spontan tahu tak? Sebab dah terbiasa guna tangan kiri, then amik barang tangan kiri, then spontan terus hulur barang guna tangan kiri. Please jangan label saya kwangajo pula. Huhu. Tak bermaksud nak biadap, cuma terlepas pandang benda macamtu. Series ni.. hmm :'(

Okay lagi tang makan pakai sudu or garfu. Hmm . Macamnilah, aku tahu makan tak elok guna tangan kiri. Tapi aku macam terbiasa automatik bila pegang sudu tu tangan kiri. Aku perasan bila aku makan guna sudu guna tangan kiri,aku makan boleh habis cepat, kalau guna tangan kanan, aku makan jadi lambat. Mungkin dipengaruhi oleh faktor cara pemegangan sudu kot. Banyak kali dah kena tegur. hehe. Then aku cuba biasakan guna tangan kanan , so hasilnya sekarang aku dah terbiasa kalau makan guna sudu guna tangan kanan.

Jadi semua yang kat luar sana, janganlah salah anggap dengan orang kidal ni. Kadang tak perasan hal hal kecik ni. Tegur elok elok okay. Orang kidal pun manusia, bukan haiwan, bukan robot, bukan tiang lampu. Faham ye? Hehe :D :D :D

Cabaran Di Alam Universiti

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 9:50 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik je aku dah habis diploma aku, belum official tamat sebab belum convocation. InsyaAllah akan graduate tahun depan. So setelah 2tahun setengah aku di bumi UiTM Lendu, Melaka dihatiku untuk penuhkan pembelajaran diploma aku. Sekarang dah sampai penghujung dan dah habis pun. Huhu, Alhamdulillah.

Aku yang ambik kos Fotografi dan Pengimejan Kreatif dekat sana sangat berbangga dapat hadapi semua cabaran dengan tabah. ~jangan emosi sangat.

SOURCE


Okay so aku cuma nak share apa yang seronok time belajar dekat sana. First kalau korang minat dengan kos yang korang amik tu, confirm lah seronok every semester kan. For adik-adik yang akan masuk alam universiti akan datang nanti, memang banyak kena isi mental, fizikal, emosi, jasmani, rohani, akhlak malah zahir dan batin. Haa.. Tapi memang series, semua korang kena prepare awal-awal. Memang betul lepas habis SPM, jiwa masih mentah, kita masih terbawak-bawak perangai sekolah. Aku pun dulu macamtu. Masuk UiTM je memang selekeh tak terkata lah. Haha. Tapi memang betul, semua akan lalui benda benda macamni.

Seronok time belajar sentiasa ada, bila dah masuk zaman universiti ni semua dah lain dik. Kalau dulu sekolah bangun pagi pagi, pergi kelas. Lepas satu kelas, ada kelas lain. Balik kadang sampai petang, belum kira kelas tambahan lagi. Tapi dekat U ni lain dah. Kadang satu hari kelas sekali je, tu pun petang, tak pun 2 kelas je. Kadang satu hari takde kelas. Makan minum dari pagi sampai malam korang cari sendiri, nak suruh mak masak hantar sampai gate memang tak ada dah. Kalau kelas pagi, kau latih bangun sendiri, kalau dulu kat rumah, mak kejut, sekarang tak lagi, nak harapkan roomates, kadang roomates pun bantai tidur sampai tengahari.

Lagi pasal duit, duit kalau mengalir tak macam air, tak sah weh. Dekat universiti ni, RM100 tu, kalau dah guna RM10 ringgit, memang seminggu tak boleh bertahan beb. Percayalah. Lagi satu kalau kau jenis kuat makan macam bela saka. Duit kau majoriti akan habis dekat makanan je. Awal semester memang makan sedap, makan tempat mahal, siap belanja kawan lagi. Tapi bila akhir semester, makanan seharian kau Meggi je beb. Tu belum kes roomates bedal meggi kau tiap malam. Elok sebungkus tu ada 5 paket, kau dapat makan sepaket je, Kau get ready jelah. muehehe

Tu baru cerita pasal duit makan, belum duit assignment korang dik. Lecturer suruh beli itu ini untuk assignment kau. Kau nak bahagikan lagi duit tu. Kalau macam aku ni, kos foto. Duit PTPTN tu bertahan 4 minggu awal je. Kos aku banyak pakai duit, duit printing, duit frame gambar, duit minyak kereta(nak pergi shooting jauh), duit props model lagi, sewa studio lagi, it's all about money lah senang cakap. haha. 

Lagi yang boleh aku kongsikan ialah kawan. Dekat universiti ni kau jumpa macam jenis kawan, macam jenis perangai, banyak kau jumpa. Tapi itu yang bagus, kau ramai kawan. Tapi ingat, kawan dekat universiti lain dengan kawan dekat sekolah. Sebab apa? Sebab kawan dekat sekolah adalah kawan yang sama negeri. Kawan dekat universiti kawan dari banyak negeri. Sebab apa aku cakap macamni, aku bukan nak racist. Okay, setiap negeri dan orang yang menduduki negeri tu ada perangai dan gaya tersendiri, kita pun ada gaya dan perangai tersendiri. Jadi bila dekat universiti, semua negeri ada, jadi kau akan jumpa dan layan banyak perangai yang kau tak pernah jumpa. So kau kena sesuaikan diri dekat situ. Mungkin ada yang kasar, mungkin ada yang lemah lembut, mungkin ada yang itu ini apa semua. So kau handle sendiri, gaduh, tarik muka, kutuk belakang, kawan makan kawan tu perkara biasa kat sana. Kau hadap je, kalau kau fikir positif je, positif lah kau dapat okay?


Banyak lagi perkara yang aku boleh kongsikan, tapi akan datang lah ye. Dan perlu korang ingat, aku bukan takut takutkan korang atau kata belajar dekat universiti ni teruk ke apa. Ini based on my pengalaman dan pendapat aku bila aku dah lalui zaman ni. Untuk preparation korang jugak. :)

Senang kata kalau dekat universiti kau survive lah sendiri, baru kau boleh hidup. Haha. Btw, goodluck tempuhi alam universiti pada siapa yang nak sambung belajar ke universiti. :D


"arepskema" menjadi "amirrularrif"

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 11:48 AM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Official Logo dengan Panda. Uhuk


Nampaknya dah lama aku tinggalkan blog ni kan? Tersangat lama weh. Rindu sebenarnya untuk aktif dalam dunia blogging ni macam suatu ketika dahulu, Maklumlah, masa makin berjalan, hidup makin kedepan, jadi sedikit sebanyak dah ubah gaya hidup aku ni.

Kalau dulu masa sekolah  menengah, aku sempat aje nak bukak blog lepas habis sekolah, tengah malam lepas study atau buat homework, semua sempat untuk blogging, masa cuti, dari pagi sampai malam dengan blog aje. makan minum depan laptop/pc je.

Tapi sekarang lain dah, sejak masuk alam universiti, susah sikit nak atur masa dengan blog ni. Mana taknya assignment bukan macam homework sekolah menengah dulu tu kan. Kadang sampai 3 4 pagi belum tidur sebab ngadap assignment. So bilanya lah nak jenggah blog ni, apatah lagi nak buat entri ye dak.

Jadi ni memandangkan aku dah habis diploma aku, aku rasa lega sikit lah, rasa lapang sikit, so try lah bukak balik blog ni., Cuba amik masa untuk uruskan blog ni. Hehe. 

Btw aku banyak buat perubahan untuk blog ni, mungkin tak nampak sangat, tapi memang besar perubahannya. First sekali bila aku bukak blog ni aku dah rasa tak best sebab aku masih guna URL lama. Jadi aku berhasrat dan dah buat pun, aku tukar URL blog aku kepada yang lebih okay. Bukan maksud aku sebelum ni buruk. Tapi yelah kan, dulu aku guna arepskema.blogspot.com, i think kita semakin meningkat dewasa and more to menuju kematangan. So blog ni aku nak kekalkan sampai tua, jadi macam tak sesuai lah kalau umur aku dah 40 nanti, anak aku tanya aku ada blog tak, takan aku nak cakap blog aku 'arepskema' haha. Not so matured lah time tu. So aku pun tukar kepada nama aku sendiri iaitu amirrularrif.blogspot.my. Dan aku rasa tu lebih sesuai dan boleh diguna untuk jangka masa yang lama. Dan aku lagi bangga sebab guna nama full aku. 

Kalau korang nak tahu, ada banyak buruknya bila tukar URL blog ni. Ha tu nanti aku cerita untuk next entry okay? :)