Tragedi Oktober: Persona Aku Masuk Air

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 3:44 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okay harini sedih sikit, sebab apa, sebab ada benda yang tak menyenangkan berlaku nii. 

Kereta Persona aku masuk air hujan kat belah driver :( :( :( . Alaaaa. Series terkejut tadi bila masuk kereta je macam masuk kat lecak tepi jalan weh. Bertakung air kat bawah. Habis carpet basah lencun. 

Aku agak mesti semalam hujan lebat masuk air dari celah pintu. Sebelum ni kalau dekat rumah aku parking bawah canopy. Tapi semalam aku parking bawah pokok. Lepas tu aku tidur belah petang tu. Time tu pulak hujan lebat selebat lebatnya,, aku terlupa pulak kereta aku kat bawah pokok sebelah rumah aku betul betul dekat soyok rumah yang tempat air turun tu. Aku pulak pergi bantai tidur sampai petang, aku pun tak teringat kalau paking situ air senang masuk kereta sebab air kan laju mencurah curah kan, so bila dah banyak sangat air jatuh kat pintu kereta, ye sikit sikit masuk lalu celah celah tu. Nasib baik dekat belah driver je, seat belakang tak masuk. Tapi even dekat belah driver je pun, hmm tetap masuk air. Haha

Tadi aku dah buang airnya , banyak jugak, kalau isi dalam botol air mineral yang besar tu, aku rasa penuh. Hahaha. Banyak round jugak aku buang airnya tapi tak habis habis. Betul betul banyak air bertakung tu. Hhish. Dugaan dugaan. Meh aku tunjuk banyak mana yang bertakung..


Huwaaaaaaa :(


Ha nampak kan airnya bertakung kat situ? Sebelum ni banyak sikit dari ni. Hmm. Harap harap kering lah nanti. Tapi sekarang musim hujan pulak. Ingat nak jemur kat panas. haha. Takpelah, lama lama dia kering jugak lah tu. 

p/s: Jangan main hujan, nanti basah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. salam... still guna persona ke... sy ade mslah persona masuk air mcm awak jugak..sebujik kejadiannye mcm awak.. part driver sahaja yg terlibat...
    saya dh bawa g certre yg kt shah alam tu.. bis whole getah kt pintu dorg tukar...
    tp bila hujan jagi jugak.. banjir...
    share sikit mcm ne awak resolve kan masalah ni... tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Maaf lambat reply. Ye saya masih guna persona. First saya agak dari getah kat pintu tu, getah kat pintu saya tu dah terbukak sikit, so anggapan saya memang dari situ air masuk. Tapi sampai sekarang saya tak lekatkan semula getah dekat pintu tu sebab selepas kejadian ni, persona saya tak masuk air dan tak banjir bila hujan, saya pelik juga.

      Masa kejadian banjir ni, kereta saya parking betul betul bawah cucur air dari bumbung, masa tu hujan lebat, jadi mungkin sebab air jatuh tu agak banyak sebab dari bumbung, tu yang air bolh masuk banyak lalu getah tu, kalau hujan biasa biasa atau pun lebat masa tengah memandu ataupun parking tempat open, air tak masuk pun.

      Alhamdulillah tak banjir kereta saya walaupun saya tak lekatkan semula getah pintu tu. Awak try lah tanya dekat group persona. diorang lebih tahu pasal ni. hehe.

      Delete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)