Jangan Salah Anggap Dengan Orang Kidal

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 3:55 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ni aku tujukan untuk orang yang bertangan kidal. Apa tu kidal? Kidal bermaksud orang yang membuat aktiviti seharian dan perkara-perkara asas dalam kehidupan dengan mengunakan tangan kiri. Contoh seperti menulis, memegang sesuatu benda, menekan, mengetuk dan sebagainya dengan mengunakan tangan kiri. Kidal bagi aku bukan kan cacat atau apabenda. Bagi aku kidal is unique, dan aku suka benda yang unik, dan aku sendiri kidal. :)



Sepertimana yang semua tahu, orang kidal ni is more mengunakan tangan kiri daripada tangan kanan. So aku perasan beberapa perkara yang menarik bila aku bertangan kidal ni yang kadang orang lain boleh salah anggap.

First sekali for those dekat luar sana yang jakun nak mampos dengan orang  kidal ni, diorang akan kata aku pegang apa-apa guna 'tangan taik'. Maksudnya guna tangan yang untuk cebok, wey aku bukan takde akal nak fikir, kau sendiri pun cuci tangan bersih bersih kan lepas cebok. Aku bukan orang batu doo. Haha. Aku bukan duduk zaman Paleolitik mesolitik apa litik semua tu. Faham? 

Then yang aku perasan lagi kan, orang kidal ni memang dah terbiasa untuk mengkidalkan aktiviti seharian dia dengan tangan kiri, jadi ada benda benda kecik kadang kita terlepas pandang. Kita melayu penuh sopan santun kan. Macamni, selalu orang memberi guna tangan kanan, menerima dengan tangan kanan juga, tapi kadang-kadang aku sendiri tak perasan yang aku memberi dan menerima menggunakan tangan kanan. emm :( . Kita tak sengaja lah.. Benda tu macam spontan tahu tak? Sebab dah terbiasa guna tangan kiri, then amik barang tangan kiri, then spontan terus hulur barang guna tangan kiri. Please jangan label saya kwangajo pula. Huhu. Tak bermaksud nak biadap, cuma terlepas pandang benda macamtu. Series ni.. hmm :'(

Okay lagi tang makan pakai sudu or garfu. Hmm . Macamnilah, aku tahu makan tak elok guna tangan kiri. Tapi aku macam terbiasa automatik bila pegang sudu tu tangan kiri. Aku perasan bila aku makan guna sudu guna tangan kiri,aku makan boleh habis cepat, kalau guna tangan kanan, aku makan jadi lambat. Mungkin dipengaruhi oleh faktor cara pemegangan sudu kot. Banyak kali dah kena tegur. hehe. Then aku cuba biasakan guna tangan kanan , so hasilnya sekarang aku dah terbiasa kalau makan guna sudu guna tangan kanan.

Jadi semua yang kat luar sana, janganlah salah anggap dengan orang kidal ni. Kadang tak perasan hal hal kecik ni. Tegur elok elok okay. Orang kidal pun manusia, bukan haiwan, bukan robot, bukan tiang lampu. Faham ye? Hehe :D :D :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)