Cabaran Di Alam Universiti

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 9:50 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik je aku dah habis diploma aku, belum official tamat sebab belum convocation. InsyaAllah akan graduate tahun depan. So setelah 2tahun setengah aku di bumi UiTM Lendu, Melaka dihatiku untuk penuhkan pembelajaran diploma aku. Sekarang dah sampai penghujung dan dah habis pun. Huhu, Alhamdulillah.

Aku yang ambik kos Fotografi dan Pengimejan Kreatif dekat sana sangat berbangga dapat hadapi semua cabaran dengan tabah. ~jangan emosi sangat.

SOURCE


Okay so aku cuma nak share apa yang seronok time belajar dekat sana. First kalau korang minat dengan kos yang korang amik tu, confirm lah seronok every semester kan. For adik-adik yang akan masuk alam universiti akan datang nanti, memang banyak kena isi mental, fizikal, emosi, jasmani, rohani, akhlak malah zahir dan batin. Haa.. Tapi memang series, semua korang kena prepare awal-awal. Memang betul lepas habis SPM, jiwa masih mentah, kita masih terbawak-bawak perangai sekolah. Aku pun dulu macamtu. Masuk UiTM je memang selekeh tak terkata lah. Haha. Tapi memang betul, semua akan lalui benda benda macamni.

Seronok time belajar sentiasa ada, bila dah masuk zaman universiti ni semua dah lain dik. Kalau dulu sekolah bangun pagi pagi, pergi kelas. Lepas satu kelas, ada kelas lain. Balik kadang sampai petang, belum kira kelas tambahan lagi. Tapi dekat U ni lain dah. Kadang satu hari kelas sekali je, tu pun petang, tak pun 2 kelas je. Kadang satu hari takde kelas. Makan minum dari pagi sampai malam korang cari sendiri, nak suruh mak masak hantar sampai gate memang tak ada dah. Kalau kelas pagi, kau latih bangun sendiri, kalau dulu kat rumah, mak kejut, sekarang tak lagi, nak harapkan roomates, kadang roomates pun bantai tidur sampai tengahari.

Lagi pasal duit, duit kalau mengalir tak macam air, tak sah weh. Dekat universiti ni, RM100 tu, kalau dah guna RM10 ringgit, memang seminggu tak boleh bertahan beb. Percayalah. Lagi satu kalau kau jenis kuat makan macam bela saka. Duit kau majoriti akan habis dekat makanan je. Awal semester memang makan sedap, makan tempat mahal, siap belanja kawan lagi. Tapi bila akhir semester, makanan seharian kau Meggi je beb. Tu belum kes roomates bedal meggi kau tiap malam. Elok sebungkus tu ada 5 paket, kau dapat makan sepaket je, Kau get ready jelah. muehehe

Tu baru cerita pasal duit makan, belum duit assignment korang dik. Lecturer suruh beli itu ini untuk assignment kau. Kau nak bahagikan lagi duit tu. Kalau macam aku ni, kos foto. Duit PTPTN tu bertahan 4 minggu awal je. Kos aku banyak pakai duit, duit printing, duit frame gambar, duit minyak kereta(nak pergi shooting jauh), duit props model lagi, sewa studio lagi, it's all about money lah senang cakap. haha. 

Lagi yang boleh aku kongsikan ialah kawan. Dekat universiti ni kau jumpa macam jenis kawan, macam jenis perangai, banyak kau jumpa. Tapi itu yang bagus, kau ramai kawan. Tapi ingat, kawan dekat universiti lain dengan kawan dekat sekolah. Sebab apa? Sebab kawan dekat sekolah adalah kawan yang sama negeri. Kawan dekat universiti kawan dari banyak negeri. Sebab apa aku cakap macamni, aku bukan nak racist. Okay, setiap negeri dan orang yang menduduki negeri tu ada perangai dan gaya tersendiri, kita pun ada gaya dan perangai tersendiri. Jadi bila dekat universiti, semua negeri ada, jadi kau akan jumpa dan layan banyak perangai yang kau tak pernah jumpa. So kau kena sesuaikan diri dekat situ. Mungkin ada yang kasar, mungkin ada yang lemah lembut, mungkin ada yang itu ini apa semua. So kau handle sendiri, gaduh, tarik muka, kutuk belakang, kawan makan kawan tu perkara biasa kat sana. Kau hadap je, kalau kau fikir positif je, positif lah kau dapat okay?


Banyak lagi perkara yang aku boleh kongsikan, tapi akan datang lah ye. Dan perlu korang ingat, aku bukan takut takutkan korang atau kata belajar dekat universiti ni teruk ke apa. Ini based on my pengalaman dan pendapat aku bila aku dah lalui zaman ni. Untuk preparation korang jugak. :)

Senang kata kalau dekat universiti kau survive lah sendiri, baru kau boleh hidup. Haha. Btw, goodluck tempuhi alam universiti pada siapa yang nak sambung belajar ke universiti. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)