"arepskema" menjadi "amirrularrif"

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 11:48 AM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Official Logo dengan Panda. Uhuk


Nampaknya dah lama aku tinggalkan blog ni kan? Tersangat lama weh. Rindu sebenarnya untuk aktif dalam dunia blogging ni macam suatu ketika dahulu, Maklumlah, masa makin berjalan, hidup makin kedepan, jadi sedikit sebanyak dah ubah gaya hidup aku ni.

Kalau dulu masa sekolah  menengah, aku sempat aje nak bukak blog lepas habis sekolah, tengah malam lepas study atau buat homework, semua sempat untuk blogging, masa cuti, dari pagi sampai malam dengan blog aje. makan minum depan laptop/pc je.

Tapi sekarang lain dah, sejak masuk alam universiti, susah sikit nak atur masa dengan blog ni. Mana taknya assignment bukan macam homework sekolah menengah dulu tu kan. Kadang sampai 3 4 pagi belum tidur sebab ngadap assignment. So bilanya lah nak jenggah blog ni, apatah lagi nak buat entri ye dak.

Jadi ni memandangkan aku dah habis diploma aku, aku rasa lega sikit lah, rasa lapang sikit, so try lah bukak balik blog ni., Cuba amik masa untuk uruskan blog ni. Hehe. 

Btw aku banyak buat perubahan untuk blog ni, mungkin tak nampak sangat, tapi memang besar perubahannya. First sekali bila aku bukak blog ni aku dah rasa tak best sebab aku masih guna URL lama. Jadi aku berhasrat dan dah buat pun, aku tukar URL blog aku kepada yang lebih okay. Bukan maksud aku sebelum ni buruk. Tapi yelah kan, dulu aku guna arepskema.blogspot.com, i think kita semakin meningkat dewasa and more to menuju kematangan. So blog ni aku nak kekalkan sampai tua, jadi macam tak sesuai lah kalau umur aku dah 40 nanti, anak aku tanya aku ada blog tak, takan aku nak cakap blog aku 'arepskema' haha. Not so matured lah time tu. So aku pun tukar kepada nama aku sendiri iaitu amirrularrif.blogspot.my. Dan aku rasa tu lebih sesuai dan boleh diguna untuk jangka masa yang lama. Dan aku lagi bangga sebab guna nama full aku. 

Kalau korang nak tahu, ada banyak buruknya bila tukar URL blog ni. Ha tu nanti aku cerita untuk next entry okay? :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)