Internet Mengubah Zaman

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 10:47 PM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah kauorang semua terfikir tak tentang INTERNET? Kenapa dengan internet? 



Zaman sekarang ni sangat berkaitrapat dengan kewujudan teknologi internet ni. Kenapa kita perlukan internet ni? Apa seronoknya pasal internet ni? Aku percaya orang zaman ni hidup dengan ada nya internet. Budak lahir je dah hidup dalam zaman internet. 

Okay pernah kauorang rasa tak kehidupan sebelum ada internet. Or maybe kauorang hidup dah ada wujud teknologi internet ni tapi kauorang tak kenal lagi atau tak rasa penting lagi internet ni. Memang pernah rasa kan.

Aku sendiri berdasarkan pengalaman aku hidup dah 20 tahun ni. Eh? dah 20 rupanya aku. Haha. Okay dulu aku pakai fon cikai je. Aku ingat lagi fon first aku fon Samsung apa kejadah tah model dia. Fon yang masih ada arial tu lagi. Zaman dulu kan fon semua ada arial, macam ada tanduk tu. Haha. Masa tu aku kenal  3 benda utama je dalam fon, game, mesej dan call. Tu je. 

Tapi lepas zaman berjalan ke arah lebih maju, kita semua sekarang disuap sikit sikit dengan teknologi internet ni. Zaman sekarang pakai fon nak canggih semua. Kalau dulu kita kenal mesej dan call je. Tapi sekarang dah lebih banyak, semua social media  kita ada. Cakap je dari A sampai Z, kita semua tahu, 24 hours fon mesti lekat kat tangan, yang kaki Youtube nya lain, kaki Whatsapp nya lain, kaki Instagram nya lain, kaki FB nya lain, sampai  tak cukup masa, tak cukup tangan nak layan semua tu.

Fikirkan macamana kalau tiba-tiba tak ada internet? Gelabah macam apa kan?? Kita seboleh boleh perlukan internet kan? 

Nampaktak aku merapu?

Nampak tak zaman mengubah kita, atau kita yang mengubah zaman supaya ikut rentak kita? Atau rentak kita yang membuatkan zaman berubah? 

Atau nampak tak entry aku tak ada point penting pun? Lantak..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)