End Of Semester 04!

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 1:44 AM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pejam celik-pejam celik je dah sampai akhir semester 4 aku sekarang ni. Nampak tak cepat masa berjalan sekarang ni? 



Haritu baru mid-term break. Ni dah semester break terus. Series aku rasa sekejap je semester 4 ni. Tak macam semester sebelum-sebelum ni. Dan aku tak sangka juga dapat lalui dengan jayanya walaupun penuh cabaran. Penat lelah semua dah berlalu untuk semester 4 ni. Dan ni cuti baru je bermula. Cuti lebih kurang 2 bulan jugak lah. Kira cuti lama lah kali ni. Hehehe.

Okay jadi macam biasa memang tak sempat nak buka blog masa study ni. Masa ya Allah, tak ada kosong rasanya. Padat lagi mampat weh. Meh aku cerita sikit life as a student photography dekat uitm ni eah. 

Minggu first selalu memang kita rasa free. Lecturer masih tak kasi assignment lagi, baru intro sikit sikit biar kita tak terkejut sebab yalah minggu first kot, otak kita masih beku sebab cuti. Tu yang dia slow slow cairkan mod cuti dalam jiwa kita. Lepas dapat assignment biasanya awal-awal aku macam rilex rilex dulu, aku susun sikit sikit mana yang boleh buat dulu, aku tak gelabah cakap " ish susahnya, ish payah nak buat ni. bla bla bla" . Nope, aku tak macamtu. Rasa susah, aku diam dulu, bila dan merasai susah tu baru aku bising sikit. Tu style aku. haha.

And biasanya dah masuk pertengahan sem ni, ha time ni memang semua tak duduk diam, tak tidur malam. Betul aku  cakap, kalau nak assesment ni, memang tak tidur malamnya tu. Memang buat malam tu nak siapkan. Cuti sabtu ahad kau entah kemana, macam tak cuti, beza sabtu ahad dengan hari biasa, cuma takde kelas je. Tu je. Tapi assignment tetap jalan weh. Sakit tak sakit lah rasanya. Time ni lah baru terfikir pentingnya 'rilex-rilex' minggu awal. Hahahaha!

Dengan adanya semua benda tu, mana nak sempat buka blog, taip entry panjang-panjang pasal kejadian seharian, cukuplah bermodalkan upload gambar sekeping kat Instagram berserta caption tak lebih 10 patah perkataan. Haha.

Bagi yang dah pernah study kat universiti, tahu lah kan.Bagi tak baru nak capai universiti, korang siapkan diri korang sesiapnya okay? Good luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)