Aku dan Mini Cooper

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 2:51 PM TOTAL COMMENTS : 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku nak kongsikan sikit pasal minat aku. Setiap orang dalam dunia ni ada minat yang tersendiri kan? Ada minat kebih menjurus ke arah yang pelik pelik atau aneh aneh atau unik unik ni. Ada yang minat ke arah yang ganas-ganas atau ada yang minat sesuatu yang orang lain tak minat. 

Minat ni juga boleh dikategorikan sebagai hobi bagi aku, sebab bil kita minat sesuatu ni, mesti kita akan cari, mesti kita akan kumpul, mesti kita akan simpan dan mesti kita akan kekalkan minat ni. Betul tak? hehe.

Apa yang aku nak cakap ni, sejak kebelakangan ni aku tetiba minat kepada benda-benda yang vintaj atau antik ni. Sebagai contoh yang sekarang tengah ligat dalam kepala aku ni ialah kereta vintaj. Tak kisah lah kereta vintaj jenis apa,lagi lama lagi cun. Tapi ada satu keteta ni yang aku minat gila babi lah bahasa kasarnya. Haha. Aku minat kereta Mini Cooper yang klasik punya, bukan yang baru punya ni.

Aku start macam kenal dan suka kereta ni dari cerita Mr. Bean, siapa tak kenal Mr, Bean kan? dengan kereta Mini Cooper hijau dia tu. Dari situ aku macam suka sebab kereta tu comel. Lepas tu yang makin aku buat makin buat aku menggila lagi pasal kereta ni sejak aku kenal RA :)
Dia pun ada minat yang sama, dia minat Mini Cooper ni. Semua Mini Cooper dia berkenan. Haha. Aku teringat bila dia naik kereta dengan aku, bila dia nampak Mini Cooper kat tepi jalan ke, ada orang drive ke, mesti dia akan menjerit, lepas tu dia cakap "alaaaaaa comelnyaaaa!" Hahaha. Thats my sweetie.

Okay berbalik pada minat aku tu, aku nampak macam sesuatu yang unik yang menarik perhatian aku bila nampak Mini Cooper klasik ni. Ada something yang best pasal kereta ni dari segi luaran dan dalaman. Tapi jujurnya aku tak berapa reti pasal kereta ni, tapi akan aku cuba tahu bila satu hari nanti aku dapat Mini Cooper ni. Hahaha. Dan salah satu impian yang tak tercapai lagi ialah nak memiliki sebijik Mini Cooper Klasik ni. Haha.

Aku nak cerita sejarah dia pun panjang gila, bermacam jenis kereta Mini Cooper pernah buat, antaranya :



Ni aku amik dari wikipedia je. Haha. Pasal aku nak taip panjang pun bukan ada yang baca. Haha.

And yang paling aku minat sekarang ni ialah Mini Clubman / 1275GT. Dulu aku tak berapa minat sangat, tapi sejak kebelakangan ni, model yang ni aku minat gila, nampak garang dan ganas. Haha. 
  
             


Aku tengok banyak banyak Mini Cooper ni, lawa kena dengan Zeemax Bodykits, series lawoo habis lah orang kata. Haha. Macam dalam gambar tu. Orang kata "just nice" lah.

Okay so buat masa ni aku just usha usha je dulu kat mudah.my and dekat group fb pasal mini cooper ni, kot kot ada murah and condition okay and aku ada duit, aku beli lah. Hahahahahahahaha 
*entah bila agaknya*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. smalh bro..minat dgn mini clasic...older mini..yg dlm kepala otak minat limited edition zeemax ori...blum nmpk lgi kelibat di mudah...

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)