Mid-Sem Break !

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 11:00 PM TOTAL COMMENTS : 0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Mintak maaf sebab lama tak update, aku dah agak dah, bila start semester memang payah gila nak update blog, susah nak bukak laman sosial ni. Instagram dengan twitter tu pun nasib baiklah senang, guna fon je boleh and tak perlu taip panajng panjang. Ni blog memang payah lah pakai fon. Tak puas.

Okay aku dapat update semula blog ni pun sebab ni tengah mid sem break. Cuti 2 minggu. Start haritu hari sabtu. Tapi satu sampai ahad tu holiday, nanti aku cerita. So harini baru sempat nak bukak lappy dekat rumah ni ha. 

Jadi ternyata lah kehidupan dekat universiti ni memang tiada masa nak update blog. Lagi-lagi aku budak Art & Design (Fotografi) . So memanjang lah dengan kamera, outing, shooting, studio, editing. Memang tu jelah sepanjang masa. Dah lah jadual kelas semester ni 'sakit' gila. Setiap hari kelas 8.30 pagi. Walaupun sehari kelas cuma 1 atau 2 kelas. Tapi 'sakit' woo. Lepas maghrib mengadap lappy buat kerja sampai pukul 2 3 pagi. Kadang sampai subuh, then baru tidur. Lepas tu bangun balik 8.30 tu. Haishh. Cabaran belajar. :) 

So far untuk semester 4 ni Alhamdulillah berjalan lancar untuk awal awal ni. Assignment pun mula naik sikit sikit. Cuti ni fokus assignment jelah. Ada masa aku update blog lagi. Hehee. Hubungan dengan kawan-kawan pun Alhamdulillah. Semakin baik daripada semester semester lepas. Masing masing dah matang kan. :) 

Jadi buat masa ni , ini jelah dulu nukilan aku, ceh. Hahaa. Esok kalau berkesempatan, aku update lagi okay. :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)