Zaman Sekarang Duit Tu Penting

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 10:43 PM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

MONEY MONEY MONEY! SUMBER

DUIT! zaman sekarang ni kan, siapa je tak kenal duit. Semua orang kenal duit. aku bercakap ni sebab kita sebagai orang, bukan binatang. Binatang tak kenal duit. Kita orang, kita manusia, kita kenal duit. Kenapa aku bercakap pasal duit kali ni? 

Sebabnya zaman sekarang ni zaman serba berduit segalanya. Kau nak beli itu pakai duit, kau nak pinjam itu pakai duit, kau nak uruskan itu pakai duit, nak itu ini semua duit. Semua orang perlu duit. Aku tak cakap duit itu adalah segalanya. Tapi kita sendiri sedar kita perlukan duit, duit kita serba tak cukup setiap masa, aku tak bermaksud kita tak perlu bersyukur. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi realitinya memang kita sentiasa perlukan duit bertambah setiap masa tanpa putus.

Kita bukan lagi hidup di zaman guna sistem barter lagi. Kita tak tukar barang dengan barang. Kita hidup dalam zaman berurusan dengan mata wang. Ya duit. Kita semua selesa hidup dengan adanya duit. Pada yang kaya, lebih berezeki luas, mereka boleh beli apa-apa mereka suka. Itu hak mereka. Bagi yang sederhana, belilah apa yang diperlukan daripada apa yang dimahukan. Bagi yang mereka betul betul sulit dalam kewangan, mereka pandai mengatur apa yang betul betul mereka perlu dalam hidup mereka, cukup sekadar alas perut seharian, cukup untuk berteduh berpanjangan, cukup untuk teruskan hidup. Tiada salahnya jika kita ada rezeki yang berbeza-beza. Jika susah di bumi, akan senang di akhirat nanti. Jika senang di dunia, senang dengan amalan yang dikerjakan, insyaAllah senang di akhirat juga nanti..

Apa aku cakap kali ni adalah luahan aku, pandangan aku, isi hati aku...jangan terajang aku pliss?

Aku sendiri pun sebagai orang yang hidup dekat bumi ni, sangat perlukan duit untuk memiliki apa yang aku hendak. Tapi kalau duduk dalam rumah sahaja tanpa usaha, dari mana hendak datangnya duit berguni-guni ke poket kita? Macamana nak duit sentiasa mengalir deras dalam akaun Bank kita? Jadi pokok pangkalnya usaha dari sekarang. Masih tak terlambat jika anda dah meningkat usaha, usaha tu tak kenal umur kita. Kita usaha sungguh sungguh demi rezeki yang halal, disertakan doa. InsyaAllah akan diberi ganjarannya.

Setiap hari kalau difikirkan pasal duit, tak kan habis. Jutawan pun penat fikir pasal duit, fikir macamana nak habiskan duit mereka tu. Kalau aku boleh contact jutawan tu, aku cakap suruh bagi aku sikit, so dari itu masalah aku selesai, masalah dia pun selesai. Nampak tak? Hahaha. Dia dah tak perlu fikir kemana nak tujukan duit tu, aku pun tak perlu fikir dari mana aku nak cari duit. :P yey pandai aku ni! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)