Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 10:24 PM TOTAL COMMENTS : 0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kita semua pasti pernah menjadi bayi, menjadi kanak-kanak, remaja, sehinggalah sekarang ni mungkin sedang dalam dunia remaja mahupun dunia dewasa.


Mari kita kembali kezaman kecil-kecil dahulu. Kita imbas semula memori kita, kuatkan ingatan kita kembali.. Fikir sejenak kita dibesarkan dengan apa dan cara yang bagaimana?

Kita yang sedang menuju peringkat dewasa yang sudah kenal baik dan buruk ni mesti dibesarkan dengan cara yang jauh berbeza dengan cara kanak-kanak zaman sekarang dibesarkan. Ya memang berbeza kan? Aku sendiri pun rasa perbezaan itu dan aku pun telah lalui perkara itu. Apa yang aku cuba sampaikan ni hanyalah pendapat daripada pandangan dan pengalaman aku yang juga hidup bersama-sama manusia disekeliling aku.

Aku tertanya, adakah mainan itu penting untuk seorang kanak-kanak kecil? Adakah membazir untuk seorang ibu bapa membelikan permainan yang anak mereka suka? Bagi aku, tidak membazir sama sekali sebab itulah realiti kanak-kanak masa sekarang. Dan juga itulah sifat kanak-kanak biasa. Mereka suka bermain, mereka suka bergembira, mereka ada imaginasi yang lagi tinggi daripada kita yang dah dewasa ni. Jangan halang keseronokan mereka selagi keseronokan yang mereka dekati tu tak membahayakan mereka.

CHOOMELNYAAA!
Penting berikan mainan kepada anak-anak. Kalau tak penting, apa kita nak kasi mereka? Cangkul? Tajak? Parang panjang? Laptop? Suruh mereka basuh baju? Masak? Pergi pasar beli ikan? Sudah tentu tidak kan..

Tetapi.. dengan apa dan cara kita membesarkan mereka kena betul. Kita didik mereka betul-betul. Kalau dari segi permainan kanak-kanak tu mestilah dibeli dengan betul, permainan untuk lelaki dibelikan untuk anak lelaki, permainan untuk perempuan dibelikan untuk anak perempuan. Tidak patut lah kalau Barbie kita belikan untuk putera kita, dan pistol untuk puteri kita. 

Sebenarnya, apa yang aku cuba sampaikan ni, apa maksud aku sebenarnya ni... Didik dan bentuk jiwa anak-anak dari mula-mula mereka lahir. Topik mainan ni hanyalah sebagai contoh, bukan bermaksud belikan dan didik anak guna mainan semata-mata. Aspek lain seperti agama, moral, akhlak dan sebagainya perlu ditekankan. Aku hanya beri contoh yang mudah. Jadi lentur buluh biarlah dari rebungnya..

soalan : Perlukah beri anak-anak kecil teknologi seperti iPad, Smartphone atau seumpamanya untuk mereka tak buat bising atau nakal?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)