Masalah Ringan Badan

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 7:52 PM TOTAL COMMENTS : 0


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasa macam dah lama tak update blog ni kan? Topik hari ni tak best sangat mana pun lahai. Nak baca ye baca, taknak ye dah okay? Haha. 



Aku cuma nak cakap, aku ada masalah ringan badan ni. Hahaha. Mesti pelik kan? Selalu ramai yang masalah berat badan. Aku pulak tetiba ada masalah ringan badan. Ha macamana tu masalah ringan badan. Macamni sebenarnya. 

Masa aku lahir, ha baru lahir tu, baru keluar tu masih panas n fresh lagi tu, berat aku lain. Tak macam baby normal biasa. Berat aku 4.3 or 4.something lah. Aku lupa. Tapi its quite besar lah kan? For baby yang normal baru 3.something right? And my mak cerita, time aku baru keluar tu, doktor/nurse yang handle masa tu siap cakap "Waa dik, anak awak dah boleh sekolah" See? boleh bayangkan lah kan besar mana aku time tu sampai doktor cakap macamtu. Haha.

Oh time aku lahir muka aku ada little bit chinese or korean sikit tau. Mata sepet, tembam. Haha. Sampai sekarang kod macamtu, cuma tak nampak sangat sebab aku hitam. Maklum lah, darah Melayu Jawa.

Then since that time sampai lah aku darjah 5 or 6 macamtu, badan aku agak chubby sikit. Sebab terikut sejak dari kecik kan. But sampailah aku masuk sekolah menengah, berat badan aku mula turun and badan aku dah mula kurus. Actually tak lah kurus gila. Kira kalau time timbang masuk 20sen tu aku kategori normal. Ha macamtu.

Dan kalau nak tahu aku jenis orang yang makan sepinggan tu sikit tapi akan makan banyak kali. Faham? Maksudnya tengahari aku makan, lepastu petang nak makan lagi, lepas maghrib nak makan lagi, tengah malam pun masih cari makanan lagi. Ha aku pun tatau selera apa aku ni. Haha. Asik nak mengunyah je. Ha tu hobi dan tabiat aku.

Awal tahun 2014 tu aku ada timbang berat badan, and berat badan aku 51 point something, so purata berat aku 52 lah. Lepas tu timbang pertengahan tahun, berat aku 50 point something. Dah turun sikit. Ha tadi aku timbang lagi berat aku. Dah 49KG.  Makin berkurang. Padahal cuti sem ni dekat rumah aku makan bagai monster tau. Tapi berat makin kurang pulak. Hahaha..

So tulah masalah aku, aku pernah minum susu Appeton WeightGain tu, tapi aku tak mampu beli setiap masa, mahal doh. Parents aku pun selalu cakap suruh makan banyak, naikan sikit badan tu, ni kurus macam tak cukup makan. Aku pun pelik kenapa aku dah makan banyak even tak ikut jadual dan tak fikir piramid makanan or whatsoever tu kan. Makin kurang berat aku.  Haha. Btw bukan aku tak suka, aku lagi okay je badan aku maintain macamni. Cuma ada niat sikit nak naikan berat sikit supaya taklah aku nampak macam papan playwood je. :P

Nampak tak? Tak best kan cerita aku? So jangan baca okay. Hahaha :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)