Game Review - TMNT : Out Of The Shadows

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 3:22 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Okay hari ini aku nak review sikit pasal game. Aku tak pernah pun review review game ni walaupun selama ni aku banyak main game. Haha. Oh oh game yang aku main game komputer and dekat lappy. Bukan Play Station 1, 2, 3, 4, 5 or X-Box. AKu tak berapa minat sangat. Aku more to PC games. ;)

Game yang aku maksudkan tu ialah TMNT : Out Of The Shadows. Game apa tu? Tu game Teenage Muntant Ninja Turtles. Zaman sekarang ni siapa je yang tak tahu TMNT ni, dari zaman dulu dah tercipta watak-watak ni. Alaa yang ada 4 ekor penyu yang jadi ninja tu. Mesti tahu lah. :D


Okay kita mulakan..

TMNT : Out Of The Shadows lebih dikenali TMNTOOTS ni dibangunkan oleh Red Fly Studio dan diterbitkan oleh Activision. Bagi yang kaki gamers macam aku ni kenal sangat lah penerbit-penerbit ni semua. TMNTOOTS ni boleh main dekat Xbox, Play Station 3 dan PC. Game ni boleh dimain sebagai 'single-player' ataupun 'multiplayer' maksudnya kalau kau nak main sorang-sorang pun boleh, kalau nak ajak adik abang kakak kawan pun boleh. Multiplayer dia bukan 2 orang je, tapi boleh 4 orang. :e

Setiap orang boleh pilih penyu mana korang nak, nak jadi Leonardo (biru), Raphael (merah), Donatello (ungu) dan Michealangelo (oren). Kesemua 4 penyu ni series hebat dan banyak skil skil masa berlawan dengan orang jahat. Boleh cuba kesemua 4 penyu ni masa dalam permainan (main storyline).

Secara ringkas pasal game ni kan, sebenarnya Penyu-penyu sekalian semua ni nak cari dan selamatkan kawan diorang iaitu April O'neil. April kena culik dengan si penjahat yang namanya The Shredder. So Master Splinter iaitu tok guru penyu penyu semua ni suruh diorang pergi cari dan selamatkan April ni dan kalahkan si Shredder tu ha. :v

Jalan cerita game ni bagi aku best sangat sebab genre game ni action-adventure. Korang boleh beraksi dalam pengembaraan korang tu. Jumpa macam-macam penjahat yang korang kena kalahkan. Ada robot, ada robot dinosaur, ada ninja yang banyak level kekuatannya dan banyak lagi lah. Rugi kalau tak main woii! haha. Korang boleh kalahkan penjahat dengan senjata yang penyu tu sedia ada dan juga bekalan alatan sampingan macam shuriken, electric shuriken dan beberapa jenis bom tangan

Bila main game ni memang banyak menguji kesabaran, kecepatan, ketangkasan dan ketajaman mata. Korang kena peka dalam banyak aspek. Kalau tak peka korang akan kalah dan rasa nak give up je. 

Beberapa perkara yang kurang best pasal game ni ialah jangka masa jalan ceritanya pendek sangat. Bagi aku sangat sekejap, 2 hari aku dah dapat habiskan main game ni. Bagi aku sangat sekejap. Selalunya game game lain ni sampai seminggu lebih main. Game dah seronok, input dah baik, tapi sekejap sangat. Haha.

Aku cerita panjang-panjang pun korang tak rasa seronoknya sangat, apa kata layan trailer game ni dulu , lepas tu pergi beli game ni cepat-cepat.



Untuk keseluruhan game ni. Aku bagi 6.5/10 bintang berdasarkan kelebihan dan kekurangan game ni.
So apa tunggu lagi? Beli lah.. Main lah... Haha.. <3 <3 <3 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. @Cik Iman
    Ha Cik Iman boleh try main ni. Haha. Tengah bosan bosan ke.. main kejap. :D

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)