Asal Usul Daerah Muar dan Batu Pahat

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 11:09 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku berasal dari Negeri Johor Darul Ta'zim. Aku lahir di Hospital Muar, tapi dibesarkan 20% di daerah Muar dan 80% di daerah Batu Pahat. Aku bangga jadi rakyat Johor serta bangga hidup di daerah Muar dan Batu Pahat. :$ :L

SUMBER

Oh oh kejap kejap, tak bermakna aku tak suka daerah-daerah Johor yang lain. Aku suka, tapi faham kan maksud aku, aku dibesarkan di 2 daerah ni. So faham-faham lah sendiri. Haha. :P

Disebabkan aku dibesarkan di daerah-daerah ini. Jadi cerita kali ni nak bagitahu pasal sejarah asal-usul kewujudan daerah-daerah ini. Mula-mula sekali daerah Muar, tempat aku dilahirkan.

MUAR
- Muar lahir daripada perkataan 'muara' iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dikalahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pemesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.                            - Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan 'muak' (jemu dan 'mu-aru' (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.                                          - Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuru baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang mengiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.
MUAR . SUMBER FOTO
Okay itu sejarah asal usul pasal Muar. Seterusnya pasal Batu Pahat pula.Tempat aku dibesarkan. Sila baca dengan teliti. Haha ;)

BATU PAHAT
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam(Orang-orang Muslim Pattani Siam) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat sehingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 'pangkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.
PERIGI MINYAK BEKU.
(GAMBAR KECIL TUGU KEMEGAHAN BATU PAHAT)

Okay so faham lah kan kauorang semua? Dah tahu asal-usul Muar dan Batu Pahat. Tempat yang kita diami kita perlu tahu asal-usulnya. Nak lagi gambar ke apa ke, silalah Google sendiri okay. 8)

Oh btw segala maklumat pasal sejarah asal usul daerah Muar dan Batu Pahat ni aku copy paste daripada laman web rasmi Johor ( http://www.johor.gov.my/pelancongan/page/asal_usul_nama_tempat ) . Aku bukan mencuri, tapi tujuan aku copy paste adalah bertujuan baik untuk orang ramai tahu pasal sejarah ni. Hehe. :b :b



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)