Aku Yang Bernama Amirrul Arrif

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 7:40 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama panjang aku Amirrul Arrif. Nama pendek Arrif. Nama selalu orang panggil Arep. Nama panggilan lagi pendek Rep. Tapi bila wujudnya kawan disekiling aku, macam macam nama lagi aku dapat yang mereka selalu panggil, antaranya "woi bodoh" , "sial meh sini" , "hoi lahanat", "kimak"  dan sebagainya lagi. Tapi mereka panggil aku dengan macamtu bukan bermaksud mereka benci aku, bukan mereka musuh aku...tapi mereka kawan aku, aku dah cakap kan awal awal tadi mereka tu kawan. Faham lah sikit. *gertak*

Tuan Amirrul Arrif yang kacak. *ehem ehem!*

Okay pengenalan tu bagi orang yang dah lupa aku dekat blog ni. Lama mendiamkan diri tanpa apa-apa berita. Orang yang dimaksudkan Amirrul Arrif tu aku. Aku pemilik blog ni. Mungkin ada sebilangan kecil tanya aku kemana, dan sebilangan besar tak tanya kemana aku, dan mungkin kesemua orang tak tanya sebab tak kenal siapa aku sebab tu dia tak tanya. Sadis aku ni rupanya. Bukannya famous dekat blog. Acah acah famous. 

Bagi yang baca ni ye baca, yang tak baca tepulang. Aku dah lama tak buka blog aku ni, tak update segala jenis post dekat blog ni. Sejak masuk universiti ni, banyak betul halangan nak duduk menghadap blog 24 jam. Assignment terlalu banyak. Masa cuti semester je lah yang ada masa, macam sekarang ni.Bukannya taknak dekat blog ni, niat nak teruskan update setiap hari, setiap minggu tu ada. Tak tahulah kenapa payah benar nak taip blogger.com dekat google.

Tapi memandangkan cuti semester ni aku tak busy, aku nak masuk balik dalam dunia blog ni, rindu blogwalking sana sini, baca entry blogger lain, cerita menarik, suka tengok design blogger lain, suka menaip-menaip.. ye aku suka blogging. Hehe .

Tapi mulai sekarang aku nak cuba lebih series dalam menaip, memperbetulkan bahasa, kalau dulu aku menaip...hmmp! Gila tak matang ayat, konon nak buat lawak, tapi aku baca balik, bapak hambar gila. Haha! Memang betul lah aku sadis. Hahaha.. Jadi sekarang ni ubah pendirian ubah segalanya! *go arrif go!:)  ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)