Aku Pun Layan Anime One Piece

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 10:52 PM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wuui tiba tiba rasa seminggu tak update blog. Nak kata busy takde mana lah busynya ni. Haha. Rasa kurang je bila tak update blog, rasa resah je. Haha.



Jadi untuk rajinkan diri update blog setiap masa, even tengah buntu like hell sekarang ni. Aku tetap kuatkan semangat untuk menaip ni ah. Walaupun topik menarik takde sangat. Tetap menaip. Buat buat lah semua benda menarik. hahaha

Okay ceritanya pasal mingu ni lah kan. Kenapa tak update blog, haritu laju setiap hari update, lepas tu susut pulak ni. Ha apa yang aku buat kan.. Kan aku dekat rumah, cuti semester ni. Jadi nak habiskan masa masa dekat rumah ni yang bosan melampau ni. Aku layan anime. Hehee. Sebenarnya aku tak berapa minat sangat anime anime ni. Tapi aku cuma minat beberapa je lah, antaranya One Piece dan Dragonball. But i more interesting to One Piece sebab bagi aku best sangat. Lain dari anime lain kot. Padahal aku tak kenal anime lain, kahkahkah. Mandai je cakap.

Dragonball tu aku memang layan dari first episode sampai habis sebab aku hidup zaman time Dragonball tayang dekat TV2 tu, yang setiap pagi tu. Masa tu kecik kecik kan, bangun pagi awal dengan tak mandi lagi terus bukak tivi tengok kartun. Hahaha. So aku mengikuti lah perkembangan Dragonball ni.

Pasal One Piece ni, aku mula kenal dari tivi Singapura, maksud aku channel Singapura, dulu aku dapat channel tu, Tivi apa..alaaa channel Suria ea? Ha macamtulah, aku lupa. Haha. Tapi aku memang kenal One Piece dari situ, tapi yang tak bestnya aku tengok tu dah episode berapa tah. haha. So dari situ aku macam mula minat gila dekat One Piece ni. Tak lama lepas tu tak dapat channel Suria tu sebab pindah rumah. How sad you can imagine kan? Haha

So sekarang ni ada lah jugak siar dekat NTV7, Astro Ceria, tapi aku tak dapat ikut sangat sebab aku hidup dekat Universiti, tivi pun payah nak jumpa,apatah lagi nak follow cerita yang berepisode ni kan. So kesimpulannya mana aku tengok? Download lah semua episode, oh btw member aku yang download. Aku copy je. Dia pun episode taknak banyak pulak kan.. 7 ratus lebih,, tu pun belum sampai final lagi. Yang sekarang ni aku tengok baru episode 28. Mak aii jauh lagi nak habis. hahahaha !

So tulah sebabnya kenapa aku tak update blog, asal bangun tidur je terus ngadap lappy tengok One Piece sampai malam. Hahaha.. Korang tengok tak? Pernah tengok? Minat? Pergilah tengok okay? Kalau nak download, bagitahu okay? 

Nak duit tak kauorang? Jom SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. One Piece mmg best...
    sy layan manga die... :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nisa Greennnpanda
      Oh yeke? ha baguslah kalau layan jugak. hehe. Memang terbaik one piece! :D

      Delete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)