Aku Dan Bundle

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 2:00 PM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Alhamdulillah dapat lagi aku menulis dalam blog ni di hari Jumaat yang mulia ni. Semoga dapat diteruskan lagi penulisan yang tak seberapa tapi ada benda baik tersirat dan tersurat ni. Ceh.



Okay ha topik hari ini ialah BUNDLE.

Aku pasti semua orang tahu apa itu bundle. Yaa kedai bundle. Dan mesti ramai orang jugak suka akan kedai bundle. Aku salah seorang dari orang tu. Tapi ramai jugak yang pandang rendah kedai baju bundle, pandang rendah dekat orang yang pergi shooping dekat bundle. Takpe, biarkan orang macamtu, dia rasa dia mampu pergi Padini, Polo, Hush Puppies apa segala bagai tu kan. Taakpe, mereka mampu borong kat sana. Time ada duit lebih je baru aku ke tempat mahal macamtu. Ekekee.

Macam aku cakap tadi, aku suka shopping dekat bundle. Kenapa aku suka? First sebab murah. Harga start RM3.00 sampai lah paling tinggi aku pernah tengok RM100.00 macamtu. Tapi yang RM100 tu benda rare habis lah. Ha yang ke-2 sebab barang/baju/seluar/apa apa je dekat bundle ni kebanyakannya rare, unik, lain daripada yang lain. Dekat kedai biasa yang jual baju lebih kepada era zaman sekarang ni memang takde kat kedai tu, cuma ada dekat bundle je. 1 in a million lah kata ko.. haha

Pada masa yang sama,ada yang cakap baju bundle ni buruk lah, second hand lah, baju bangla dah pakai lah, bau busuk lah apa lah. Ye ada yang betul macamtu keadaannya. Tapi sebenarnya bagi yang tak tahu tu kan, bundle ni tak semestinya seemmuuuaaaaaaaaa second hand, busuk, bangla dah pakai ke apa ke. tak semua okay! Ceritanya..kauorang kena pandai cari. Dah macam macam kedai bundle aku masuk, aku beli. Yang second hand memang ada. Tapi tetap ada yang baru tau. Yang baru ni biasanya owner amik direct dari kilang, owner amik dari stock kedai lain yang tak habis jualannya bertahun tahun tu, so dia jual dengan harga yang murah. Ada juga owner bundle amik sikit baju baju yang baru, macam tshirt biasa, jersey biasa. Sekadar penyeri kedai tu.

Bundle ni juga lah ajar kita berjimat, sebab apa? Contoh, harga kemeja dekat kedai bukan bundle RM50+++. Ada yang cecah RM80. Tapi pada masa yang sama ada juga kemeja yang cantik dekat bundle yang harganya cuma sekitar RM5-RM15. Kualiti tetap cantik. So baik beli yang dekat bundle. RM50+++ tu dah boleh dapat 10 helai baju RM5 dekat bundle tau. Paling paling pun bila beli baju bundle ni biasanya macam terbesar sikit dari saiz kita, takpe, angkut je semua, benda tu boleh settle, hantar kedai repair baju, repair sikit, baru RM15 macamtu(kat tempat aku). So total baju RM5+Repair RM15=RM20. Kalau pandai repair sendiri, ha lagi bagus, lagi jimat. So total RM5 je.Haha. Aku ajar math pulak.

So rajin-rajin lah pergi bundle okay? Cintailah kedai kedai bundle se-Malaysia. Hahaha

NOTA: kalau dah beli baju dekat bundle ni, balik terus basuh bersih bersih,sebab bundle ni baju banyak berhabuk dan bau kain lama sebab barang lama kan. nanti gatal gatal pulak. hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. dulu sya pun fikir macam itulah, dah dipakai,mungkin ada rosak kat mana2.., sampai la satu hari tu...tersedar..

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)