Aku Ada Blog Sebab...

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 12:57 AM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai semua. Ya semua sekali yang baca walaupun tak ramai yang baca, aku hargai pengunjung yang datang blog ni. Hehe.



Okay kali ni aku nak kongsi lah sikit sikit sebab aku berblog, kenapa aku perlukan blog, kenapa aku terkial-kial menaip, kenapa perlu habiskan kuota internet semata-mata nak blogwalking, nak ping entri sana-sini kan. Kauorang pun mesti pernah terfikir kan sebab apa.

Jadi ni sebab aku..

Kenapa aku sibuk sibuk menceburi bidang blogging ni? Okay aku mula blogging ni secara kasarnya dari tahun 2009. Aku kenal pun dari kawan kelas aku dulu. Lukman. Jadi dia macam suruh aku buat lah blog ni. Jadi aku pun buat, so from that, bila aku mula buat blog, mula lah timbul rasa minat yang mengila macam kuda. Haha. Dulu series bodoh bodoh je entri aku tau. Series. Haha. Kalau kauorang cari pun tak jumpa sebab aku unpublish. Aku simpan dekat draft je. Haha. Blog aku mula mula wujud pun simple. Tapi mengila dengan widget dan gadget bagai. Semua nak letak itu ini itu ini. Tak fikir pun blog akan berat. Tak kenal apa lagi yang mendalam lah. Haha. Such a budak budak baru nak naik. Jakun.

Lagi satu, aku dulu jenis suka buat karangan, dalam exam sejak sekolah rendah aku suka skor dalam karangan. Jadi bila ada blog ni aku akan lebih terbuka dengan penulisan panjang panjang, mengarang. Jadi aku suka perkara tu. Cuma masalahnya kadang kadang, dalam blog ni kita tak diberi soalan untuk mengarang, tapi kita mengarang ikut suka. Tu yang kadang entri entah merapu meraban, cerita asal boleh je sebab nak pastikan setiap hari ada post. Hahaha :D

Selain tu kan..dulu aku jenis yang pendiam, tak banyak bercerita dan bercakap sangat. Jadi dengan adanya blog ni aku lebih selesa untuk bercerita pasal kehidupan, melontarkan pandangan, memberi pendapat, mengajar apa apa, berkongsi apa yang perlu. Aku suka perkara tu semua. Dan banyak lagilah sebab sebab yang kecil, sebab yang besar kenapa aku ada blog ni.

Sekarang ni, dalam kesibukan aku study dekat Universiti, akan aku luangkan sedikit masa untuk blogging walaupun sekejap je. Sebab blogging ni dah jadi sebahagian hidup aku, dah jadi hobi, melekat dalam hidup kita. Cuma malas dan rajin je memisahkan aku dengan blog ni. Hahaha . Biasalah, huruf M besar tu sentiasa ada.. MALAS! Hahaha :P

Oh aku nak teruskan lagi lah dengan Blog'pisode' yang dengan tak sengaja aku pernah buat dulu tu. Pasal Cinta Sekarang Kolot tu. Kalau tak pernah baca boleh pergi dekat bahagian Tutorial. Tengok section D (Blog'pisode') 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. nasib baik blog ringan ja sekarang n kemas.. tak ramai blogger lelaki yg akak kenal,yang kenal 'taiko'/orang2 lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nasib baik lah kan ringan. hehe. saya pun tak kenal sangat blogger ni, tapi tetap kenal kenal sebab lumrah blogger kena ,macamtu.

      Delete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)