5 Sebab Kenapa Perlu Ada Blog [Bahagian 2]

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 9:25 PM TOTAL COMMENTS : 4


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Okay rasa macam lama tak update blog ye. Haha. Baru 2 hari tak update. Rasa lama je. Okay Back to the topic, sebab kenapa perlu ada blog ni. Ni sambungan daripada bahagian satu haritu aku ada post. Kalau sesiapa belum baca. Boleh lah sila membaca 5 Sebab Kenapa Perlu Ada Blog [Bahagian 1]
Kalau yang dah baca , boleh lah teruskan baca bahagian 2 ni pula ye? Hehe.



1. MENGERATKAN HUBUNGAN
Eh bukan hari raya je tau boleh main erat-erat hubungan ni. Dalam blog pun boleh. Macamana? Ha macamni, dalam dunia blog ni tak sah kalau takda istilah followback, blogwalking, main komen entry orang lain, like itu ini, tinggalkan jejak dan macam-macam lagi. Itu semualah dapat eratkan hubungan dengan bloggers yang lain. Even mak kau cakap 'jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal' . Tapi dalam blog, even mereka strangers bagi kita, kalau kita 'cool' dengan bloggers lain, bloggers lain pun 'more cool' dengan kita. 

2. TOLONG-MENOLONG
Ha macamana dimaksudkan dengan tolong menolong ni guna blog? Banyak caranya kawan-kawan. Paling mudah kita amik bab tutorial blog. Tutorial blog ni lah tandanya kita boleh tolong orang lain. Kita tak tahu macamana nak buat blog, tak tahu nak edit blog bagi cantik-cantik. Dengan adanya blog orang lain yang sediakan tutorial dan mengajar buatnya. Dengan tiba-tiba kita pandai buat. Ha gituww.. Haha . Contoh lain ialah macam buat entri pasal agama, pengetahuan dan sebagainya. Aku pun ada buat tutorial, tapi tak seberapa ilmu aku. Hehe :P TUTORIAL

3. MENAMBAH ILMU TEKNOLOGI
Blog ni boleh jadikan kita pandai dalam IT secara diam, sebelum ni kita main tulis-tulis dalam diari yang harga RM5.90 dekat kedai tu siap ada manga kecik kan tambah RM1.90 sebatang pen biru . Tapi bila dah ada blog ni. Macam-macam ilmu pasal IT ni kita dapat. First kita belajar buat blog, lepas tu belajar edit blog,kita tengok tutorial, nak letak gambar design sendiri? Kita belajar Photoshop, Photoscape atau sebagainya. Nak cari maklumat itu ini, kita google macam-macam jenis websites. Nampak tak bermacam-macam ilmu kita dapat dari situ daripada yang basic sampailah ke superb gila bapak advance!

4. MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA
Ha baca ni tak semestinya buku teks sekolah, majalah, komik, novel atau apa-apa media cetak yang lain. Dengan adanya media elektronik ni lah kita dapat memupuk budaya membaca jugak tau. Kita pergi blog orang lain kita baca entri mereka yang syiok habis tu. Baca maklumat yang mereka kongsikan tu. Ha yang tengah baca ni, ha kan tengah memupuk budaya membaca ni.  :P Tapi dekat blog ni lebihkan baca yang elok daripada yang tak elok.

5. BLOGGER SEBAGAI MENTOR
Apa kebenda tu? Dalam dunia blog ni, ramai yang dah jadi blogger veteran yang famous famous dekat luar sana dengan gaya penulisan dan input yang mantap tapi bersahaja. Kita perlu mendekatkan diri dekat blogger blogger macamni tau. Dari situ kita dapat belajar dan mencari ilham untuk menaikan diri kita dalam dunia blog ni. Kita belajar macamana nak tulis power macam dia, tapi bukan bermaksud nak jadi diri dia, kauorang jadi diri sendiri je. Kita amik ilham dari dia. Jadikan dia mentor sebagai seorang penulis. Tunjuk ajarku sifuu!  ;)


Ha dah habis baca? Jadi itulah serba-sedikit yang aku rasa dan aku taip dan aku kongsi dengan kauorang. Kenapa? Sebab aku pun blogger, jadi ini lah yang aku rasa daripada pengalaman aku. Terima kasih sudi membaca. Akan aku kongsikan lagi pendapat-pendapat aku akan datang nanti. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. nice entry ..betul tu.. Absolutely agree ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Sharwani
      Yes terima kasih sebab setuju. Hehe

      Delete
  2. #4- memupuk semangatt membaca...betul!
    #3- menambah ilmu teknologi- tak percaya saya main coding! rasa awesome..betul la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sofie adie
      Yes tahniah sebab rasa awesome. Hahaa. Saya pun rasa awesome bila pandai main coding :D

      Delete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)