5 Sebab Kenapa Perlu Ada Blog [Bahagian 1]

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 2:32 PM TOTAL COMMENTS : 6

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Kenapa anda perlu berblog? Kenapa kita kena ada blog? Kena kita perlu taip-taip dalam blog? Dapat apa dari blog ni?  Persoalan yang besar ialah kenapa kita perlu masuk dalam dunia blogging?

[SUMBER]

Berdasarkan pengalaman aku dan pendapat serta pandangan aku sebagai seorang blogger selama lebih kurang 4 tahun lebih ni. Banyak sebab dan kenapa kita perlu ada blog dan masuk dunia blogging. So aku kongsikan serba sedikit kenapa kita perlu ada blog ni :

1. MENYEBARKAN MAKLUMAT
Dekat sini aku menerangkan bahawa menyebarkan maklumat dalam blog memang penting dan ramai blogger-blogger dekat luar sana buat perkara ni. Maklumat apa kita perlu sebarkan? Dah tentu kena yang baik-baik ye kawan-kawan sekalian. Contohnya maklumat tentang pemakanan, kesihatan, tips dan trik dalam blog, tentang game, info-info menarik, fakta dan sebagainya. Bukannya buat cerita yang bukan-bukan dan menjatuhkan maruah orang lain ataupun sebarkan maklumat yang direka-reka yang sememangnya salah. :) 

2. MENINGKATKAN KUALITI PENULISAN
Sebagai blogger, haruslah menulis dalam blog dengan perkataan yang penuh, bukannya 'shortform'. Bukan tak boleh 'shortform' tu, sikit-sikit boleh lah, tapi tak mesra pembaca. Bila kita selalu menaip dan merancang untuk menaip sesuatu dalam blog, ia akan terbiasa bila kita nak menulis atas kertas. Tapi for student kan, kauorang kena fikir sama ada kauorang tengan tulis dalam blog ataupun tengah nak buat kerja sekolah, jangan main tibai je buat kerja sekolah guna bahasa pasar dalam blog. :D

3. MELUAHKAN PERASAAN
Dengan adanya blog, kita boleh luahkan perasaan kita. Ianya umpama diari kita jugak, tapi kalau diari buku kan private, so diari blog ni yang terbuka. Luah perasaan ni bukan maksudnya bila kita putus cinta je berblog, bila marah je berblog, bila tak puas hati dengan member je kutuk member dalam blog. Tak, bukan macamtu, kita luah yang positif je, even perkara yang kita nak luahkan tu adalah yang negatif (marah,sedih,kecewa,tak puas hati), maka jangan luahkan cara yang negatif, luahkan dengan ayat ayat yang positif. ;)

4. DAPAT 'SIDE INCOME'
Ha boleh dapat duit ke dengan hanya modal blog? Ye boleh sangat-sangat, yang penting kena rajin dalam dunia blog ni lah. Macamana nak dapat? Macam-macam cara, yang selalu famous di kalangan blogger ialah Nuffnang, jujur aku tak tahu sangat pasal Nuffnang ni. haha. Boleh google sendiri cari apa itu nuffnang dan cara nak buatnya. :P Selain tu ada jugak yang lebih kurang benda yang sam fungsi dengan nuffnang ni, kauorang explore sendiri. Boleh jugak rujuk satu blog ni pasal nuffnang [klik lah sini]

5. MELUASKAN EMPAYAR PERNIAGAAN
Ha yang kauorang dekat luar sana ada bisnes-bisnes secara kecil-kecilan, besar-besaran, sendirian mahupun dengan company. Kauorang semua boleh meluaskan lagi bidang bisnes kauorang tu lagi luas-luas tau dengan adanya blog. Dekat blog ni lah senang promote selain Facebook, Twitter, Instagram mahupun media sosial yang lain. Yang penting kena rajin. Haha :D . Ditambah lagi dengan bisnes kauorang dah famous secara offline, apa kata famous kan secara online pula ye dak? InsyaAllah murah rezeki bertambah rezeki semua :)


Jadi itulah antara serba-sebanyak pasal kenapa kita perlu ada blog. Even aku taip berjela-jela, aku harap ramai boleh terima pakai pandangan yang terluah dari isi hati aku sendiri ni. Kalau salah tolong betulkan. Aku taip apa yang aku rasa. :D 

Akan ada sambungan Bahagian 2 nanti. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. betol2. .paling best dapat side income tu. .hahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      ha kan? bila dapat side income tu best rasanya.. kerja duduk rumah je haha

      Delete
  2. saya suka baca pengalaman orang :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amanina
      oh ha baguslah kalau macamtu. kita pun tumpang mengalaman dengan dia.

      Delete
  3. blog saling bercerita tanpa suara...(^,^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu. Blog bercerita tanpa suara. Kalau ada suara lagi awesome kod. Haha

      Delete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)