Tutorial : Cara Buat New Post Dalam Blog

WRITTEN BY : ARRIF TIME : 1:22 PM TOTAL COMMENTS : 0


Assalamualaikum dan dan salam sejahtera semua.

Tutorial ni untuk newbie blogger ye. Bagi blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog ni kan, mesti kena tahu cara ni. Mesti kena tahu macamana nak buat New Post, atau bahasa senang je macamana nak taip-taip buat entry ni. Penting benda ni untuk kita sebagai blogger sebab kalau tak tahu dekat mana nak buat post dekat blogger, macamana nak ada post dekat blog kita ye tak?

Jadi kita mulakan

1. Daftar masuk Blogger.
2. Akan keluar bahagian 'Dashboard' [rujuk gambar bawah]

BAHAGIAN DASHBOARD BLOGGER

3. Lepas keluar bahagian Dashboard tu kan. Ada 2 cara untuk buat 'New Post'. Cara pertama ialah dengan menekan/klik butang yang warna oren tu, yang ada gambar pen/pensil tu ha. [rujuk gambar bawah]

TEKAN UNTUK TERUS BUAT NEW POST

4. Selepas tekan butang oren tadi tu, serta merta terus ke page untuk kita menaip, atau pun tempat nak buat kita punya post. [rujuk gambar bawah]

BAHAGIAN NEW POST

5. Nampak tak? Senang kan untuk buat 'New Post' dekat blog? So dekat bahagian tu kauorang boleh lah terus menaip macam biasa. Kauorang boleh explore sendiri fungsi-fungsi untuk penulisan tu dekat bahagian atas tu. Lebih kurang macam dekat Microsoft Word lah tu okay.


Cara yang kedua pula lebih kurang sahaja dengan cara pertama. Langkah-langkahnya macam dekat bawah ni :

1. Daftar masuk dekat Blogger
2. Akan keluar bahagian 'Dashboard'
3. Klik tanda anak panah dan pilih 'Posts' [rujuk gambar bawah]

PILIH POSTS

4. Lepas klik anak panah dan pilih bahagian 'Posts' tu, akan keluar bahagian macamni dekat gambar bawah ni, page ni dia tunjuk semua post yang kita dah buat atau pun post yang tersimpan dalam 'Draft', maksudnya kita belum 'Publish' [rujuk gambar bawah]

BAHAGIAN ALL POST

5. Bila dah keluar page macamtu, terus klik butang oren yang ada tulisan 'New Post' dekat bahagian menu sebelah kiri tu. [rujuk gambar atas]

6. Bila dah klik, secara automatik akan terus ke page untuk kita buat post. [rujuk gambar bawah]

BAHAGIAN NEW POST

7. Mudah juga kan cara yang ni? Lepas dah siap kauorang menaip tu, dah puas hati. Boleh terus save dan  'Publish' post kauorang dengan tekan butang yang warna oren dekat belah atas kanan tu [rujuk gambar bawah]


Jadi itulah cara-cara nak buat 'New Post' dekat blog. Selamat mencuba :) 
Sila bagitahu kalau menjadi dan bagitahu juga kalau tak menjadi. ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)