Apa Erti Kawan? Macam Ini?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:55 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, aku ada benda nak dikongsikan sikit. Agak series jugak lah perkara ni. Semuanya ada dalam gambar ni : 


Mungkin sekali pandang semua tak faham apa maksud tersirat tersurat gambar ni. Memang susah nak faham, aku pun bila tengok gambar ni tak faham. Tapi bila diamati betul betul, aku faham, dan aku tersedar sesuatu perkara yang mungkin berlaku dalam hidup aku, atau hidup korang semua.

Secara kasarnya korang nampak semua perempuan dalam gambar tu, ada seorang warna coklat dan seorang warna biru, lepas tu ada kubur coklat dan kubur biru. Ye itu secara kasarnya mata kita memandang tanpa tahu apa maksud sebenarnya. Sini aku terangkan.

Sebenarnya ada 2 situasi dalam gambar tu. Aku terangkan satu persatu. 

1. - Perempuan Coklat : Dia mempunyai 2 orang rakan yang baik, yang rapat, yang sentiasa bersama walau dalam keadaan senang dan susah. Sedih gembira semua bersama. Walaupun hanya sedikit bilangan rakan baiknya itu mereka tetap bersama.
- Kubur Coklat : Kubur Coklat tu menandakan bahawa Perempuan Coklat itu dah mati. Kubur tu milik Perempuan Coklat tu. Dekat kubur tu terlihat 2 orang perempuan. 2 orang perempuan itulah rakan baik,rakan rapat nya semasa dia hidup dahulu. Walaupun Perempuan Coklat tu dah mati, 2 orang rakannya itulah yang sentiasa ada dengan dia. Datang ke kubur, letak bunga. 2 orang rakannya itu ingat akan erti sebuah perhubungan KAWAN.

2. - Perempuan Biru : Dia sedang dikelilingi oleh ramai kawan, mereka seronok bersama ramai-ramai. Mereka ketawa bersama. Mereka melakukan apa sahaja bersama-sama. Dia seronok ada ramai kawan.
- Kubur Biru : Kubur tu menunjukan bahawa Perempuan Biru tu dah mati. Tapi.. Tiada siapa pun dekat kubur dia. Dekat mana kawan-kawan dia yang ramai semasa dia hidup dulu? Dekat mana mereka? Mereka lupa ke yang masa Perempuan Biru ni hidup, dia pun kawan mereka? 

Apa yang aku nampak, ini pendapat aku, berdasarkan gambar kartun macamtu. Walaupun kartun mat salih sebab ada 'R.I.P' . Tapi boleh dibuat iktibar jugak. Pandangan aku, walaupun kita ada ramai kawan sekarang, kita gila-gila bersama apa semua kan? Kita hidup dengan kawan yang ramai, tapi bila kita dah mati nanti, adakah semua ingat kita? Ingat persahabatan kita? Ingat siapa kita untuk mereka?  Kadang, ada seorang kawan, lagi berharga daripada ada ramai kawan. Ada seorang kawan itulah menjadikan dia seorang SAHABAT.

Ni cuma pandangan aku...

Moment With RA.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:11 AM TOTAL COMMENTS : 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni nak cerita pasal hari tu, ye haritu. Hari Sabtu yang bertarikh 28/12/2013. Seronok sangat hari tu, sebenarnya haritu aku pergi JB. Buat apa pergi sana? Aku pergi sana sebab nak jumpa RA. Yee rumah RA dekat JB, area area  Tampoi sana. Aku tak berapa ingat jalan ke rumah dia pasal rumah dia macam masuk taman. Banyak simpang sebelum sampai rumah dia tu. Tapi aku pergi pun bukan drive sendiri. RA yang drive.  Aku dari Batu Pahat macam biasalah naik bas je ke sana. Nak naik kereta belum mampu, so naik bas je lah. Sampai Larkin dia jemput aku. Pergi rumah dia. Actually nak jumpa semua ahli keluarga sana, tapi dapat jumpa RA dengan ibu RA je. Tapi takpelah asalkan niat nak melawat family sana tercapai.

Okay lepas tu kita orang keluar. Em kejap, sebenarnya aku tak mention siapa RA ni, RA ni singkatan untuk nama sayang aku, nama dia Radiatul Aina, aku panggil dia Ain, tapi aku cakap dekat orang, dia RA. Okay kitaorang keluar pergi bandar JB, aku pun tak berapa tahu tempat tu sebab first time pergi bandar JB, kalau tempat lain tu pernah lah jugak. Kitaorang dekat sana mula mula pergi buat assignment, shoot gambar dekat sana. Tu je. Walaupun tengah tengah panas terik, hahaha.

Ohh aku lupa ! Kitaorang pakai baju sama masatu. hahah ! Sweet je. haha. Baju tu RA kasi masa birthday aku 21/12 haritu. Dan dia pun ada beli baju yang sama dengan aku jugak. First time ada baju sama dengan dia. Then pakai sama-sama. hehe. Seronok... Ha tengok ni, hehe. Dia pakai cap aku sebab masani angin kuat, rambut dia terbang terbang je..





Lepas tu dia ajak pergi CS dekat JB tu. Series aku jakun bila pergi JB dengan RA, jakun beb, dia bawak aku pergi tempat yang entah mana-mana je. Kalau setakat Danga Bay dengan Angsana tu aku tahu lah. Eh tapi bila aku cakap aku pergi Angsana, RA gelakan aku, sebab dia kata sana banyak bangla. hahaha. 

Tapi series walaupun dia bawak kat tempat tempat yang agak 'rare' dekat sana. Aku seronok sebab dapat tengok bandar JB macamana. Lagi lagi RA yang bawak. hehe. Petang tu kitaorang cari tempat makan sebab lapar gila. Mulanya pergi KFC, tapi bila kitaorang pergi KFC, kitaorang taktahu nak order apa, balik balik ayam je. haha. Tak kisahlah KFC mana-mana, memang taktahu nak order apa. So hari tu pergi KFC cuma tayang muka, amik bau ayam, pergi toilet dia, then blah. haha. 

Then RA kata nak bawak pergi makan chicken chop, tapi kedai tu belum bukak. Bukak pukul 7 katanya. So takpelah. Kitaorang pergi McD je. Ha kalau McD ni memang dah tahu nak order apa. Macam biasa aku order Doublecheese Burger. Tu je yang gua minat. haha. Then air milo. haha. 

Sepanjang keluar dengan dia memang seronok, aku banyak kenakan dia, dia banyak kenakan aku. Kitaorang memang macamtu. haha. Yang lawaknya tu, aku macam pergi trip luar negara. Dia drive ,aku duduk sebelah, dia dah macam tours guide untuk aku tau. Dia akan terangkan apa yang ada dekat sebelah kiri dan kanan, apa bangunan tu. Apa dalam dia, apa nama tempat tu. Apa yang jadi dekat situ. Semua dia cerita. Tu yang seronoknya pasal RA ni. Hehehe.

Then malam tu.. em part ni macam sedih sikit lah. Malam tu aku dah kena balik BP, bas gerak 9.30. Pukul 8.30 dah dekat Larkin sebab nak gerak lambat takut jalan jem sebab hari tu sabtu, ramai orang keluar. Bila aku dah nak naik bas tu, RA taknak lepaskan aku tu. hehe. Muka dia,alahai, sayu je,  aku kesian tengok dia. Hehe. Aku tahu rindu dia macamana dekat aku, tu yang aku sanggup datang JB. So bila aku nak balik tu, dia macam tak boleh lepaskan aku sebab rindu dia tak puas lagi. Aku pun sama, tapi nak buat macamana kan. Kena balik jugak.Hehe. Dia kata dia nak nangis masa aku dah naik bas. Sebak wehh. hehe. Tapi aku tetap seronok dapat jumpa dia masa tu!. 

Terima kasih sayang.. I love you! :D

Tekanan Stress Tertekan.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:36 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Macam berita doo macamtu. Dengan suara kasar. hahaha.


Cuti ni macam stress sikit kod aku rasa. Oh aku tak mention lagi aku study dekat mana. Aku study dekat UiTM Lendu Melaka. Official Student of Art & Design. Student of Photography and Creative Imaging. AD117. Haha okay dah, cukup lah tu.

Sekarang ni tengah cuti mid sem, 2 minggu. Macam biasalah, assignment memang ada, banyak tak banyak tu, tapi tetap ada. Dekat sini aku bukan nak mengeluh, tapi ni cuma nak luah sikit perasaan ni ha.

Cuti dua minggu, seminggu dah berlalu. Assignment ada banyak, satu assignment tak siap lagi. Ishh nak kata susah tak jugak, biasa je. Ada satu assignment ni, kena buat macam folio tentang Self Biography, yee kena cerita pasal diri kita dari kecik sampai sekarang. Nampak senang kan? Memang senang, tapi yang susah sikit sebab kena karang dalam inggeris. Aku inggeris dah lah so so je. haha.

So tulah yang buat aku macam stress sikit lah ni. Dari mula cuti haritu buat satu assignment ni tak siap siap. baru 20.5%. je complete. Tapi takpe, aku cuba buat, buat sama-sama dengan RA. Pada masa yang sama dia buat dengan aku, walaupun dia dekat JB, aku dekat Batu Pahat. Hehehe.

Tu baru satu assignment, yang lain tu aku tak berapa nak sentuh lagi. haha. Tataulah siap ke tidak semua. InsyaAllah boleh siap.

Aku Geram Ni...

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:54 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan selamat malam.


Kali ni aku macam nak angin sikit, yea malam ni, baru je tadi. Sakit hati gila kod kalau korang pun kena. 

Ceritanya macamni, pasal fon Blackberry aku ni ha. Fon ni actually okay lagi, cuma selalu stuck sebab memori full dengan lagu dengan gambar, aku sayang yang delete delete ni. Tapi selalunya kalau stuck,okay lagi, dia cuma lambat je. Aku dah biasa.

Tapi tadi, yea tadi, memang dah tiba masanya aku rasa, Aku bukak wechat je, terus stuck. Tak gerak pape, gila lama kod, tak macam selalu. Aku geram, first aku menyumpah seranah dekat fon tu, lepas tu aku mencarut dekat fon tu, lepas tu aku tekan semua button yang ada dekat fon tu, semua keypad dia aku tekan gila gila. Mana tak nya geram macam apa tadi.

Buat lagi geram sebab masatu tengah nak WeChat dengan Mrs.Panda. Aku taknak dia tunggu lama-lama. Then aku buat keputusan matikan fon, i means restart. Lepas hidup tu, dia macam stuck lagi, ha kali ni memang gampang punya geram gua sampai, aku hentak fon tu atas buju meja sekuat hati. Berdengung satu rumah. Lepas tu terus dia macam terus tak stuck, gerak laju semacam, lepas tu ha terus ada notification kata tak boleh baca memori, memori ada apahal entah. Kejadah mak dia.

Ha time tulah aku terus keluar masuk keluar masuk memori, cucuk USB dekat lappy, tapi tak boleh. Lepas tu nak format memori pun tak boleh. Huii lahanat gila kod. hahahaha.

BB aku ni baru 9 bulan pakai kod, aku sayang gila nak jual sebab duit beli tu titik peluh aku kerja dulu. Tapi kalau gayanya macamni, aku macam nak beli je fon baru. Aku tak pandang barang 2nd hand, tapi ni macam terpaksa beli jugak, aku tengah cari SONY sebab aku nak Instagram ! Haha !

Tunggu esok,aku survey semua kedai dekat Batu Pahat ni. Kalau jumpa, Alhamdulillah :)

Love You Mrs. Panda

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:30 AM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera dan selamat malam.

Terima Kasih Mrs Panda !

Okay aku dah terlambat untuk post entry ni tapi aku tetap nak jugak. Entry ni mostly ditujukan khas untuk RA, My Mrs Panda. First at all. Terima kasih sayang untuk semuanya.

21.12.2013 haritu birthday aku. Masa birthday aku tu, dia lah yang ada bersama dengan aku. Dia sambut sama-sama, sanggup balik JB lambat sehari semata-mata nak sambut birthday dengan orang yang dia sayang katanya. Aku takmau ceritalah panjang lebar lah kan sebab tu hal kami. hehe. Sebab mainpoint entry ni nak ucap terima kasih dekat dia.

Bagi aku, dia sweet sangat . You're my girl. Terima kasih sebab takde baling baling tepung ke telur ke minyak ke garam ke sambal ke batu bata ke kalkulator ke. Hahaha. Terima kasih sebab sanggup berkorban untuk saya, terima kasih untuk Old Town tu, terima kasih untuk bawak jalan-jalan, terima kasih untuk Padini tu. Series terharu sangat, belum ada orang pernah buat macamtu dekat saya. Eh main saya saya pulak. haha.

Taktahu nak balas macamana dekat awak RA. Terima kasih sangat-sangat. Sayang awak!

Aku, Dia, Mereka dan Instagram.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:15 AM TOTAL COMMENTS : 0
Source

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan selamat  malam.

Okay macamni ceritanya, sebenarnya macamni. Haha tetiba je macamni. Okay macamnilah ea. Sebenarnya apa yang berlaku sebenarnya macamni. Hari tu aku berdegar-degar nak rajjin update blog kan? ye memang aku pegang kata-kata tu. Tapi lepas entry yang lepas tu, satu malam tu ada problem dengan blogger ni. Aku tak boleh masuk, i mean sign in. Apa kau ingat masuk apa? haha. Then terus jatuh mood aku nak update blog sampai lah ke harini. Ni tetiba baru rajin nak update.

Okay, actually dah banyak perkara yang aku nak update tapi banyak yang dah terlepas terlupa tertinggal ter ter ter lah semua nya sebab aku malas. Haha. Gua pun bosan doo update jarang, tapi bila sesekali update gua cakap benda sama je, gua nak rajin lah, gua malas lah, benda sama gua cakap pusing. Gua pun bosan doo.. Gampang siaa.haha

Okay, aku sebenarnya nak buat Instagram, aku tengok kiri kanan atas bawah kawan sekeliling dok  main Instagram Instagram ni. Bapak ah, saya jealous bhai. Bila mereka mereka tu sikit sikit amik gambar lepas tu masuk Instagram, huii.. meremang je bulu badan ni weh. Cembulu cemburu. dooo. hahaha. Dulu panggil Instagam, gua tak heran apa binatang tu. Lepas tu macam naik, mereka panggil Insta, gua terpanggil terkesima terpaku terpandang dengan Insta ni, sekarang, ha mereka mereka memanggilnya IG, huiiiii gampang doo! Gua rasa tercabar weh. Tu yang aku nak buat....

Tapi......

Masalahnya aku bukan Android users.. Aku pakai BB weh. Tunggu masa nak beli SONY je ni. Gua punya lah cemburu tengok mereka mereka main IG. Huiiiii! gua taip 'IG' pun rasa macam nak hentak ke lappy ni. Ah dah lah. Hilang kesabaran aku ni, aku haus, nak minum air.

Sekian terima kasih.
Assalamualaikum.