Aku Sebenarnya....'RAJINOPHIBIA' Sekejap.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:36 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Agak kekok pada mulanya apabila hendak memulakan sesuatu yang penah kita buat sebelum ni.
Sesuatu yang kita selalu lakukan selama ni.
Setiap masa kita lakukan sebelum ni.
Tak pernah lekang dek mata, jari, otak, usaha-usaha untuk melakukannya,
tak pernah rasa secebis kebosanan pun terlintas dalam minda.
Kita mencuba dan terus mencuba untuk masuk semula laluan yang kita dah buat sebelum ni,
Agak terhuyung-hayang sedikit apabila hendak melakukannya dengan lurus.
Tapi kita tetap gagahi, set di minda yang kita boleh buat.
Jadi kita akan terus buat. Fikir positif. Itu yang penting!


Apa yang aku cuba sampaikan ni,dengan ayat yang bajet sasterawan muda yang amat disegani.,haha. Maksud ayat ayat tu,aku cuma nak cakap yang aku akan kembali untuk update blog ni ha. Series dah setahun blog ni di tinggalkan tanpa diberi penjagaan yang rapi. Diulangiii, SETAHUN okay. Kalau aku ternak ayam, dah mati ayam tu. Sedih aku tengok.

Tu yang aku cakap aku kekok untuk taip taip dan taip taip. Eja 'Assalamualaikum' tadi tu pun dah salah. Takpe,itu semua cabaran.

Aku yang dulunya rajin untuk update blog ni,aku terpaksa stop untuk masa yang lama atas sebab sebab tertentu. Sebab utamanya ialan 'RAJINOPHOBIA' . Hahaha. maksudnya aku MALAS lahtu. Tapi sekarang  aku nak mendekatkan diri dengan blog ni.

Ada sebab-sebabnya sebab apa nak rapat dekat dekat dengan blog ni balik. Nanti aku cerita. <: p="">