Situasi Facebook Yang 'Annoying' !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:38 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. *yang muslim tu jawab dulu salam tu*

Hey ho. Sejak lama tak tulis blog, ni, akan ku gagahi untuk menulis balik blog ni yang lama tersadai tak bertuan. Jadi, nak tak nak aku kena perah otak aku,tak boleh perah aku masuk mesin basuh. haha. Akan aku cuba mencari idea walaupun tak seberapa yang nak ditulis tu ha. *sedih tak?hmm tak kan*

Sejak aku tak menulis kan, aku asyik online Facebook dengan Twitter. Tapi ada situasi ni,majoritinya aku nampak dekat Facebook lah. 

Macamni. *ehem-ehem* Nampak ke tak nampak,korang pasti pernah nampak kan status FB yang berupa lebih kurang macamni lah ...

1. Ramai yang online, tapi takda sorang pun yang tegur. Menyampah !
2. Semua aku nampak online, tapi bukan main semua sombong taknak tegur. puii !
3. 2049 yang online malamni, tapi sorang pun takda nak tegur, sombong. Baik tegur, kalau tak aku remove sorang-sorang.

Well? pernah nampak kan? Mungkin ada banyak lagi yang lebih kurang dan lebih dasat daripada contoh-cotoh yang telah disediakan di atas. *ayat baku

- Nampak? Jackie Chan pun tak suka,lagikan John Rambo.
Ha ni aku nak cakap sikitlah. Apa motif yuuuoolllsss buat cenggitu? Haha? Nak suruh orang tegur kita? Nak suruh orang berkenalan dengan kita? Kelakar mehh. *puii puii!* . Kok ye pun kalau awak tu bosangg kan? Toksah lah sampai macamtu. Kalau bosangg bebeno lah sampai nyonyot keyboard, better awak lah yang tegur siapa-siapa. Bukan suruh orang, ingat awak anak dato' tan sri datin ? *sebelah mata je gua tengok*

Lagi satu, kalau hang ada 2riburibanrabanreban freindlist tukan... Cuba bayangkan kalau semua tu tegur awak dalam satu masa. Tiada yang terkecuali pun. Tak ke awak suruh mak, ayah, maktok, tokabah, jiran, adik semua suruh balaskan orang yang IM/tegur tu?  Tak ke sampai awak muntah tulang sum-sum nak menaip?  Sedangkan 5 orang pun dah cepat-cepat off IM, inikan 2ribuu? *cehh*

Ha nampak tak? Jadi toksah lah buat status macamtu,bukan tak boleh. Setiap orang ada pandangan bermacam bentuk. Fahamilah orang sekeliling. Memang Account FB tu hang punya. Tapi ingat, orang ni ada macam-macam sifatnya,pandangannya okay. Terima kasih sebab terima pandangan aku ni.

Khas Untuk Bloggers Yang MALAS.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:26 PM TOTAL COMMENTS : 6
Assalamualaikum dan selamat malam penduduk planet sfera.


Hari ni aku nak kasitahu sikit dekat kauorang ye. Benda ni simple as dimple like pimple. Haha dasat ! Dulu masa aku muda-muda-muda kan. Masa aku aktif bergiat mara dengan Blog. Masa dulu lah kan. Sekarang sumbat Tongkat  Ali pun tak lut. Apetah lagi Kacip Fatimah Binti Dolah. Haha woi gua tak setua lagi  ah. Muda lagi. Darah tu masih fresh lagi, kalau toreh tangan, darah mancut kena cermin kereta kalis peluru tu boleh pecah doo. Haha gua memang poyoo.

Kali ni aku nak kongsi sikit lah. Tapi ni khas untuk blogger yang pemalas lagi malas. Betul memang istimewa untuk blogger yang malas. Contoh ah, kita nak feedback banyak kan, then nak cari followers yang melimpah ruah kan? Kalau yang ada Fanpages tu nak like banyak kan? Okay ni aku kasi cara sikit lah setelah lama aku fikir soalan yang tak terjawab ni.

Caranya senang je, kita pergi blog orang. Kalau dah memang sah korang ni pemalas nak baca entrti walaupun secoet je pun. Then malas nak komen. Boleh buat macamni. Korang bukak blog tu, then terus cari  :

1. Butang Follow This Blog / Sertai Tapak Ini / Join This Site . Lepas tu terus follow serta-merta tanpa alasan. Senang cerita Follow lah blog tu.
2. Terus cari Fanpages yang ada dekat blog tu, terus tekan LIKE. tak bayar seposen pun tekan.
3. Cari Shout Box / Chat Box untuk tinggalkan jejak. Dan dalam jejak tu letak sikit ayat *contoh* - "Dah follow dan Like Fanpage, kalau baik hati follow balik,tak paksa. Oh jangan lupa Like Fanpages saya. Terima kasih''

Dan tulah caranya. haha. Simple kan? Tapi kalau boleh kena buat dalam satu hari tu buat lah lebih kurang puluh-puluh blog. Kalau 50 blog korang buat macamni, tak mustahil 30  yang buat balik dalam seminggu. rite?

Tapi kalau memang dah malas sangat kan? Ni satu cara lagi,baca dan fahami.. korang terus tapayah mengada nak bukak blog kau lagi. Terus kuburkan blog kau tu. Jangan ingat lagi blog kau tu. Hilangkan memori dalam kepala hotak kau tu pasal blog kau. Selesai. Hahah !

 Dah tahu nak buat blog tu, rajin sikit. Cara ni untuk yang macam malas sikit je. Faham ? Okay bagus. Assalamualaikum..


13 Malam Pertama Yang Pendek.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:03 AM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan selamat seselamatnya. 


1. Yea aku paham, aku dengar rintihan korang. Aku lama tinggalkan blog ni sejak tahun lepas,lepas SPM haritu. haha. 

2. Ha tajuk? Haha macam kelucahan kan? Macam mengersangkan kan? Macam mensangapkan kan? Macam menstim kan kan? Hahah Korokmu! Tu tajuk je. Tak da pape pun.

3. Oh oh, aku sihat. Ye tahu kau tak tanya pun aku sihat ke tak. Aku menyatakan je. haha. Em aku memang lama tak update. Nak kata busy memang tak. Malas tu memang ada. So kesimpulannya aku malas nak update. Walaupun niat nawaitu nak update tu ada. haha.

4. Ha ni entry first aku untuk tahun 2013 ni. Ye walaupun dah 3 bulan berlalu. Nilah yang first sekali. haha. Nampak tak aku kuno betul?

5. Aku mungkin tak update, mungkin tak tulis apa yang aku post sekarang ni kalau tak sebab sorang budak ni dekat twitter. Bukan main dia dok puji pasal blog aku ni. Tu yang semangat aku membakar-bakar untuk tulis ni. haha.

6. Untuk pengetahuan korang, harini lah aku first time bukak blog aku untuk tahun ni. Selama ni tak jengah pun. 

7. Aku pun pelik kenapa aku tulis siap ada nombor 1 2 3 bla bla bla. ni. Selalunya tak pernah. Haha. 

8. Makin lama-makin pendek pulak aku taip.

9. Kenapa eak makin pendek?

10. Aku takda idea.

11. Oh patutlah.

12. Okay.

13. Bye.

Hahaha so tulah ea buat permulaan. Takan gelojoh terus nak cerita bukan-bukan ye dak? So esok lagi aku update. okay.