Tekanan Stress Tertekan.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:36 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Macam berita doo macamtu. Dengan suara kasar. hahaha.


Cuti ni macam stress sikit kod aku rasa. Oh aku tak mention lagi aku study dekat mana. Aku study dekat UiTM Lendu Melaka. Official Student of Art & Design. Student of Photography and Creative Imaging. AD117. Haha okay dah, cukup lah tu.

Sekarang ni tengah cuti mid sem, 2 minggu. Macam biasalah, assignment memang ada, banyak tak banyak tu, tapi tetap ada. Dekat sini aku bukan nak mengeluh, tapi ni cuma nak luah sikit perasaan ni ha.

Cuti dua minggu, seminggu dah berlalu. Assignment ada banyak, satu assignment tak siap lagi. Ishh nak kata susah tak jugak, biasa je. Ada satu assignment ni, kena buat macam folio tentang Self Biography, yee kena cerita pasal diri kita dari kecik sampai sekarang. Nampak senang kan? Memang senang, tapi yang susah sikit sebab kena karang dalam inggeris. Aku inggeris dah lah so so je. haha.

So tulah yang buat aku macam stress sikit lah ni. Dari mula cuti haritu buat satu assignment ni tak siap siap. baru 20.5%. je complete. Tapi takpe, aku cuba buat, buat sama-sama dengan RA. Pada masa yang sama dia buat dengan aku, walaupun dia dekat JB, aku dekat Batu Pahat. Hehehe.

Tu baru satu assignment, yang lain tu aku tak berapa nak sentuh lagi. haha. Tataulah siap ke tidak semua. InsyaAllah boleh siap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)