Moment With RA.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:11 AM TOTAL COMMENTS : 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni nak cerita pasal hari tu, ye haritu. Hari Sabtu yang bertarikh 28/12/2013. Seronok sangat hari tu, sebenarnya haritu aku pergi JB. Buat apa pergi sana? Aku pergi sana sebab nak jumpa RA. Yee rumah RA dekat JB, area area  Tampoi sana. Aku tak berapa ingat jalan ke rumah dia pasal rumah dia macam masuk taman. Banyak simpang sebelum sampai rumah dia tu. Tapi aku pergi pun bukan drive sendiri. RA yang drive.  Aku dari Batu Pahat macam biasalah naik bas je ke sana. Nak naik kereta belum mampu, so naik bas je lah. Sampai Larkin dia jemput aku. Pergi rumah dia. Actually nak jumpa semua ahli keluarga sana, tapi dapat jumpa RA dengan ibu RA je. Tapi takpelah asalkan niat nak melawat family sana tercapai.

Okay lepas tu kita orang keluar. Em kejap, sebenarnya aku tak mention siapa RA ni, RA ni singkatan untuk nama sayang aku, nama dia Radiatul Aina, aku panggil dia Ain, tapi aku cakap dekat orang, dia RA. Okay kitaorang keluar pergi bandar JB, aku pun tak berapa tahu tempat tu sebab first time pergi bandar JB, kalau tempat lain tu pernah lah jugak. Kitaorang dekat sana mula mula pergi buat assignment, shoot gambar dekat sana. Tu je. Walaupun tengah tengah panas terik, hahaha.

Ohh aku lupa ! Kitaorang pakai baju sama masatu. hahah ! Sweet je. haha. Baju tu RA kasi masa birthday aku 21/12 haritu. Dan dia pun ada beli baju yang sama dengan aku jugak. First time ada baju sama dengan dia. Then pakai sama-sama. hehe. Seronok... Ha tengok ni, hehe. Dia pakai cap aku sebab masani angin kuat, rambut dia terbang terbang je..





Lepas tu dia ajak pergi CS dekat JB tu. Series aku jakun bila pergi JB dengan RA, jakun beb, dia bawak aku pergi tempat yang entah mana-mana je. Kalau setakat Danga Bay dengan Angsana tu aku tahu lah. Eh tapi bila aku cakap aku pergi Angsana, RA gelakan aku, sebab dia kata sana banyak bangla. hahaha. 

Tapi series walaupun dia bawak kat tempat tempat yang agak 'rare' dekat sana. Aku seronok sebab dapat tengok bandar JB macamana. Lagi lagi RA yang bawak. hehe. Petang tu kitaorang cari tempat makan sebab lapar gila. Mulanya pergi KFC, tapi bila kitaorang pergi KFC, kitaorang taktahu nak order apa, balik balik ayam je. haha. Tak kisahlah KFC mana-mana, memang taktahu nak order apa. So hari tu pergi KFC cuma tayang muka, amik bau ayam, pergi toilet dia, then blah. haha. 

Then RA kata nak bawak pergi makan chicken chop, tapi kedai tu belum bukak. Bukak pukul 7 katanya. So takpelah. Kitaorang pergi McD je. Ha kalau McD ni memang dah tahu nak order apa. Macam biasa aku order Doublecheese Burger. Tu je yang gua minat. haha. Then air milo. haha. 

Sepanjang keluar dengan dia memang seronok, aku banyak kenakan dia, dia banyak kenakan aku. Kitaorang memang macamtu. haha. Yang lawaknya tu, aku macam pergi trip luar negara. Dia drive ,aku duduk sebelah, dia dah macam tours guide untuk aku tau. Dia akan terangkan apa yang ada dekat sebelah kiri dan kanan, apa bangunan tu. Apa dalam dia, apa nama tempat tu. Apa yang jadi dekat situ. Semua dia cerita. Tu yang seronoknya pasal RA ni. Hehehe.

Then malam tu.. em part ni macam sedih sikit lah. Malam tu aku dah kena balik BP, bas gerak 9.30. Pukul 8.30 dah dekat Larkin sebab nak gerak lambat takut jalan jem sebab hari tu sabtu, ramai orang keluar. Bila aku dah nak naik bas tu, RA taknak lepaskan aku tu. hehe. Muka dia,alahai, sayu je,  aku kesian tengok dia. Hehe. Aku tahu rindu dia macamana dekat aku, tu yang aku sanggup datang JB. So bila aku nak balik tu, dia macam tak boleh lepaskan aku sebab rindu dia tak puas lagi. Aku pun sama, tapi nak buat macamana kan. Kena balik jugak.Hehe. Dia kata dia nak nangis masa aku dah naik bas. Sebak wehh. hehe. Tapi aku tetap seronok dapat jumpa dia masa tu!. 

Terima kasih sayang.. I love you! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Best nye!!!!!!! Wahhhhh so suweeettt laaaa...... nak ikut jalan2 kat JB gak.. nk g CS.. hahahaha

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)