Apa Erti Kawan? Macam Ini?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:55 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, aku ada benda nak dikongsikan sikit. Agak series jugak lah perkara ni. Semuanya ada dalam gambar ni : 


Mungkin sekali pandang semua tak faham apa maksud tersirat tersurat gambar ni. Memang susah nak faham, aku pun bila tengok gambar ni tak faham. Tapi bila diamati betul betul, aku faham, dan aku tersedar sesuatu perkara yang mungkin berlaku dalam hidup aku, atau hidup korang semua.

Secara kasarnya korang nampak semua perempuan dalam gambar tu, ada seorang warna coklat dan seorang warna biru, lepas tu ada kubur coklat dan kubur biru. Ye itu secara kasarnya mata kita memandang tanpa tahu apa maksud sebenarnya. Sini aku terangkan.

Sebenarnya ada 2 situasi dalam gambar tu. Aku terangkan satu persatu. 

1. - Perempuan Coklat : Dia mempunyai 2 orang rakan yang baik, yang rapat, yang sentiasa bersama walau dalam keadaan senang dan susah. Sedih gembira semua bersama. Walaupun hanya sedikit bilangan rakan baiknya itu mereka tetap bersama.
- Kubur Coklat : Kubur Coklat tu menandakan bahawa Perempuan Coklat itu dah mati. Kubur tu milik Perempuan Coklat tu. Dekat kubur tu terlihat 2 orang perempuan. 2 orang perempuan itulah rakan baik,rakan rapat nya semasa dia hidup dahulu. Walaupun Perempuan Coklat tu dah mati, 2 orang rakannya itulah yang sentiasa ada dengan dia. Datang ke kubur, letak bunga. 2 orang rakannya itu ingat akan erti sebuah perhubungan KAWAN.

2. - Perempuan Biru : Dia sedang dikelilingi oleh ramai kawan, mereka seronok bersama ramai-ramai. Mereka ketawa bersama. Mereka melakukan apa sahaja bersama-sama. Dia seronok ada ramai kawan.
- Kubur Biru : Kubur tu menunjukan bahawa Perempuan Biru tu dah mati. Tapi.. Tiada siapa pun dekat kubur dia. Dekat mana kawan-kawan dia yang ramai semasa dia hidup dulu? Dekat mana mereka? Mereka lupa ke yang masa Perempuan Biru ni hidup, dia pun kawan mereka? 

Apa yang aku nampak, ini pendapat aku, berdasarkan gambar kartun macamtu. Walaupun kartun mat salih sebab ada 'R.I.P' . Tapi boleh dibuat iktibar jugak. Pandangan aku, walaupun kita ada ramai kawan sekarang, kita gila-gila bersama apa semua kan? Kita hidup dengan kawan yang ramai, tapi bila kita dah mati nanti, adakah semua ingat kita? Ingat persahabatan kita? Ingat siapa kita untuk mereka?  Kadang, ada seorang kawan, lagi berharga daripada ada ramai kawan. Ada seorang kawan itulah menjadikan dia seorang SAHABAT.

Ni cuma pandangan aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Yup setuju. Hahahah banyak mana kawan sekalipun mesti ada yang paling rapat dalam tu. Alhamdulillah ada sahabat yang memahami :') Fuuuu sebak ~ Bagus arep sekarang. Dah rajin update blog. Wuuuuu ~ Hahaha tengok dekat bloglist laju je nama dia naik dengan entry baru. XD

    ReplyDelete
  2. @Nur Hamizah
    Setuju sangat sangat kan? Kawan ramai pun tak guna kalau semua lupa siapa kita.
    Oh mestilah, hehe. lama kod blog ni ditinggalkan. Ni rajin dah datang balik. Sentiasa update lah. haha

    ReplyDelete
  3. Ciss ! Haha macam mana nak semangatkan balik mood blogging ? Miza dah hangus mood blogging. Dah seminggu tak update -_- Bagi sikit nasihat ke tips ke.

    ReplyDelete
  4. Btol3. . 100% aku sokong. Better kite gerak smua sendiri.. biar tak ramai kawan, asalkan kawan yg kite ada walaupun 2/3 org je, dieorg dpt ingat kite bile kite dh tak de. Btol ke encik arep??

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)