Situasi Facebook Yang 'Annoying' !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:38 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. *yang muslim tu jawab dulu salam tu*

Hey ho. Sejak lama tak tulis blog, ni, akan ku gagahi untuk menulis balik blog ni yang lama tersadai tak bertuan. Jadi, nak tak nak aku kena perah otak aku,tak boleh perah aku masuk mesin basuh. haha. Akan aku cuba mencari idea walaupun tak seberapa yang nak ditulis tu ha. *sedih tak?hmm tak kan*

Sejak aku tak menulis kan, aku asyik online Facebook dengan Twitter. Tapi ada situasi ni,majoritinya aku nampak dekat Facebook lah. 

Macamni. *ehem-ehem* Nampak ke tak nampak,korang pasti pernah nampak kan status FB yang berupa lebih kurang macamni lah ...

1. Ramai yang online, tapi takda sorang pun yang tegur. Menyampah !
2. Semua aku nampak online, tapi bukan main semua sombong taknak tegur. puii !
3. 2049 yang online malamni, tapi sorang pun takda nak tegur, sombong. Baik tegur, kalau tak aku remove sorang-sorang.

Well? pernah nampak kan? Mungkin ada banyak lagi yang lebih kurang dan lebih dasat daripada contoh-cotoh yang telah disediakan di atas. *ayat baku

- Nampak? Jackie Chan pun tak suka,lagikan John Rambo.
Ha ni aku nak cakap sikitlah. Apa motif yuuuoolllsss buat cenggitu? Haha? Nak suruh orang tegur kita? Nak suruh orang berkenalan dengan kita? Kelakar mehh. *puii puii!* . Kok ye pun kalau awak tu bosangg kan? Toksah lah sampai macamtu. Kalau bosangg bebeno lah sampai nyonyot keyboard, better awak lah yang tegur siapa-siapa. Bukan suruh orang, ingat awak anak dato' tan sri datin ? *sebelah mata je gua tengok*

Lagi satu, kalau hang ada 2riburibanrabanreban freindlist tukan... Cuba bayangkan kalau semua tu tegur awak dalam satu masa. Tiada yang terkecuali pun. Tak ke awak suruh mak, ayah, maktok, tokabah, jiran, adik semua suruh balaskan orang yang IM/tegur tu?  Tak ke sampai awak muntah tulang sum-sum nak menaip?  Sedangkan 5 orang pun dah cepat-cepat off IM, inikan 2ribuu? *cehh*

Ha nampak tak? Jadi toksah lah buat status macamtu,bukan tak boleh. Setiap orang ada pandangan bermacam bentuk. Fahamilah orang sekeliling. Memang Account FB tu hang punya. Tapi ingat, orang ni ada macam-macam sifatnya,pandangannya okay. Terima kasih sebab terima pandangan aku ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)