'Twitter Box Office' Yang Hebat !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:25 PM TOTAL COMMENTS : 4

Assalamualaikum dan selamaat sejahtera dan selamat malam, dan selamat pagi serta selamat dunia akhirat :D

*Cewahhh . hahaha*

Eh korang-korang sekakian. haha. Korang yang ada Twitter dan Facebook kan, tipu kalau takde Facebook, Takde Twitter aku percaya lagi pasal ada yang tak tahu guna. haha. Eh ha tak sebenarnya ni, korang yang ada FB dengan Twitter mesti tahu kan pasal yang kecoh kecoh Drama twitter tak keluar panggung wayang kan. Alah pasal bangga takda dara lah, pasal nak bapak mati cepat lah , itulah ini lah kan ?

Ye aku tahu korang tahu, heboh dohh satu Malaysia, siap jadi trending dekat Twitter kan. Bapak ah, bagi aku kecah nak mati hidup balik jadi zombie. Aku tak nak cakap panjang, and tak amik port sangat pasal isu ni. Gua tak kecah sangat sampai nak bash orang tu gila khinzir. Kahkahkahh ! Gua bash sikit je,orang tak perasan, gua bukan dalam list TweetFamous or HotstuffFacebook. Haha

Aku pun taktahu kesahihan yang betul ke dia takda dara, betul ke dia nak bapak dia mati cepat. Kan ? Ada korang cek celah kangkang dia betul takda dara ? *maap terkasar bahasa,cuma nak sampaikan*  Yang pasal nak bapak dia mati cepat tu. Ada korang hidup dengan dia ? Ada pernah tengok bapak dia ? Pernah minum kopi semeja,sekedai, sekerusi, secawan dengan bapak dia? Hahaha.

And aku pun tak memihak mana-mana lah, tak lebihkan mana-mana. *lebihkan sikit budak yang bash tu, hehe, kita geng* Aku tak cakap account budak-budak ni fake ke true ke, halffake ke. Lantak ahh. Kisah pulak aku kan ? Tak kisah pun, haha.

And sekarang dah senyap balik drama ni dekat Twitter, Alhamdulillah lah kan :) Hehe.. Well tak tahu pulak lepas ni apa pulak kan ? '' GUA BANGGA GUA HILANGKAN PEMADAM SEBELUM HABIS DIGUNAKAN SEMASA DARJAH 4 KELAS 4 BERANI '' hahaha. Confirm keluar box office twitter cerita ni. hahahahah :P

Then kesimpulannya, 
Yang pertama kita jangan terlalu nak bash orang kalau tak tahu kesahihan/kebenaran keaadaan orang tu. Takut kita bash, kita cakap macam-macam, keluar perkataan yang tak sepatutnya, dan bukankah kerja tu sia-sia ? Jadi tinggalkan, tukar bash kepada nasihat. Ianya lebih baik.
Kesimpulan yang kedua, kita jangan bukak aib kita sendiri dekat tempat umum. Macam dekat Twitter, Facebook, walaupun kita nampak macam gurau, or nak buat lawak, tapi pandangan orang lain-lain, kena orang yang gila sakai bash orang, Naik terus nama kita kan. ha. padan muka. So renung-renungkanlah :D

'Maaf' Sudah Tiada Nilai Ke ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:51 AM TOTAL COMMENTS : 2

- Tak berniat nak mencarut :) Gambar semata-mata.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D 

Eh em heyy hoo. Eh haa aku ada benda nak share sikit lah kan. Kita semua tahu kalau kita ada buat salah or somethings mistake *sama kan maksudnya?* then kita perlu/wajib mintak maaf kan?. Ye memang tak dinafikan kita perlu buat tu.

Tapi kan. eh sebelum tu, ni pandangan aku lah sejak aku hidup dekat dunia lah. Jangan marah or ape lah. Setiap orang ada pandangan sendiri. :)

Em dari pengalaman dan pandangan aku kan. Zaman sekarang ni lah kan. Dalam menongkah arus globalisasi pada abad ke-21 ni. *Nampak ayat SPM keluar? haha* Nilai 'Maaf' or nilai 'Kemaafan' tu macam something yang tiada nilai. Korang ada nampak tak ? Kalau tak nampak pakai spek 3D okay? Okay tak, haha, maksud aku kalau tak nampak pakai 2 spek 3D. haha ! Aku nampak doo..

Orang buat salah kat aku, mintak maaf, okay baguslah kan. Tapi jangka hayat maaf tu sekejap je, Korang faham tak ? macamni.. dah buat salah,mintak maaf, esok buat lagi,then mintak maaf lagi,then buat lagi. Sumpah gua takboleh tahan benda ni doo.. Baik takpayah mintak maaf kan ?! Betul tak geng ? Hahaha !

Kalau lagi teruk dah pandai buat salah, tapi terus tak mintak maaf. Tak sedar kod. Ni tahap bingai memang infiniti kuasa 2. Memang takde sifat kemaafan dalam hidup dia. Patut dihumban kedalam loji kumbahan. haha.

So gua nak ulas panjang pun malas sikit ah. Korang faham sendiri lah maksud aku ea? Kalau dah buat salah, mintak maaf. then kekalkan kemaafan tu. Jangan sampai nilai 'maaf' tu macam korek hidung selet dekat sofa then buat tak tahu. Ea? 


I'm Back For Blogging !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:28 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera yuolls !

- Bajet ayat gambar ni. haha

Hey rindu gua ? Rindu ? Ye gua pun rindu lu lah. haha.  Tak rindu ? Haha sila rindu *kelip-kelip mata* Eh ha yee first at all aku sihat walafiat. Ye aku tahu lama aku tinggalkan blog gua ni. Sumpah lama sangat dah ni. Dari bulan April masatu sampai November harini lah aku baru mula update balik. Haha. And for sure memang kekok nak mampos hidop balik gua taip ni ! Btw aku ignore je. Haha

Duuluu-duulu kan, memang aku ada cakap yang aku akan stop berblogging sampai lepas SPM, thethapi, Actually ni belum habis SPM lagi, cuma subjek teras baru habis. Lepas ni tinggal subjek yang tak teras lah haha. Ada 3 paper lagi, Pendidikan Seni Visual 2, Geografi 1 & 2  dan Lukisan Kejuruteraan. *petik jari kiri kanan* cewahh ! haha. :P

Err well memang for sure gua haruk ni. Em gua nak cakap sikit kan, tadi aku nak tukar email untuk blog dan facebook dan twitter dan lain lain. Ingat nak pakai email baru untuk segala jenis account yang aku pernah ada, Bila dah buat,then nak tukar untuk blogger, tapi babeng haruk nak mampos. Banyak songeh. Terus gua takjadi tukar. Aku terus pakai email lama jerr :D *sedih sebenarnya ni*

Ehem aku ada pasang Twitter Conversation dekat sidebar tu. Baru je tadi. haha follow twitter aku eah @arepskema . Tak follow gua sebat lu pakai tali pinggang sekolah *gua paksa. haha, bajet

Well okay itu je untuk permulaan ni eah ? Assalamualaikum..