Memang Macam SENGGG !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 6:15 PM TOTAL COMMENTS : 7
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera yang hensom dan chantek belaka nih !

Okay. lama kan tak update. Peduli lah kan. Aku busy, SPM candidates 2012 ni okay. 

Emm tadi kan, aku bukak komputer, then bukak Facebook. Aku bosan aku bodek bodek lah facebook tu, aku scroll sampai kebawah dan kebawah dan kebawah dan kebawah sampai bila pun tak habis kan. Aku dok baca jela orang update status, bermacam bagai bentuk fesyen style cara orang buat atau tulis status.


Ada yang jiwang belaka, ada mengedik, ada mencarut marut, ada itu ini semua lah. *1 malaysia* . Then adalah satu status ni. Aku taknaklah mention nama orang tu or pape, cuma nak cakap lah kan. Dia ada bagi teka-teki kan, lepas tu siap ada note :
''Siapa tahu jawapannya jangan lah jawab''
Hoho ! macam bingai sedikit lah kan. Tanya tempat public, semua orang baca, dah tu buatpa tanya kalau takasi orang jawab. Macamm SENGGGGAL!!! 

Lepas tu yang tabole blah kan *ni bonus story* . Yang tabole blah kan. Mula mula status pasal teka-teki, komen sampai berpuluh-puluh, tapi cerita macam-macam dia masukkan. Cerita pasal exam, pasal kucing dia, pasal homework lah bla bla blaaa. --'

ps: note tu aku ubah sikit ayatnya. Takdelah aku copy paste bulat bulat, tapi maksudnya tetap sama :D

Apabila Ianya Sesuatu Yang Unik

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:15 PM TOTAL COMMENTS : 13
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni. Harap sihat semua :)

Ni ada benda nak share sikit okay :D

Cuba imaginasikan.. 

Dalam satu kotak sederhana besar. Dalam kotak tu ada banyak guli warna putih. Then ada 2 biji guli berwarna hijau. Mesti korang akan tanya atau cakap ''Kenapa ada 2 biji yang warna hijau ?'' 
Betul tak ? 

Tapi kenapa korang tak tanya ''Kenapa banyaknya guli putih?'' tanpa menghiraukan 2 biji guli hijau tu.

Well itu lah kehidupan kita. Sesetengah daripada kita mudah tertarik kepada sesuatu yang luarbiasa or yang lain daripada yang lain kan. Macam aku, aku lebih tertarik kepada sesuatu yang unik.


Kalau lelaki, pergi Mall, jumpa sekumpulan or ada ramai perempuan lah kan. Diorang jalan sama-sama. Ada 5 orang perempuan . 4 orang tinggi, dan ada seorang yang rendah. Mesti dalam hati korang akan terdetik, ''Eh yang lain tinggi, dia sorang rendah, comel pulak tu''. Kan kan, mesti punya. Korang takan tanya apesal 4 orang tu tinggi.

So kita macam tak perasan benda ni berlaku selalu dalam hidup kita, tapi itulah realitinya, memang sentiasa berputar dalam hidup kita. :) 

Unik bukan pelik :)


Aku Rasa Macamni Tahu ? !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:12 AM TOTAL COMMENTS : 12
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera..

1, 2, 3.. okay mula :D

- Aku rasa macamni tahu ? 
Err.. aku taip aku padam balik, aku taip aku padam balik. Tapi otak gian gila babeng nak update blog. Memang harok betull. Tunggu setengah jam ngadap komputerr. Tade benda nak taip. Okaybaii . Selamat malam okay :D


Okay tamat. Anda berjaya baca entry ni paling pantas dan cepat habis. Andalah orang yang kami cari. Sila beri komen untuk menunjukkan anda orang yang baca paling pantas :D 


Then And Now : 2011 Japan Tsunami

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:56 PM TOTAL COMMENTS : 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planaet sfera ni.

Sihat ? Okay alhamdulillah. Kenyang ? Okay Alhamdulillah. Ingat ? Okay Alhamdulillah jugak. Ingat ape ?

- Semua orang Pray For Japan
Ha ingat ape kan . Korang ingat tak masa tahun lepas yang Tsunami melanda Negara Jepun dengan teruknya ? Mesti ingat kan. So kalau korang nak tahu hari ni 11.3.2012 genaplah setahun Jepun dilanda Tsunami. Err maksud aku bukan lah dari 11.3.2011 sampai hari ni Jepun kena Tsunami, but korang fahamlah kan. *jangan buat saspen* . 

Mesti ramai tak sangka kan Jepun kena Tsunami masa tu kan. Ye aku pun tak sangka. 9.8-magnitud tu seh gegaran punca Tsunami tu. Kematian lebih kurang  15,000 tu *seach google*.  Dan yang aku ingat masa Jepun kena Tsunami tu ,ada orang cakap :
''Negara maju pun boleh kena Tsunami''
Bagi aku ,aku tak setuju sangat kod dengan dialog tu. Negara maju tak menjamin keselamatan negara kerana kuasa Allah lebih dari segala-galanya. Negara maju dengan teknologi canggih-manggih sekalipun sampai buat tembok cecah ke langit sebab nak lindung negara tabole sebab takde benda boleh halang kuasa Allah. :)

So dengan dekat sini aku selitkan video kesan selepas kena dan keadaan Jepun sekarang lepas kena Tsunami. So macam biasa video pinjam dari Youtube lah kan. Takan Wikipedia pula :D



Gambar-gambar ni diambil 9.3.2012 . So kita Pray For Japan okay :')

Peniaga Tak Patut Buat Macamni !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:04 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera yang warna warni ni :D

Yeahh dah start cuti okay :D *melompat* . So walaupun cuti. Tapi bagi seorang pelajar macam aku istilah 'cuti' tu tak membawa maksud cuti pun. Tetap jugak kesekolah. Kelas tambahan *bukan mengeluh* . 

--Okay habis mukadimah kontot yang tak seberapa tu--

Ha ni aku nak cerita lah kan . Baru je jadi pagi tadi. Macam kelakar gila pun ada. Kisahnya bermula macamni, tadi aku ada kelas tambahan dekat sekolah. pukul 8-10 kelas Geografi, then 10.30 sampai 12.30 Pendidikan Islam. Then kan ada masa setengah jam kan bila dah habis kelas Geo, then budak-budak laki kelas aku pergi lah warong kejap, nak makan. Lapar katanyaa

Bila dah sampai, order  lah ape yang patut, air ape semua. Makan ada yang mintak roti canai kosong, roti telur dan roti sardin. *aku roti telur :P * . Then yang ada isi semua dah sampai kan. Means yang telur n sardin dah sampai. Tapi yang kosong bukan main lama sampai. Siap aku dan member yang lain dah habis makan masih belum sampai lagi. *perasaan masih okay lagi ni, ketawa haa ho ha hoo lagi*

- Hiarrgghhh !
Dan pada waktu yang sama, jam lagi 15 minit nak pukul 12 ni. Kelas dah nak mula. Yang member aku sorang ni memang dah tak senang duduk, dah lar lapar, lambat pulak tu. Yang memang gila panas kan. Kalau korang pun panas jugak kalau kena macamni. Kitaorang dah duduk, order bukan main lama, lepas tu ada lah makcik dan pakcik dan ada budak Form6 sekolah aku, datang lambat tapi diorang dapat dulu. Aku yang dah kenyang pun rasa macam nak rejam je muka peniaga tu dengan meja. Sakit hatii woo. Ape salahnya dia buatkan dulu untuk member kitaorang. Yang member aku memang dah berbulu je nunggu, *termasuk aku* . And kawan aku tu siap dah 2-3 kali panggil makcik tu,cakap yang kitaorang punya tak sampai lagi. Dia kata kejap-kejap, kejap hagokmu lahh. ! Lama gila sengall. :D

So bila dah dapat, jam menunjukkan pukul 12.10minit. haha memang member aku makan macam lipas kudung lah.2-3 kali ngapp terus bayar sambil buat muka tak puas hati. Peduli ape kan makcik warong tu nak terasa. Memang patut punsss !

So kesimpulannya, para peniagaa di luar sana. Janganlah buat aksi sedemikian rupa okay. Its like kill yourseft at general place ! Tahu ? Macam membunuh diri dekat depan orang ramai. *sendiri cari maksud okay* Nak kata utamakan yang tua dulu memang tak patut dalam hal ni. Kalau kat warong or restoren or kedai abc sekalipun, siapa datang dulu order dulu dia dapat dulu kan.  . 

So okayy. open your mind before i rejam you punya kepala pakai set meja bersama kerusi sekali  :D

Kisah Perempuan Dengan Cermin Ajaib !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 2:54 PM TOTAL COMMENTS : 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera lonjong sikit :D

- Huaarhhh ! Hahaa !
Okay haii holaa ! Sejak dua menjak ni aku asik menghupdate blog kan .Okay taniah kepada diri aku sebab boleh update blog. *penonton bersorak diiringi musik dari okestra tadika* .

Ni aku nak cakap lah kan. Post kali ni yang ini memang fokus kepada kaum hawa yang lagi lembut lagi tak bermaya lagi sopan lagi santun lagi pandai perah santan :D So sebelum tu aku menyusun jari kaki dan tangan mohon maaf kalau ada yang tak terima dengan pendapat aku ni. Kang tak memasal terserempak aku dekat luar terus ikat shawl korang dekat leher aku sekuat-kuatnya, pijak telinga aku, conteng lipstik dekat tapak kasut aku. haha. Okay jangan ea. korang baik kan :D

Benda ni sebenarnya aku tak ambik pusing sangat lah. Tapi kadang kalau dah selalu jadi dekat depan mata aku rasa terus aku nak amik pusing 2-3-4 kali jugak. Tu yang aku cakap dekat sini. 

Em perempuan hidupnya memang sentiasa ada cermin ke ? Cermin muka tu kan. Cermin bedak tu. Dekat kelas aku memang tak semua bawak. Tapi ada segelintir yang bawak . Yang aku taboleh blah lah kan. Time cikgu mengajar tengok cermin, betulkan tudung, tengok bedak rata ke tak, tengok jerawat dah masak ke belum. Then 5 minit kemuadian tengok lagi. Buat perkara yang sama lagi. Then setengah jam lagi mintak izin keluar kelas, ha memang sah lah tengok cermin lagi, dekat toilet cermin dah macam cermin sakti dah. Besar gedabak. Puas lah korang tengok muka sambil senyum sorang-sorang. dalam hati cakap, cantiknya bidadari yang tengah tengok cermin ni. *perasan*

Lagi kann, time dah nak balik pun sempat lagi tengok cermin tu. hahaa. Aku tengok muka dah elok lahh. Takdenya cacat, tadenya conteng conteng macam askar masuk hutan tu haa. Memanglah nak biar nampak cantik jekan. Okay tu takpe. Siapa tanak cantik kan ? Tapi kenapa lah setiap 5 minit perlu tengok cermin?  time cikgu mengajar tengok cermin ? Bila cermin  hilang ke pecah je dah gelabah macam dunia ni nak hancor. Macam gedik pulak, aku rejam pakai meja kang terus senyap. --'

So kesimpulannya, jangan biasakan lah asik 24 jam dengan cermin jee.Tak kemana lah muka kau tu. Dah tua berkedut jugak nanti kan :) Soo bubye

Assalamualaikum fellas :D

Aku Bukan Keturunan Mat-He-Mat-Ics

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:29 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera dan jjiran-jiran planet ni. 

Diharapkan sihat-sihat belaka. Nampak tu semua chubby-mubby, comel-momel, sihat-mehat, kuat-muat , cergas-mugas, aktif-maktif dan kawasan sewaktu dengannya.

Hello.  Hell-to-O . haha ! Tak kelakar dohh. Okay aku bosan-mosan tade benda nak cakap.  Okay tadi aku ada post pasal yang aku tukar cbox kepada fibox kan. Nak tahu tak ? macam kelakar sikit kod. Aku dah publish lepas tu tak lama aku revert to draft. Lepas tu aku publish balik. Tak kelakar kan. kan kan. kan kan kan. OkPINEE !! Aku tak layak masuk Maharaja Lawak, layak masuk Tom Tom Bak Bak Tom Tom Bak ! kan. * bukan main panjang nama rancangan*

Okayy. Malam tusyenn. Esok Exam, so bila nak studynya tu ? Sekarang ke ? haha macam tak boleh lah. Ni tengah buat aktiviti amal. Berblog sambil berfacebook sampai magrib. *alasan pelajar cemerlang pendidikan sivik* . Balik tusyen memang takdenya lah aku nak beramah mesra dengan buku ape semua tu. Terus tidur adalahh. Esok dah lah subjek Math, Fuhh gila gempak ! Serius aku kurang berminat dengan beliau yang bernama Mathematics ni. Kita tak geng. Aku dilahirkan tanpa darah Math , apetah lagi Addmath, tapi dengan darah jenis AB.. kod. haha. err. Dermalah darah Math korang kepada aku. Sila hubungii bla bla bla aku dah merepek panjang...


--Paling tinggi aku pernah score math kan,aku dapat C je. Haha okay diam ! kaybai--

Walaupun aku cakap aku tade benda nak cakap, tapi diam tak-diam, celik tak pejam, penat tak letih, gatal tapi garu dah nak sampai ke penghujung rancangan kita .. AC dimana ? AC tangah makan cendol letak mee siput. Uuuu tak sempoii ~ . 

Assalamualaikum dan selamat hari raya. Hahaha *kemaruk nak raya lah ni*

ps: Mat-He-Mat-Ics =Mathematics

Cbox.ws Bertukar Kepada Fibox.ws

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:43 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera serta kotak kalau ada. Haha !
Ha ni cuma nak cakap, yang tempat peninggalan jejak sejarah atau Chatbox atau shoutbox aku dah tukar. Eh kejap ! Aku pakai cbox.ws . Memang sejak first time blog ni terhasil aku memang pakai Cbox ni. Lain taknak, Okay sebenarnya simple Cbox ni bagi aku. Tapi yang bagi aku macam frust sikit bila nak tinggalkan jejak tu ha . Dah macam nak isi form mintak kerja. Bila nak tinggal je mesti kena isi. Kadang macam menyampah jugak tau. Tapi aku pakai jugak. Hahaa !

So so. Tadi kan, aku dah tukar kepada fibox.ws . Sebenarnya lama dah aku tahu fibox ni dan berkeinginan yang memdadak untuk menggunakan beliau ni. Tapi atas dasar kemanusia'blog'an dan kasih sayang bagai menatang minyak wangi Uber-Man yang penuh terhadap cbox ni. Aku gagalkan penukaran aku tu. Tapi sejak kebelakangan ni, blog aku asik diserbu oleh seorang bangsawan ternama lagi berjaya raya *ceh haha kembang kau* yang bernama Cik Chokie . Blog dia ada gunakan fibox ni. So aku macam tertarik menarik dekat Fibox ni. Serius weyy ! Blog dia lah punca aku tukar Fibox ni. Okay terima kasihh. haha

So bagi aku memang senag pakai ni. Simple dimple pimple okay. Tak perlu isi borang mintak kerja lagi. Sekali kita tulis Nama dan URL blog, selama-lamanya dia terisi. Kan bagus tu. haha Tinggal taip mesej yang kita nak je then tekan ENTER ! Ha ramai-ramai lah tinggalkan jejak dekat fibox aku kat sebelah tu. Jadilah orang pertama ! Haha !

Jadi siapa-siapa yang belum pakai Fibox ni, Pakailah sebelum terlambat.. Anda boleh mengubahnya segera. Ingatlah orang yang tersayang. *iklan sekejap*

Aku merayu ni. Pakailah Fibox ramai-ramai. Baru geng orang kata. haha !

1Juta Money Drop Sangat Membazir !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:24 PM TOTAL COMMENTS : 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera yang sfera ni :D 

Ha okay aku macam tengah rajin nak update blog. haha. Berkat makan biskut bulat *err.. abaikan*

Nak tanyaa. Anak siapa tahu rancangan 1Juta Money Drop tu ? Okay korang tahu kan. Kalau taktahu pi cepat cepat pasang piring Astro dekat atas bumbung :D .


Ha korang tahu tak siapa masuk rancangan tu membazir. Kenapa aku cakap membazir ? Sebab dia membazir. haha  ! Okay takk, Actually lah kan. Ni pendapat aku jelah kan. Jangan marah aku, marah jiran boleh :D. Ha Cuba korang bayangkan.. Korang beriya-iya nak masuk rancangan tu. Tapi korang entah dari pelusuk negeri/daerah/kampung/taman/lorong mana kan. Yang sememangnya jauh dari tempat rancangan Money Drop tu dibuat kan.

Then then, korang pergi lah, dengan berbekalkan beg Puma berisi pakaian salin. Beg duit yang penuh tebal dengan resit-resit bank, resit pembelian barang, kad kredit yang da tabole pakai malah kad kad topap yang telah digunakan korang sumbat dalam dompet korang tu. *buat kenangan katanya* . So korang menjelajah lah kerkilo-kilo-kilo-kilo meter pergi ke tampat Money Drop tu. *huh eksited kononnya ni*

-- Pendekkan cerita terus kat rancangan tu ea--

So korang dah masuk, then labur duit korang atas meja auu cak baa cak baa tu. Ni masih soalan pertama, tub,tub sejuta duit korang terus jatuh semua ke tangan AC Mizal balik. Tak ke kau rugi tu ? Ape yang rugi ? Korang dah bersusah payah,datang dari jauh, duit minyak, duit makan, duit kena saman lagi, itu ini itu ini lagi. Lepastu harapan datang nak kebas duit 1juta. Last-last balik dengan nangis sorang-sorang dalam kereta sambil pukul stereng sebab tapak kasut terkopak sebab hentak-hentak dekat sinki toilet sebab tak dapat duit 1juta. . Hihi. padan muka :D

So korang nampak kan pembaziran tu.. Lagi teruk kalau dah soalan dah nak akhir-akhir tu, suppp semua duit lesap ! Padahal budak kecik boleh jawab soalan yang diberi. Kan lagi kecewa hampa lagi terluka hati yang hiba terguris seperti dirobek-robek cincang. Ohh sangat Sadis ! 

So kalau nak masuk Money Drop tu, ilmu kena banyak melimpah bak air terjun yang berani terjun dari ketinggian yang tinggi. Ayat pelajar yang sangat hiperbolabalingdekatmukakaumemangsedap :D

Doktor Gigi Tu Tak Sayang Aku !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:01 PM TOTAL COMMENTS : 6
Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua penduduk planet sfera !


Okay lama aku tak update. Haha. Kau tahu aku macam gian gila sejak kebelakangan ni sebab asik dok fikir pasal nak update blog nak update blog nak update blog nak update blog. Tapi bila dah bukak komputer tanak pulak bukak blog. Haha gila ! 

Okay macam biasa, aku tatau nak cakap ape. Ha minggu depan PK1, start hari Rabu sampai Jumaat. Sekejap kan. Okay InsyaAllah aku buat yang terbaik untuk PK1 ni.


Actually memang dah dari hari tu nak update, tapi entah. haha. Ha ni nak cakap, Hari tu ada doktor gigi datang sekolah. Okay gigi aku kena tampal. Serius beb ! Gigi aku memang dari dulu kena tampal. Sejak sekolah rendah, bila ada doktor gigi datang, memang confirm kena tampal gigi. Tampalan yang lama dia pecahkan, ganti baru. So well aku dah masak sangat dengan cara doktor tu nak kokang gigi aku. Haha !

Tapi serius weyh ! Alat lain aku tak hirau sangat sebab tak menyeramkan pun pada rupanya. Tapi ada satu alat tu ,yang dia tebuk gigi tu, huh, belum kena dah tahu sakitnya sebab dia punya bunyik, dari bawah sampai ke tingkat 4 boleh dengar. Bila dah kena memang tabole cakap pape lah, sebab nak cakap macamana kan. Dah ada pelbagai jenis alatan dalam mulut aku tu. Nganga besar jelahh. Sambil cakap dalam hati,'' ishh doktor ni, tatau sakit ke ?'' Gila dowhh,, dia tebuk sampai jejak  gusi dowhh. Series ngilu gilaa. Sampai berdarahh. :o . Okay doktor tu tak sayang aku. bhahaha !

So sekarang gigi aku dah comel comel belaka ! Kauhadoo ? Hahaa. So so so, doakan aku boleh jawab PK1 ni. Aminn..

ps : sebenarnya doktor tu sayang aku, sebab tu dia betulkan gigi aku, dia tampalkan. Kalau tak tampal,siapa lagi nak tampal kan :)