Ape Kes Korang Ni ??

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:32 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni.

Okay sihat ? Alhamdulillah. Tak sihat ? Pergi sihatkan badan sana. haha.  Ni aku nak cakap lah. Tadi kan aku balik sekolah jalan kaki. Gila bestt wooo ! Macam-macam aku dapat, dapat sakit kaki. Muka hitam dah meningkat, sampai rumah rasa macam baru lepas mandi. Gila berpeluh nyokk.  Takpee, Alhamdullilah sebab aku masih boleh berjalan sejauh tu, masih boleh sampai ke rumah. 

Ha lagi kan, aku tak pergi latihan rumah sukan tadi. Series memang best sebab aku terbongkang dekat atas katil. Dah lah balik sekolah lambat, jalan pulak tu, sakit kaki lagi, dah tentu balik, mandi, makan ape semua tuh, Terus tidur *ehem dekat sekolah dah Solat Zohor* . Tatau lah esok kena panggil ke tak sebab tak datang. Peduli ape aku, bayar seringgit je :P :P

- Aku buat macamni kangg. hahaa :D
Ha lagi lagii kann. Masa balik sekolah tadi kan. Ada pulak segerombolan abang dan kakak JPJ ni buat roadblock. Hahaa. Bagus rajin korang. Alhamdulillahh. Tapi yang aku rasa macam nak memberontak kan. Apesai korang buat roadblock dekat traffic light ? I mean lepas traffic light ? Orang belok je terus terserempak korang. Kalau yang tak pakai helmet, takde lesen mesti dah tawakal jelah. Mesti kena punya lah. BTW, macam aku tanya tadi, apesal buat dekat situ ? buat lah jauh sikit. Walaupun aku baru ada lesen L, tapi aku tahu kalau nak buat roadblock mesti dari jauh orang dah boleh nampak. Tapi ni dekat lepas belok simpang 4 kau buat. Macam nak kena hagol pulak.

Nak je aku tegur diorang. Tak memasal pulak kangg. Haishh.. Lain kali buat jauh jauh eah. Ikut undang-undang nak buat roadblock. haha. 

Bahana Drama Vanilla Coklat !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:15 PM TOTAL COMMENTS : 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet yang berbentuk sfera ni.

Hahaha. okay. Kali ni entry memang banyak gila kod gambarr. Series. Semua ni berpunca dari Cerita yang tengan hot dekat TV3 tu. Yang bertajuk Vanilla Coklat tu. Haha memang impak besar gila lah dekat semua orang yang tengok. Haha. Dekat facebook memang macam keretapi dokk. Siap setiap minit ada je yang update status pasal Vanilla Coklat. Tak percaya ? Ha ni aku ada ScreenCapture sikit orang-orang yang ada update pasal Vanilla Coklat ni. Ohh ohh sebelum tu. Aku tak samarkan nama korang tau. Memang sengaja. Alah takpe. Bukannya benda buruk aku heboh pasal korang :D Mintak maaf eah :)
- Vanilla Coklat SC 1

- Vanilla Coklat SC 2

- Vanilla Coklat SC 3

- Vanilla Coklat SC 4

- Vanilla Coklat SC 5

- Vanilla Coklat SC 6

- Vanilla Coklat SC 7

- Vanilla Coklat SC 8

- Vanilla Coklat SC 9

- Vanilla Coklat SC 10


Hahaha ! Kan kann. So kira okay lah, korang support cerita buatan Malaysia. Baguss. Then dari cerita tu kan banyak pasal percintaan kan. Amik yang baik ea. Yang buruk tu buat buat tak nampak je. haha. Tapi yang palingg,, status yang palaing style kan. Status yang ni :

- Vanilla Coklat SC 11
Ekceli. Yang last tu aku. Bhahaha ! Thenn banyak lagi aku jumpa. cuma dah penat nak SC. hahaa ! Yang takbole blah. sampai 2 3 kali update pasal Vanilla Coklat. Baguss. Fanatik gilaa kamuu :D . Lagi satu, kalau ada yang tak selesa sebab aku tak samarkan nama korang. cakap tau, cakap leklok dekat aku.. hihii :)

Assalamualaikumm..

Fakta Unik Tentang Panda.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:54 PM TOTAL COMMENTS : 5
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera !

- Panda Panda <3
Haa entry kali ni memang kena lah kod dengan aku. haha. Sebab aku kan minat PANDA, so kalau korang nak tahu ada banyak fakta unik tentang panda ni kalau siapa-siapa tak tahu. Ha lagi siapa yang memang suka panda. meyh lah baca.

1. 90%  menu makanan Panda adalah buluh.
2. Panda boleh memakan buluh sehingga 40kg dalam 1 hari saja.
3. Panda menghabiskan 2/3 hidupnya hanya untuk makan.
4. Dalam Zoology, Panda termasuk dalam haiwan karnivor (memakan daging) . Tapi 90% makanannya adalah buluh.
5. Panda juga boleh makan madu, telur, ikan dan juga buah.
6. Habitat asli/asal Panda adalah hanya di China.
7. Di China, 'Panda' disebut 'Xiongmao' , manakala di Taiwan pula 'Panda' disebut 'Maoxiong' . Maksud 'Xiong' adalah beruang dan maksud 'Mao' pula ialah kucing
8. Walaupun seekor Panda kelihatan baik atau lucu, tetapi Panda juga akan menyerang manusia jika ia berasa terancam.
9. Sifat agresif Panda biasanya datang pada musim mengawan.
10. Panda mempunyai mata yang sama seperti kucing. Panda mampu melihat dalam gelap dengan lebih baik berbanding beruang yang lain kerana pupil panda berbentuk vertikal.
11. Telapak tangan Panda sama seperti beruang lain, kecuali tulang pergelangan tangannya lebih besar yang berperanan membantu memegang buluh ketika makan.
12. Panda juga merupakan haiwan yang hebat mendaki, Panda boleh jumpa tempat untuk berlindung/berteduh seperti di atas pokok mahupun di batuan. Malah Panda tidak memerlukan sarang untuk berlindung.
13. Panda juga salah satu haiwan yang tidak perlu melakukan hibernasi.
14. Panda hanya mampu mengawan sebanyak 1 kali dalam setahun dan mampu melahirkan 2 ekor anak pada masa 1 tahun itu.
15. Untuk menanda 'daerah kekuasaannya' (kawasan) . Panda juga menggunakan urin/air kencing untuk menandanya seperti di pohon atau batu-batuan.
16. Panda harus duduk atau berbaring ketika makan kerana mereka menggunakan kakinya untuk meyepit buluh.
17. Panda mempunyai gigi yang kuat dan mempunyai rahang yang kuat untuk menghancurkan/menguyah buluh.

So . Itu jelah yang aku boleh kongsikan pasal Panda ni. haha. Kalau aku rajin. Aku kongsi lah fakta unik lain pasal haiwan lain :D haha.
Assalamualaikum. 


I'm Back ! I'm Back !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 2:26 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dana salam sejahtera semua penduduk planet sfera ni. 

- I'm back yaww !
Ha okay. Aku tahu lama aku tak update blog kan. Okay nak marah ? Marah lah. haha. Marah kau tak sampai dekat aku lah. haha ! Ha okay Like biasa, memang rarely aku bukak blog. Tapi harini entah kenapa tetiba aku tergerak hati nak bukak balik blog yang lama terkubur nie. hahaa !

So macam biasa, bila back to blog again, rasa macam baru buat blog. Apebenda alah nak cakap pun tatau. Biasa mesti cakap macam '' Whoaa i'm back i'm back !!'' sambil mimik muka terkejut bangga gitu. haha. okay gila. Penampo makannya nanti kang.

Okay.. seriously, kerap kali aku buka komputer, internet ape semua kann. Tapi bukak Facebook dengan youtube je lebih. Dengan laman web teletubis sekejap. *haha okay tak !* Tapi yang aku heran kenapa aku tak bukak blog ? haha. Maybe dari awal aku dah tanamkan dalam diri aku yang aku dah jarang nak update blog, so macam dah terset dekat minda,, no blog no blog no blog okay you goblok ! haha !

Untuk permulaan baru ni, seto'et jelah aku cakap. Bosan ? Okay aku pun bosan baca blog aku. haha ! Sengal. 
Ehh ohh haa ni aku nak promote satu band ni. haha. Series best gila lagi diorang. Pergi Youtube. Taip je KASABIAN. Dengar je lagu dia semua. Sumpah sedap semua. Kalau tak sedap sila sedapkan lah ea . Jangan lupa siapa yang ada acc Youtube, subscribe lah chanel dia :) 

Okay assalamualaikum. *jawab salam tu*