Aku Pun Ada Impian Lain. [Part 1]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:42 PM TOTAL COMMENTS : 4
-  I Have Dream
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni. Harap sihat okay.

Aku saja je nak post benda alah ni. Bosan lah katakan. Tambahan pulaa. Aku dah lama tak pegang komputer ni. Blog pun entah kemana semua. Taip pun dah tersekat sekat je ni. haha

Aku pun macam dah kemaruk kan asyik nak update blog je kan. Mana taknya, lama seyh tak tulis pape. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku tapi aku tak sempat nak catatkan dekat blog aku ni. So its like something missing lah dekat blog aku ni. Hahaha.. Ayat macam novelis terangung disanjung atas mahligai emas Poh Kong. Bhahaha !

Dalam hidup korang mesti ada impian kan. Lebih kurang macam cita-cita kod. Tapi macam cuma lain sikit kod. Impian bawah sikit. Cita-cita atas sikit. Macam contoh lah aku kan. ada jugak impian nak jadi pelakon. *ceh ceh ceh haha* Eh tapi serius dowh. Macam ada minat lah jugak nak masuk tivi lah kan. Belakon sana-sini. 

Lagi-lagi kan, aku kadang macam teringin jugak jadi artis, bahasa mudahnya penyanyi lah kan. Serius beb teringin. Tapi macam hahaha. Macam takde 'ruang'. Tapi one secret kan. Aku pandai cipta lagu. Serius aku dah ada 3-4 lagu yang aku buat. English ada Malay ada. Ada satu lagu tu memang dah siap complete. Lagu melayu. Lagu tu terhasil daripada pengalaman yang aku lalui. hehehe..*aww aww* Cuma aku tunggu masa je nak record lagu tu, tapi takde band langsung. Kalau ada siapa-siapa nak tolong famouskan lagu aku. Roger lah aku. haha. Dan lagi siapa-siapa nak lagu, InsyaAllah aku boleh buat kan. Untuk Najwa Latiff ? hahah Ke Ainan Tasneem ? Roger-roger lah. bhahaha ! *berangan lebih aku*

Lagi apa eak. Okay banyak sebenarnya impian yang aku nak capai. Lagi-lagi kan.. Ada lah jugak teringin nak buat Vlog. Yaa macam Vlogger terkenal macam Anwar Hadi, Matlutfi dan lain lain lagi tu kan. Hahahaa. Cakap depan kamera sorang sorang, lepas tu upload. Orang tengok. Macam best. Kalau kena komen kaw-kaw kena pandai terima lah kan. :)

Tapi aku ada masalah untuk aku capai semua impian yang aku cakap ni. Masalah utama ialah AKU SEORANG PEMALU . kihkhihkih.. Serius dowh. Aku pernah cuba jugak cakap depan kamera, tapi bila dah start record je, kelu terus lidah.. ayat keluar pun bunyi errr arrr emmm arr . Itu je keluar. bhahah. Last last aku ketawa sendiri. Terus off kamera. Ptuiihhh !

So aku dah pasang niat, untuk mencapai semua impian aku ni. Mungkin tak semua, Aku akan cuba belajar mengatasi sifat MALU aku ni dengan serta-merta ! Yess I Will !

Apa impian korang pulak? kalau ada share lah. Tak kisah lah nak share macamana kan. Korang buat entry macamni jugak ke,lepas tu kasi link dekat aku biar aku baca ke kan. Up to you lah :D Byee. Selamat malam.

Cinta Sekarang Kolot ? [Part 3]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:10 PM TOTAL COMMENTS : 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni :P

Terwujud lagilah cerita tentang CINTA SEKARANG KOLOT. Dah macam cerita pulak. Untuk Episod kali ni bertopik '' PUTUSKAN HUBUNGAN SEBAB DISURUH BUAT PERKARA BAIK ?''

Okay, dah lama cerita ni berakar umbi dalam kepala aku. Cuma takde masa nak luahkan. So kita mulakan ea. Pada pandangan aku lah kan. Mungkin sekarang ni kan. Bila kita sebut pasal bercouple ke kan, berpasangan ke kan, mestilah indah seindah indahnya kan. Lagi-lagi dapat kekasih yang sweet sweet belaka tu kan. Alhamdulillah..

Untuk kali ni aku nak fokuskan kepada kaum hawa ea. Maaf, bukan merendahkan. Cuma perkongsian bersama*ceh ayat*

Apa maksud untuk tajuk untuk episod kali ni? Maksudnya kan.. Okay  mungkin aku kod mengalaminya. Tapi entah. aku malas nak jomheboh-heboh satu dunia.

Aku tak faham, memang lah seronok kan berpasangan. Tapi kenapa eak. Kita kan manusia, ada akal fikiran yang waras, boleh membezakan baik dan buruk kan. Tapi kan, apa pandangan korang semua bila awek korang semua memutuskan hubungan dengan korang atas sebab yang memang tak boleh diterima oleh kita mahupun adik Albert Einstein. Aku bagi contoh ayat ea.
Perempuan : Awak, saya dah taknak teruskan hubungan kita ni lagi. Saya nak putus dengan awak.
Lelaki : Eh kenapa awak? Apa yang saya buat? Apa salah saya?
Perempuan : Tak, awak takde sala pape pun. Cuma saya macam.. Saya ,saya bukan tak terima, Tapi cuma saya macam 'rimas' lah wak. Saya rasa tak bebas.
Lelaki : Apa maksud awak? Awak tak bebas dari ape?
Perempuan : Yelah, bila saya nak keluar mesti kena cakap dekat awak, lepas tu suruh pakai tudung, baju nak kena macamni, macamtu. Saya rasa kurang senang lah wak.
Nampak tak dekat situ kebengapan perempuan tu. Mesti nampak kan ? Aku rasa memang tak patut perempuan tu putuskan hubungan atas sebab dia kena kongkong disuruh pakai tudung, tutup aurat atau sebagainya yang baik. Kira untung tau bagi seseorang perempuan bila dapat seorang pasangan yang bersungguh-sungguh untuk membimbing kita ke arah yang benar. Mungkin takdelah sebesar mana di mata perempuan, tapi ianya sangat bermakna untuk perempuan yang dapat membezakan baik dengan yang buruk.

Kenapa perlu memutuskan hubungan sebab kita disuruh buat benda yang baik? Sebab dikongkong? Salah tu,. Kadangkala dikongkong itu lebih baik daripada tak dikongkong. Tapi berpandu pada niat lah. Betul tak? Pada aku bagus lelaki yang 'mengongkong' kekasihnya dengan menyuruh pakai tudung, tutup aurat, jaga tatasusila, tau sifat kewanitaan yang sebenar. Serius betul. Beruntung perempuan tu kalau dapat lelaki macamtu .hehee.
-Fahami. hihihi
Lagi satu, benda ni bagus untuk masaa depan. Yelah bermula daripada couple kan, cinta monyet ke beruk ke siamang ke kan. Lepas tu dapat lelaki macamtu, kita patut terima sebab kita akan bawak hingga ke alam perkahwinan. Sebab kita dah terbiasa disuruh pakai macamni macamtu. Takdelah liat bila suami suruh itu ini. Takdelah alasan kan. Faham maksud aku? Baru dapat cium bau syurga :D

Panjang lagi sebenarnya untuk part 3 ni. Tapi aku stopkan jelah sebab panjang sangat kang penant baca nanti. Mungkin aku akan sambung atau aku terus jump ke Part 4 je lah dengan topik yang lebih panas. hahah !


Lama Dowh Tak Update Blog Ni Kan ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:15 PM TOTAL COMMENTS : 4
- Busy okay.
Hey hey yaa! Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera ni. Sihat okay Alhamdulillah.

Okay okay, aku paham, toksah nak memberontak, toksah nak buat tunjuk perasaan sebab aku tak hupdate blog. Okay lama gila aku tak hupdate blog kan. Al-maklum lah, sekarang aku bukanlah seorang pelajar yang ada masa untuk bermesra-mesra dengan komputer. Bukanlah seseorang yang berkesempatan nak berfacebook or berblog. 

Rutin seharian aku tahun ni dah berbeza dengan rutin tahun lepas. Sekarang balik sekolah pun dah nak jejak pukul 4, sebab dekat sekolah dah ada program baru. Solat Zohor berjemaah. Menengah bawah solat dulu. Then menengah atas. Tu yang lambat balik. Tapi dekat sini bukannya aku mengeluh sebab balik lambat disebabkan ada solat. Tidak sama sekali okay !

Actually, ini pun aku macam takut-takut je bukak komputer tau. Fikiran kalut gila seyh. Nak tahu apa aku fikirkan ? Aku fikir kenapa lah aku bukak komputer ni ? kan ada masa terluang untuk ulangkaji pelajaran ke, buat homework ke kan. Rasa macam masa yang ada dah terbuang macamtu je. Tapi sebaliknya, kalau aku tak bukak komputer sekarang, bukannya aku ulangkaji, tapi tengok tivi, takpun pergi jalan-jalan dekat kampung naik moto *eh aku ada motor LC baru,present masa birthday aku tahun lepas* . Ha nampak tak disitu. Entah kenapa aku tak rasa kalut pulak masa tengok tivi tuh. Hahah. okay jawapan takde dekat Google.

Haa nak tahu tak? Aku dah tahtahu nak cakap ape. Okay baii..

Eh ehh lupa pulak. Ahad ni aku ada amik ujian berkomputer. Alah yang untuk lesen tuhh. haha. Kan dah cukup umur. So kena amik lesen :D Baru boleh jadi pemandu/penunggang berhemat di atas jalan raya, tanah merah, tanah gambut, pasir, air dan sebagainya :D 

Okay bai.. Assalamualaikum..

Maaf.. Hanya Ini Yang Mampu Untuk Aku Tekan Keyboard..

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 6:20 PM TOTAL COMMENTS : 9
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk pelenet sefera ni okay.

Ha lama kan aku tak update blog ni. Betul tak? haha. Aku malas nak panjang lebar cakap kenapa aku tak update. Itu ramai dah tahu kan. Kalau tak tahu meh baca ni Aku Tak Update Blog Sebab Okay ni pun macam 50/50 je nak update. Yelah macam .....

--Sambungan ayat ''Yelah macam'' tu aku dah lupa. Baru aku nak taip je parents aku dok bising cakap suruh baca buke lesen lah*aku kan nak amik lesen*, lepas tu itulah inilah. Teus hilang semua ayat. Berterabur semua. Dua hari aku tak bukak komputer. Tadi aku bukak tak sampai 10 minit dah kena bebel.--- Okay stop !

So ramai fan-fan aku tanya apesal tak update blog. Diorang cakap mana entry baru. Lama dah ni nunggu nukilan dari Dato'. .

Okay itu tipu. Eh aku tatau dowh nak tulis ape. Melalut tanpa hala tuju macam tapir cakap dengan buah kelapa sekor sekor. Serius. Hari tu ada banyak benda aku nak cakap. Tapi tak online kan. Terus lupa semua.*padahal muda lagi,nyanyuk main-main ni*

Pape hal. Mintak maaf eah kalau fan aku macam konon bosan kan asik entry yang sama je kan bila bukak blog ni.. <--- Gila ayat bajet hot ada peminat berjuta-juti. kahkahkah ! 

Tapi apa-apa pun. Aku akan tetap nak update,blog ni. InsyaAllah okay.

Baiderrweyy ! Doakan aku semoga dapat tempuhi SPM 2012 ni dengan tenang. Dapat jawab semua soalan dengan betul supaya tercapai cita-cita aku untuk menjadi GRAPHIC DESIGNER termasyhur abad ini. Cehh ! haha. Kalau kita doakan seseorang, nanti malaikat doakan kita balik :D