'Maaf' Sudah Tiada Nilai Ke ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:51 AM TOTAL COMMENTS : 2

- Tak berniat nak mencarut :) Gambar semata-mata.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D 

Eh em heyy hoo. Eh haa aku ada benda nak share sikit lah kan. Kita semua tahu kalau kita ada buat salah or somethings mistake *sama kan maksudnya?* then kita perlu/wajib mintak maaf kan?. Ye memang tak dinafikan kita perlu buat tu.

Tapi kan. eh sebelum tu, ni pandangan aku lah sejak aku hidup dekat dunia lah. Jangan marah or ape lah. Setiap orang ada pandangan sendiri. :)

Em dari pengalaman dan pandangan aku kan. Zaman sekarang ni lah kan. Dalam menongkah arus globalisasi pada abad ke-21 ni. *Nampak ayat SPM keluar? haha* Nilai 'Maaf' or nilai 'Kemaafan' tu macam something yang tiada nilai. Korang ada nampak tak ? Kalau tak nampak pakai spek 3D okay? Okay tak, haha, maksud aku kalau tak nampak pakai 2 spek 3D. haha ! Aku nampak doo..

Orang buat salah kat aku, mintak maaf, okay baguslah kan. Tapi jangka hayat maaf tu sekejap je, Korang faham tak ? macamni.. dah buat salah,mintak maaf, esok buat lagi,then mintak maaf lagi,then buat lagi. Sumpah gua takboleh tahan benda ni doo.. Baik takpayah mintak maaf kan ?! Betul tak geng ? Hahaha !

Kalau lagi teruk dah pandai buat salah, tapi terus tak mintak maaf. Tak sedar kod. Ni tahap bingai memang infiniti kuasa 2. Memang takde sifat kemaafan dalam hidup dia. Patut dihumban kedalam loji kumbahan. haha.

So gua nak ulas panjang pun malas sikit ah. Korang faham sendiri lah maksud aku ea? Kalau dah buat salah, mintak maaf. then kekalkan kemaafan tu. Jangan sampai nilai 'maaf' tu macam korek hidung selet dekat sofa then buat tak tahu. Ea? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Untung budak tu nak mintak maaf . haha dari buat salah xnak minta maaf langsung . hihi manusia lah katakan ^^ .

    tapi kan kan .. wa selalu jugak minta maaf dengan orang bila wa buat salah even benda tu kecil . tapi tu la , wa bila minta maaf wa kena marah . sebab dia kata benda macam tu pun kau nak minta maaf . k wa sedih :'/ rasa tak dihargai , tak disayangi . hahaha

    ReplyDelete
  2. Ha tu memang teruk, dah buat salah taknak mintak maaf kan. Haruk !

    Ha untuk situasi macamtu lagi haruk, untung minta maaf ,lagi mau marah. Kasi terajang sikit ahh. haha

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)