1Juta Money Drop Sangat Membazir !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:24 PM TOTAL COMMENTS : 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk planet sfera yang sfera ni :D 

Ha okay aku macam tengah rajin nak update blog. haha. Berkat makan biskut bulat *err.. abaikan*

Nak tanyaa. Anak siapa tahu rancangan 1Juta Money Drop tu ? Okay korang tahu kan. Kalau taktahu pi cepat cepat pasang piring Astro dekat atas bumbung :D .


Ha korang tahu tak siapa masuk rancangan tu membazir. Kenapa aku cakap membazir ? Sebab dia membazir. haha  ! Okay takk, Actually lah kan. Ni pendapat aku jelah kan. Jangan marah aku, marah jiran boleh :D. Ha Cuba korang bayangkan.. Korang beriya-iya nak masuk rancangan tu. Tapi korang entah dari pelusuk negeri/daerah/kampung/taman/lorong mana kan. Yang sememangnya jauh dari tempat rancangan Money Drop tu dibuat kan.

Then then, korang pergi lah, dengan berbekalkan beg Puma berisi pakaian salin. Beg duit yang penuh tebal dengan resit-resit bank, resit pembelian barang, kad kredit yang da tabole pakai malah kad kad topap yang telah digunakan korang sumbat dalam dompet korang tu. *buat kenangan katanya* . So korang menjelajah lah kerkilo-kilo-kilo-kilo meter pergi ke tampat Money Drop tu. *huh eksited kononnya ni*

-- Pendekkan cerita terus kat rancangan tu ea--

So korang dah masuk, then labur duit korang atas meja auu cak baa cak baa tu. Ni masih soalan pertama, tub,tub sejuta duit korang terus jatuh semua ke tangan AC Mizal balik. Tak ke kau rugi tu ? Ape yang rugi ? Korang dah bersusah payah,datang dari jauh, duit minyak, duit makan, duit kena saman lagi, itu ini itu ini lagi. Lepastu harapan datang nak kebas duit 1juta. Last-last balik dengan nangis sorang-sorang dalam kereta sambil pukul stereng sebab tapak kasut terkopak sebab hentak-hentak dekat sinki toilet sebab tak dapat duit 1juta. . Hihi. padan muka :D

So korang nampak kan pembaziran tu.. Lagi teruk kalau dah soalan dah nak akhir-akhir tu, suppp semua duit lesap ! Padahal budak kecik boleh jawab soalan yang diberi. Kan lagi kecewa hampa lagi terluka hati yang hiba terguris seperti dirobek-robek cincang. Ohh sangat Sadis ! 

So kalau nak masuk Money Drop tu, ilmu kena banyak melimpah bak air terjun yang berani terjun dari ketinggian yang tinggi. Ayat pelajar yang sangat hiperbolabalingdekatmukakaumemangsedap :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. haha cancel impian masuk money drop! ><

    ReplyDelete
  2. @Fatin Najihah
    Hahaa.. okay baguslah tu :D Membazir je masuk

    ReplyDelete
  3. hahha yg masuk tu kadg2 pun bengong jerk aku tengok -,-'

    ReplyDelete
  4. Hahahaha ok fine miza baca entry arep ni gelak guling2 sampai nak pecah perot nih XD ok miza setuju . terasa permainan paling bodoh . membazir . membzir tu adalah amalan syitan . kan kan ? thumbs up tok ayat arep :D LOIKE ! .

    ReplyDelete
  5. nsib baik aku tak minat sangat....

    ReplyDelete
  6. @Cik Chokie
    Hahahaa.. awat sampai macamtuu sekali ? Tak memasal kang keluar paper esok. hahaa.
    Haa kann. membazir sangat game tuu. Yang main pun macam tak fikirr.. brrr !

    ReplyDelete
  7. @Wak Irwan Syah
    Haa okay lah tuu.. Teruskan tak minat. haha :D

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)