Arep Skema Berjaya Terkejut 100% !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:09 PM TOTAL COMMENTS : 2
Ohh memang shaaiit lah ! Serius weh ! shelakeer betul. Kang dah tak memasal aku mencarut-marut ni. Eh mana taknya. Ha korang nak tahu? Ha so pergilah kedai. mintak tauhu 2 ringgit . Cett ! Stupid Idiot! Bukan tu lah aku nak cakap. Gua dah lah tengah sorang-sorang dekat rumah ni lepas tu ada pulak yang menyapa aku dekat Facebook. Dia suruh buat yang bukan-bukan . Huuu taknak aku. Tapi dia kata takde pape. Cuba jelahh.. Dengan lurus bendulnya aku pun ikut..

Kau nak tahu apa dia bagi gua? Ha ni cheq nak habaq kat kowhang ni. Dengan selamberr gua cakap cilaka lah. Haha ! Tapi sebenarnya kelakar. Mesti punya korang akan ketawa lepas kau alami apa yang baru aku alami tadi. Huh ! Ha amik ni !

AMARAN : Siapa yang ada lemah jantung, gastrik, mengandung, kentut tak lawas. Sila ABAIKAN dan JANGAN BUAT apa yang disuruh dekat bawah ni ! Amaran keras !  <---- Tipu. haha !
1. Pergi Google.com
2. Taip : mov0001.swf
3. Tekan/Klik search
4. Pilih atas sekali [ Ada tulisan ''Flash'' ]
5. Enjoy ! 
See Haha ! Gua dah bagi amaran keras lu orang taknak Follow ! Kan dah. Kelakar bukan? Bila gua tengok benda alah ni. Nak tahu apa gua rasa?  Gua rasa tulang belakang gua nak cabut lari kebelakang tapi takboleh ! Demm! Muka sambil buat riak takut gila babeng ! Gua sampai nak menjerit serupa perempuan tadi, tapi suara gua pun sampai takut nak keluar dari korongkong aku ni ha sebab dah 'kelakar' gila babeng !

Sambil tu kan. Gua kecikkan Windows Google Chrome ni. Kononya supaya tak nampak lah benda kat dalam tu. Tapi tetap muncul juga muka awek lu dekat situ. Apelagi, dengan berbekalkan keberanian yang tengah kembang kecut ni. Gua pun terpaksa lah bukak balik Google Chrome tu. Dengan tangan yang laju gua tekan pangkah dekat tab dengan isi cilaka tu. haha !


Memang gampang lah kan. Maaf entry gua kali ni banyak pakai bahasa yang mak gua tak ajar masa kecik.   Semulajadi boleh cakap benda benda mencarut ni. *kihkihkih. padahal terpengaruh* Maaf juga kalau entry ni berbaur unsur upper 18 semuanya. Cuma nak kongsi je. 

So aku balik semula lah eah dekat bahasa baik sikit. *konon* .  Jadi apa-apa pun, kalau ada rasa nak marah aku lepas kewujudan entry ni. Ruangan komen tersedia :) Shoutbox pun sentiasa mengalu-alukan ~~ Apehal ayat aku nak sentimental sangat? binggung aku.

Pedas Sampai Ke Otak ! Kau Ada?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:44 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk bumi sekalian. Aku tak tahu nak update apa ni hoh. Serios weyh. Tapi aku tetap nak tekan-tekan keyboard ni lah. Entry aku yang tak berapa nak penting sangat lah. Tak payah baca pun takpe. *eh janganlah*. 

Korang tahu tak apa itu PEDAS? kalau taktahu tanya jiran lah apalagi kan *sambil buat muka bengis*. Yaa kuno lah kalau tak tahu pedas. Orang nomad betul. So disini aku nak menegaskan bahawa saya Arep Skema Bin ****** [maaf nama beliau disamarkan] . Yaa aku, sapaq lagi kan. Memang tak tahu tahan pedas. See, nampak tak kelemahan aku, lepas ni kowhang tapaya dok nak paksa aku kasi benda pedas okay. Pelepuk atas dahi kang.

So sebab aku taksuka pedas? Tekan SINI . Tak pun search lah Google, kau search tajuk entry ni. Nanti jumpalah :P . Sebabnya ialah :
1. Lidah aku lidah manusia. *takan haiwan pulak ye daak*
3. Lidah aku warna pink ada putih sikit. *ada ke warna lain*
4. Mak aku selalu masak pakai cili yang memang kaw kaw punya. Baling dekat pintu pun boleh lebuq caiq pintu tu *eleh tipu tipu*
5. Mak aku kalau masak kalau boleh nak letak satu paket cili dekat masakan dia tu ! *fuhh berasap kuali*
6. Mengikut kajian,lidah aku ada genetik luarbiasa <--sila jangan percaya
7. Mana lah aku tau kenapa aku tak tahan pedas. Dah memang Allah cipta aku macamni. So itulah sebab muktamadnya :D
Korang tahu apa cara mengatasi bila dah makan mahkluk mahluk pedas ni? Kalau naktahu cekitaut .zasss !  
1. Memang cari Airlah. takan cari pembaris pulak. Yahh air wajib sejuk tahap bawah takat beku !
2. Kalau takdo ayaq. Air batu pun nyoyot jelah. Asalkan sejuk !
Korang tak pernah kan rasa pedas sampai ke otak? *whoaa bunyik gilababeng kan* Ha aku dah selalu dah kena. Macamana rasanya? Lidah kau akan rasa pedas yang memang tahap gila, sampai mata berair, hingus mencair, air liur kau mencair juga dah tak berhenti ada dalam mulut kau, then dekat kepala rasa macam bisa gila. Tu paling maksimum gua pernah terjebak lah. Paling minimum pedas biasa je, Bahagian tengah-tengah pedas aras telinga. Pun korang tak pernah rasa kan. 

Kesimpulannya atas semua pengomelan aku yang korang tak baca ni. *maybe, err sesetengah* . Aku tak suka PEDAS. Jadi kalau siapa-siapa jadi bini aku ke, nak ajak makan warung mamak 5bintang ke. Jangan recomen aku benda pedas ni. Kompem gua balik dulu , kau makan lah makanan aku tu sorang-sorang ngadap muka mamak tu. :P

Notakaki: Entry aku tak panjang, cuma tulisan je saiz besar. Tu yang nampak panjang :) Lagi satu aku baru tukar Font-Family, dulu pakai Allerta, sekarang pakai Terminal Dosis :D Okay tak?



Sebab Air Cool Blog, Kedai Kau Rugi.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:08 PM TOTAL COMMENTS : 4
Elehh. eee.. apa punya kedai lah macam ni. Itu tak boleh ini tak boleh. Bukannya boleh bankrup pun. Setakat benda kecik je. Ha ni lah aku nak cerita. Benda ni terjadi minggu lepas kod.ke 2 minggu lepas. Lupa pulak. Tapi yang penting mesti dah lepas lah, kalau tak lepas buat apa aku nak cerita. kan .

Masatu hari sabtu, aku pergilah jalan-jalan dekat Summit Parade. Bosan kan, lagipun lepas exam, so release tension lah kononya. *konon je* . Tambahan pula nak belikan barang untuk seseorang. So itulah masanya kan. Jadi saya pergi tu dengan kawan lah. Cuma berdua. Mulanya nak pergi sorang je, tapi pikir balik baik bawak kawan sorang, takut nanti jadi pape pulak *bukan pengecut, jaga keselamatan*. Jadi ni pendekan jelah cerita, aku cerita point point yang berkaitan tajuk  je. 

Bila dah round-round Summit tu, mestilah penat kan. Haus. So kitaorang pergilah beli Cool Blog sorang satu bayar sendiri.  Semasa  jalan jalan tu mestilah singgah menyinggah ke kedai ke kedai kan. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni masuk lah satu kedai, kedainya aku taknak cakap lah kedai apa, tapi masa tu kawan aku ada minat something dalam kedai tu, nak belikan untuk awek dia. So masuk lah kan, takan tengok dari luar je. Bila dah masuk.  Terus straight to the point lah kawan aku ni, terus dia tengok barang tu, lepas tu tak semena-mena entah datang makhluk dari mana tah. Dia cakap ''Air tak boleh bawak masuk sini,'' . Aku dah pelik, tapi aku biarjelah, aku pun lalu depan dia, aku cakaplah ''Sorry'' sambil senyum lah tanda hormat dan bersalah.

Tapi yang aku berang gila dengan orang tu, aku rasa tokey kedai tulah. Perempuan. Bila aku dah cakap macam tu sambil senyum, dia tak respect kat aku langsung. Siap dia jeling aku sambil buat muka tak puas hati. Dalam hati aku cakap ''boleh tahan juga orang ni,macam tak puas hati pulak'' . Aku taulah aku salah sebab bawak air dalam kedai kau tu yang tak seberapa tu. Tapi kasi lah senyum sikit ke. Cakap ''takpe'' ke . Ini tak, makin buat muka, aku macam simbah je air CoolBlog aku tu kat muka dia. *macam je*

Member aku bengang terus dia keluar juga, kawan aku tu siap cakap ''kedai macamni pun takboleh bawak air masuk, bukannya ada pape pun!'' Haha sengal tokey kedai tu. Aku rasa kawan aku nak beli barang kat kedai dia tu masatu, tapi dah macamtu situasi nya. Terus tak beli. Padan muka kau amoi, orang nak kasi duit, tapi kau taknak, kan dah rugi ! Setakat kedai macamtu, air pun takboleh bawak masuk. Lainkali letak lah signboard sebesar gajah dekat pintu masuk tu siap kasi suara bagai. Lampu lip lap. Biar orang nampak. 

Ada kedai macam takde kedai lah moii. Pandai jada lah. Lagi satu, kalau nak pelanggan datang, muka tu kasi makeup tebal tebal. Lepas tu buat muka happy. Jangan buat muka bengis mintak tong gas !

-serik aku, taknak lagi masuk kedai kau lagi !

- Yahh   untuk you amoi !


Sherlock Holmes 2 : A Game Of Shadows. Teringin Nak Tengok.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:02 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua smart reader ! Entry ke-2 aku untuk hari ni. Okay, straight to the point. Taknak mengomel-ngomel benda yang tak diterima logik akal haiwan. Jadi ni nak cakap sikit lah pasal satu filem ni. Yaa mungkin entry ni lebih kepada Filem Review. Yaa. first time jugak aku cakap pasal ni. So kita mulakan. 
Mesti ramai yang kenal Sherlock Holmes kan. Alah penyiasat terkenal zaman dulu tu. Yang profesional tu. Ya kalau kenal bagus lah. Dia boleh dikatakan idol saya jugak lah. Sebab aku minat dalam penyiasatan-penyiasatan ni. Cuma tak menunjuk-nunjuk.

Jadi sepertimana yang orang ramai tahu, pernah ada cerita/filem Sherlock Holmes yang pertama kan. Yaa aku tak pernah bosan tengok cerita tu berulang kali. So akan datang nanti, bulan 12/2011 ni. Filem terbaru. Sherlock Holmes 2 yang bertajuk Sherlock Holmes 2 : A Game Of Shadows akan ditayangkan dipawagam berdekatan anda. Macam gempak kan bunyi nya. Yaahh sememangnya gempak lah ! Sebab aku minat.  Jadi dekat sini aku nak kasi lah input-input cerita ni eah *konon*. Tapi sebelum tu layan dulu lah Trailer filem ni. 



Jadi gempak kan. macam 3D kan. Ha filem tulah yang aku nak tengok. So ni aku kasi sikit info lah ea.

Release Date: December 16, 2011 

Studio: Warner Bros. Pictures 

Director: Guy Ritchie 
Screenwriter: Michele Mulroney, Kieran Mulroney 
Starring: Robert Downey Jr., Jude Law, Noomi Rapace, Jared Harris, Eddie Marsan, Stephen Fry, Rachel McAdams 
Genre: Action, Adventure, Mystery 
MPAA Rating: PG-13 (for intense sequences of violence and action, and some drug material) 
Official Website: SherlockHolmes2.com 

Kalau nak lagi maklumat tentang movie ni. bukak lah:


Jadi pada kesempatan ini. Saya nak cakap yang saya nak tengok sangat movie ni . Sepenuh hati. Ada ke seseorang yang nak belanja saya tengok cerita ni bulan 12 ni. Boleh juga dianggap sebagai hadiah hari jadi saya. [21/12/1995] <-- tarikh lahir saya. So betul kan, tak lama lagi cerita ni keluar dan tak lama lagi juga birthday saya muncul . *whoa excited gila* . 

Persoalannya, siapakah yang akan bersama-sama dengan saya untuk tengok cerita ni bersama-sama? Perempuan? Lelaki? Kekasih? Kawan?

-merayu ni :'(

Jenis-Jenis SMS Dalam Dunia

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 2:00 PM TOTAL COMMENTS : 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. Haa hari ni hari segala penghulu hari. Hari Jumaat. Dengan penuh semangat yang berkobar-kobar nak update blog. Update blog ! Ha sebelum dari pagi tadi dah ada benda nak tulis tapi macam tak kena timing nya. So ni lepas balik solat Jumaat semua. Barulah macam ada, orang kata macam ada 'feel' gituu. hakhak.

So apa yang aku nak tulis ni? Mesej, atau dalam bahasa English, Message. Yaa siapa yang tak kenal mesej sila mesej saya untuk mengenali apa itu mesej. *haha gila ayat* . Okay sebenarnya apa kena-mengena mesej ni? Alah yang orang cakap SMS tu. Tapi biasanya orang tak sebut  perkataan SMS tu dengan huruf yang betul. Mesti sebutnya ala-ala macam ni. ES-SE-MES. Yang sepatutnya disebut ES-EM-ES. Kahkahkah. It sound like funny when saya tulis satu-satu. Tapi itu lah kenyataanya. Dan dekat sini saya bukan nya cakap pasal bunyi/nak sebut SMS tu. Okay.

Sepertimana yang kita semua tahu. Banyak SMS yang korang pernah dapat.*bagi yang pakai handset lah,public phone maaf*  . Memang diakui kadang-kadang bila kita dapat SMS ni boleh menimbulkan pelbagai perasaan, pandangan, cemuhan, makian, pujian dan sebagainya. Jadi terdapat macam-macam jenis bentuk SMS yang ada dekat dunia ni. Dan aku akan senaraikan mengikut pengalaman yang pernah jadi dekat aku sahaja lah.

1. SMS Promosi/Promote.
Contoh : Kami sedang menawarkan pelbagai jenis barangan murah. Dengan aneka pilihan, bentuk dan bermacam lagi. Semuanya mengikut citarasa anda. Cepat ! Sila datang ke lokasi kami di Jalan Mati. Pengedar juga diperlukan. Cepat ! Siapa cepat dia dapat.
Ulasan saya : Haha, tapayahlah. Macam dekat kedai kau sorang je ada benda-benda tu. Mana-mana boleh jumpa lah.
2. SMS Video atau Gambar Lucah.
Contoh 1 : Hai ! Saya Maria Binti Ozawa. Anda tak tahan? Ingin lihat video yang saya rakam sendiri . Semuanya HD. Jika anda mahu, sila Hantar ON SEDAP dan hantar ke 12435.  
Contoh 2 : Hei, saya Joyah, Sebentar lagi saya nak bertolak pergi Jepun. Jadi saya ingin meningalkan gambar-gambar saya kepada awak. Semuanya gambar yang pasti buat awak terangsang. Sila taip ON ENAK dan hantar ke 12354. Anda pasti tak akan rugi.
Ulasan saya : Err.. Apa gila kau? Dah takde maruah? haha. Ladi satu aku takan lah nak hantar ON ON ni. Nanti setiap minggu kau makan kredit aku. Puiih ! Gambar/videonya takdapat jugak. Baik tengok redtube
3. SMS Mencari Teman
Contoh : Heyy, anda seperti muram sahaja. Sedih? Tiada teman yang ingin bersama dengan anda? Jangan bimbang, semuanya akan diatasi jika anda pergi ke SAYA KAWAN BARU AWAK.  Semestinya berjuta teman yang setia menunggu dan berkawan dengan anda. Cepat jangan biarkan hidup anda keseorangan. Sila lawati www.sayanakkawan.com.my .
Ulasan saya : Takpelah. Aku tak percaya semua ni. Dekat sekolah aku ada ramai kawan. Lagi satu mana kau tahu aku tengah muram ke, sedih ke. Kau intip aku ke? Facebook pun ada ramai kawan lah. Takapai duit pun.
4. SMS Setting/Notification (untuk telefon baru beli)
Contoh : RM0 : Anda akan menerima tetapan untuk [ Jenama Hanset Korang ]  sebentar lagi & juga MMS percuma dari myFREEMMS untuk 2 minggu
Ulasan saya : Oh haa okay. Terima kasih. :)
5. SMS Tipu/Bohong! (aku benci)
Contoh : Rm0.00. Kepada 01******** . Anda belum mendaftar untuk Servis bla bla bla . Taip ON TT dan hantar ke ****** Untuk dapatkan content terbaru. Tiada caj dikenakan.
Ulasan saya : Err. Yeke? Perlu ke? Taknaklah. Biarjelah content henset aku ni macamni, lagipun dah buruk luarnya. So dalamnya pun biarlah tetap buruk.
6. SMS Free CallerRingtone
Contoh : PERCUMA 1 CRT! A1.A Thousand Years-Christina Perri. A2. Paradise-Coldplay. A3. Aishiteru-Zivilia ; Untuk terima SMS A1, A2 atau A3 ke 29800 sebelum 24sept.
Ulasan saya : Emm. takpelah, takminat caller caller ringtone ni. Dapat dengar sekerap je. Baik bukak MP3, boleh dengar puas. :P


Dan sebenarnya banyak lagi jenis jenis SMS yang pernah saya dapat mahupun korang semua. Semua yang dekat atas ni kebanyakkannya mesti korang pernah dapat juga kan. Mesti punya lah. Lagi-lagi nombor 2 tu. Bagi yang kaki seks tu mesti terus langgan. So kesan yang utama bila langgan benda-benda yang tak elok, yang menipu ni, mestilah kredit korang habis ditelan serta-merta setiap minggu/bulan kan. Jadi sayangilah kredit anda.
So korang renungkanlah eah. Akan aku buat lagi cerita mengenai Jenis SMS ni akan datang dengan input yang menarik *maybe, aahaha* Jadi semua tunggu je lah eah. 

Bermulalah Era Skema-Skematik

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:59 PM TOTAL COMMENTS : 0

Wokey sebelum tu nak hip hip hop hoorayy! Motif? Berdasarkan penyiasatan dan ujikaji dan penglihatan yang tajam. Rupanya follower dah menunjukkan pergerakan dan perubahan yang mendadak dan dramatik. Dah  berubah menjadi 300. Jadi taniah lah kepada aku sebab dah ada Troopers yang skema yang baru yang ke-300 yang yang yang. Banyak betul yang. Okay stop meraikan ni. Malam nanti nak buat party rock retro techno future anthem dekat Studio KRUe :P


Okay Assalamualaikum kawan-kawan semua ! *err ayat* . Sebenarnya terlalu banyak idea or something lah nak update dekat blog ni ha. Banyak sangat cerita tau. Tapi InsyaAllah aku update nanti. Malam ni ke kan, kalau sempat atau tak malas. hehe. Jadi sekarang ni aku tak tahu mana dulu nak tulis. err..


-4 DEKAD KEMUDIAN... <---- tipu

Ohh ha. aku nak cerita/cakap/tulis/bagitahu/beritahu/kasitahu dekat kamu semua orang lah kan. Semua ni mengenai satu company/syarikat/kumpulan/crew/kru yang sedang dihandle oleh aku menggunakan handle bmx. Okay ramai yang taktahu malahan tidak sama sekalai pernah dengar tentang SKEMA-SKEMATIK PHOTOGRAPHY kan. ha Disinilah bermulanya penceritaan aku pasal nama ni. Skema-Skematik ni adalah sebuah err ape eak nak panggil. Company? boleh? boleh lah. Ha kira satu company lah. Company ni pasal photography.  Baru je nak naik. Pun baru ditubuhbadan kan. Baru wujud tahun ni (awal tahun 2011) . 


Jadi sekarang ni kira aku nak promote lah. Bagi namaa Skema Skematik Photography ni lebih dikenali ramai orang di seluruh pelusuk negeri, negara malahan berharap planet juga :D . Jadi apa-apa pun kalau nak tahu lebih lanjut tentang Skema-Skematik Photography ni. boleh melayari pautan-pautan berikut yang tertera di kaca monitor anda :

- Blog : http://skema-skematik.blogspot.com/  <--- Jarang Update. Sejarah Skema-Skematik ada kat dalam blog tu :)

***PERHATIAN : SKEMA-SKEMATIK SEDANG MENCARI PHOTOGRAFER BARU. KEMASUKAN PERCUMA SEHINGGA AKHIR HAYAT. KALAU BOLEH AREA BATU PAHAT. TAPI TAK KISAH KALAU DARI AREA LUAR PUN. :) 

Kerja Rumah Yang Dasyat !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:07 PM TOTAL COMMENTS : 2
Heyya! Assalamualaikum semua penghuni bumi dan planet planet lain ! Harap semua sihat walafiat macam orang yang sihat. *errr* . Saya harap tak lah sakit macam orang yang sakit tu *err lagi* . Okay. malam tadi kan. yee macam semua orang taktahu kan. Kan ada AIM 2011. haha. aku serta semua orang yang tengok AIM malam tadi mesti asik dok tergila-gila itu budak mat salih  tu kan. Greyson Chance. eh yeke? aku tak pun. haha dekat facebook siap masing-masing nak cakap dia tu pakwe diorang. huh. *macam dapat je* haha. eh lantaklah. aku tak minat dia. taknak cerita pasal dia. :P

Ni semalam aku baru jumpa doktor pakar dari jepun serta 3 orang pakar kaunseling dari Amerika dan dua orang selebihnya dari Perancis. Appointment or meeting dekat hotel Katerina. yah diorang datang. diorang kata aku perlu berehat, lepas cek-cek semuanya. Diorang mengesyaki aku ada masalah tangan kiri. tangan yang aku buat tulis *aku kan kidal* Dia kata kalau terlalu kerap buat kerja rumah or lebih mesra dipanggil homework dari sekolah. Aku mungkin akan penat, tangan aku munkin akan kesakitan. Dan lebih teruk lagi aku akan marah-marah, stress sebab cikgu dekat sekolah aku tu dah macam kasi kerja rumah macam aku ni cuti setahun. Siap berlambak lagi seyh. Pembetulan lah. Karangan bm kena salin 20 keatas karangan. Bi pun lebih kurang. salin jugak.

→ Mesti korang percaya pasal doktor pakar dari Jepun tu dan 3 orang pakar kaunseling kan. haha. Aku tipu je tu, saja buat cerita hangat. kan. hahaha ! Tapi pasal kerja rumah tu aku tak tipu. cuma aku benci. :)






Benci Kau ! Peduli Apa Aku !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 2:25 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum. okay. Bye. Tu je nak cakap. *haha sengal* Eh korang nak tahu tak. Taknak pun takpe.  Eh takpelah aku macam terus tak jadi nak cakap. Rasa macam berdosa pulak. Tapi err. GO ahead lah. kahkahkah. Like setupid pulak ayat. naa

Aku adalah seorang member ni. dia bernama Lelaki [ bukan nama sebenar, sebab dia taknak sebarkan nama dia ] Yeah. okay. aku tengok dia ni dah macam orang terejal masuk hospital bahagia pun ada jugak. Gila hebat perangai, mengalahkan Green Lantern mahupun Angry Bird.. Bapak series sey memang meluat gila dengan perangai beliau *beliau lah sangat. puttuih * Tapi aku masih tahan kesabaran aku. Tunggu masa je. 

Kau nak tahu perangai dia. Whoaa. tapayah tahu pun takpe. Menyesal je nanti. Kau bayangkan je macam  Hulk warna hijau taik lembu tu. Ha lebih kuranng jelah tu. Agresif gila. memang kawan ke tak kawan ke memang dia bantai je. ''Balun je'' moto hidup dia *tipu* . Tapi series weyh aku macam tak sanggup nak bermemberkan dengan dia. Habis hidup aku.

Lagi satu yang aku tak berkenan dengan dia ni. Dah lah perangai macam hulk, muka pun 50-50 je hemsem hodoh. Dekat depan member-member yang lain wah bahasa siap macam-macam keluar, babi,buaya,babun,sial,f*ck dan yang lain-lain sama waktu dengannya. Tapi bila nampak perempuan, jumpa perempuan, wah berbunga-bunga ayat, sampai boleh cair perempuan tu. Di sini aku menegaskan bahawa Aku bukannya jeles or something. Series aku cakap, aku cuma kesian dekat perempuan yang sangkut dekat dia. Whoaa, dia kasi ayat je, terus couple, lepas tu tinggalkan dengan alasan yang tak munasabah mahupun yang boleh diterima oleh Leonardo Da Vinci. 

Demm betul lah perangai dia!. Aku tegur dia taknak ngalah. tetap dengan pendirian kepala batu belah batu berrtangkup dia tu. Lantak kau lah. Hidup kau hidup kau, hidup aku hidup aku !

Semangat Blogging Boleh Hilang.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:57 PM TOTAL COMMENTS : 0

Okay hai assalamualaikum semua. Emm. Sekarang ni memang saat yang membosankan. Series. Tak tahu nak buat apa ni duh. Layan movie pun balik-balik movie yang sama je. Nak download, haduii. terasa berat sangat nak download. Nak layan game. huh! jangan harap lah yunk oii. Bosan seyh. Game dekat komputer aku ni semuanya dah tak up to date. Nak bukak lappy abang, tapi macam banyak kerja nak buat, nak pasang itulah, inilah. macam macam. So biarkan jelah

Ni lagi satu, dekat blog. Tatahu jugak nak cerita apa kan.  Nak taknak tetap update jugak lah walau pun takde cerita, nak buat cerita UFO mendarat dekat rumah Fasha Sandha memang nampak betul lah tipunya kan. Nak cerita kisah benar, rasa takpayah kod. Dekat TV3 tu ada kan kiasah benar. 

So nak taknak terpaksa lah tulis walaupun entah melalut cakap pasal jari kelingking kena gigit nyamuk malam tadi. Dok sampai berjele-jela cerita pasal nyamuk tu, siap kasi nama lagi. Ohh tapi tu bukan aku, itu orang yang duduk dekat pelusuk negeri jiran-tetangga tu ha. 

Aku terfikir, kadang-kadang semangat nak berblog ni boleh hilang sekelip mata atau pun sekelip  mulut, ada jugak hilang dengan secara perlahan-lahan. Mesti ada yang perasan benda ni terjadi kan. Tapi agak-agak tahu tak puncanya? Ha kalau yang baca ni dah buat muka pelik, tak tahu lah tu namanya.kan. Okay. apa yang aku tahukan. Aku kasi contohlah. satu hari kita punya lah excited gila babeng kan untuk update blog, nak tulis pasal something info atau cerita atau sesuatu yang sangat menaik bagi diri dia, dan mungkin bila dia post cerita dia tu, dia mengharapkan orang suka dan Like, serta komen mencurah sampai tak muat 8 baldi. Ha takpelah harapan tinggi.

Tapi, kalau dah berharap tinggi tapi tak membuahkan hasil seperti apa yang kita nak, mesti kecewa gila kan. Frusst sitambah dengan strees kan. Kita dah eelok-elok buat post yang menarik, satu spesis makhluk pun takde yang komen or buat something. Jadi dengan perkara tu terjadi, semangat nak ber blog berkemungkingan kecik boleh hilang dalam diri. Betul ,aku tak tipu ! 

Jadi korang-korang yang ada blog tu, kalau dapat situasi sebergini rupa, don't giveup awal-awal. Mungkin ada salah-silapnya dekat entry kita tu. Mungkin pada mata kita nampak okay. Tapi dekat mata orang mungkin tak. So dugaan dalam dunia ni banyak. Cuma kita je kena tabah menghadapinya. 
Adioss!

Aku cakap ni pun sebab benda ni dah pernah berlaku dekat aku. Hanya untuk perkongsian kita bersama dalam blog. :D

Info | Perkara Menarik Tentang Bloggers

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:14 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum semua. haa .. Nampak tajuk tu kan. Ni ha aku nak kasi lah serba sedikit pasal bloggers dekat dunia ni lah. Dunia kod. haha. Tapi ni bukan semua bloggers memiliki perangai macamni. Benda ni aku tak copy mana mana laman web or mana-mana sumber. Sumber yang utama lagi asli dari otak aku sendiri. Made in Arep Skema's Brain ! Okay lets start !


1. Nama/URL Blog.
- Ha ni kebiasaannya berlaku pada bloggers yang baru lagi, yang masih fresh ! Lagi-lagi yang masih berangan-angan nak buat blog tu. Mesti nak letak nama/url yang gerek-gerek. Yang style gila. Yang macam kalau orang tengok wajib cakap WHOAA ! haha. Itu mesti punya lah. Semangat tinggi . Tapi itu tak semua blogger buat, yang ada setengah blogger cuma letak nama blog atau url emm alah, entah pape je. gitu-gitu je. Asalkan ada kan. 

2. Template/Tema(Theme)
- Ni juga lagi satu problem jugak lah untuk bloggers sekalian. Memang series. Cuba pikir. Biasa orang yang baru buat blog tu memang tak sah kalau tak cari theme yang cantik-cantik. Bagi yang memang pakar dalam coding dalam blog ni. Ha amikau ! buat sendiri je. Tapi yang ada sanggup 24 jam sehari semalam tak bangun dari kerusi komputer semata-mata nak cari/download theme yang style untuk blog mucuk-mucuk dia tu haa. Lepas satu try, cuba yang lain pulak, Lepas tu tukar lain. Sampai tak sudah , Sedar-sedar dah 3 hari asek dok menukar theme blog je kau. Lantak lah. hehe.

3. Widget/Gadget
- Ha ni pun sama. Lepas dah 3 purnama cari template. Cari pulak widgets/ gadgets yang berbagai rupa tu ha. Ada setengah bloggers tu kalau boleh apa segala jenis gadgets yang ada untuk blog ni kalau boleh nak letak semua. Kadang entah yang apa-apa je letak, pelik pelik je. Boleh memberatkan blog tau. Tu kesannya ngoii. Bila dah berat mana ada orang nak datang singgah blog kan. Sendiri mau fikir lah kan :)

4. Followers
- Ehem. emm ni pun satu lagi topik yang digempar-gempur kan dalam dunia blog. Bloggers mana yang taknak ramai followers kan. Lagi lagi dah ada URL gerek, template style, gadget bermacam jenis rupa. Mesti nak followes jugak. Memang obses gila lah nak cari followers. Sanggup promote kat orang lain. Cakap suruh masuk blog, lepas tu follow. Promote tak henti-henti. Kemaruk bebeno orang macam ni. Lama-lama ada lah jugak orang yang follow. tapayah paksa sampai tahap ugut letak kapak celah kelengkang sekali.

5. Comment
- Emm ni pun jugak. Biasa punya lah. Mesti jeles kan tengok blog orang lain. Komen sampai berpuluh-puluh orang komen dalam satu entry tu kan. ha. So apa lagi buat jugak lah perangai. Ugut-mengugut, paksa memaksa suruh komen. Walaupun tak seberapa. tetap komen jugak lah. Ini biasa terjadi dekat sesetengah bloggers ppunya lah. Aku jamin ! haha.

6. Entry/Cerita
- Ha ini yang paling ketara dalam dunia blog. Yang paling utama dihadapi blogger sekaliannya. Biasanya bloggers baru guna perkataan atau bahasa yang pellik-pelik. Bahasa 'alien', ye korang mesti tahu kan bahasa 'alien' ni. Tapi ramai tak suka baca ayat style macamtu. Menyusahkan lah ngoii. eja satu satu apa salahnya kan. Lagi satu paling ditakuti oleh blogger ni kan. Bila dah tekan 'New Post'. ha mulalah nak terpinga-pinga. Garuk kepala yang tak gatal tu. Mata liar tengok mouse pointer jalan-jalan. Tak tahu nak tulis apa. Dok tengok je komputer tu sampai tembus segala-galanya kan. Idea tak ada lah. Tu memang perkara biasa dihadapai blogger lah. 

7. Traffic
- Ini yang paling hebat dan mencabar bagi bloggger. Bila dah ada semua yang dekat atas ni kan. Traffik mestilah nak kena naik terus menerus. Bila dah naik mesti kena maintain kan. Takan dah naik tinggi ke puncak. Tub tub esok jatuh gedebuk tergolek-golek. kan. malu lah macamtu. So korang-korang semua kena pandai lah nak naikkan trafik biar selalu masuk. Cari lah tips-tips nak naikkan trafik korang tu ha. Kat google banyak lah kak oii. 

 Ha okay buat masa ni itu dulu yang perlu aku ulas *walaupun tak berapa pandai nak ulas*. Next time aku share lagi info dari pandangan aku sendiri ni ha. Apa yang ku cakap ni ada betulnya. Memang terjadi. so bagi yang ada kena-mengena dengan apa yang aku cakap ni, ada yang terasa, tu takpe lah. It's okay. untuk pengetahuan korang jugak. 
So keep blogging nicely !