Cerita Seorang Rubik's Cube

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 10:05 PM TOTAL COMMENTS : 12
- Pelbagai Rubik's Cube
Huh ! Ape benda tajuk tu? Macam pelik kan baca. Eh mestilah. Aku pun taktahu kenapa letak macamtu. haha ! lol! Aku nak tulis novel ke? Sinopsis buku Mathematics ke? Ohh Helll-noo! Okay lets start. Korang tahu apa itu Rubik's Cube? aha mesti tahu punya. Benda di top popular dekat satu bumi ni. Kuno lah bagi yang tak tahu. Tapi bukan aku nak cerita asal-usul permainan ni atau something about it lah yaw! 

Apa yang saya fokuskan dekat sini ialah pasal aku dengan Rubik's Cube nilah. Ehem. Aku dah boleh selesaikan. Baru je tadi. ehehe. *tepuk tangan* . Hari tu abang aku balik dari asrama. Then dia bawak benda ni. Lama jugak aku teringan nak beli Rubik's Cube ni. Tapi tak terbeli-beli. So ni ada peluang apa lagi. Aku lenjan kasi habis lah !
Dipendekkan cerita, aku mintak lah abang aku ajar nak solvekan Rubik's Cube ni. Whoaa! Series, susah dari apa yang aku jangkakan. Ingat main pusing-pusing,atas bawah kiri kanan lepas tu dapat semua warna sama. Tapi amik kau! Pelepuk! Susa seyh. Step-by-step nak learn benda ni. 2-3 hari tak cukup bagi yang cetek minda atau kurang daya pemikiran. Kalau yang cepat tangkap, satu hari je boleh kod. *kod lah*. Game Rubiks' Cube ni ialah menyuruh kita samakan semua warna-warna yang bersepah tu. Ada caranya lah. Kalau nak tutorialnya. Search je dekat google atau youtube. Berlambak lah makk oii !

So aku kira dah pandai lah jugak nak selesaikan ikut semua warna sama, cuma terkedek-kedek sikitlah. Yelah baru belajar kan. Lama-lama okaylah kalau selalu buat. Mesti boleh punya kan :)
Jadi siapa-siapa yang belum pernah cuba main Rubik's Cube ni, aku sarankan korang pergilah beli. Dapat yang 3X3X3 cukuplah. Tapayah sampai yang ada 17 kotak. Terpele'ot kang otak korang tiba-tiba nak selesaikan. Amik simple dulu baru yang hard. :D

Semoga Berjaya Menyelesaikan Rubik's Cube Korang !

Sejarah Rubik's Cube : http://uniqpost.com/15842/sejarah-rubiks-cube/

Ni aku sertakan dengan orang paling pantas menyelesaikannya :)




Kalau Korang Nak Tahu, SearchBox Ini Gila !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:25 PM TOTAL COMMENTS : 0

Arrgghh!! 
Assalamualaikum.. Semua. Sihat. Malam-malam macamni rasa memang sesuai kod untuk aku update blog. hihi. Sebabnya mungkin lah, Ia lebih kurang macam nak bermuhasabah diri. Kan. Okay contohnya, biasa orang yang pakar kata sebelum tidur kena lah bermuhasabah diri. *okay tu selalu aku buat* . Caranya, sambil kita baring tu,pejam atau celik up to you lah. Korang ingat lah balik apa yang dah berlaku seharian tadi, apa yang korang buat, baik atau jahat. Then kalau rasa bersalah. Buatlah keputusan sendiri . Ha okay taknak cakap panjang lebar pasal muhasabah diri ni. Bukan topik malam ni lah nyoll ! haha !

Topik malam ni ye. Aku pun tengah pikir, macam dah nak dapat, tapi lari pulak. Macam nak taknak masuk otak. Well. aku cerita jelah. Seharian tadi macam nak gila aku dibuatnya *dari 2 hari lepas kod* . Mana taknya. Mula-mula Searchbox aku rosak, entah kenapa gila macam ape. Aku enter keyword or something lah, tekan SEARCH tapi takdapat maklumat [ no result ] Whoaa! gila babeng. Tapi takpe, aku tetap berusaha betulkannya. Macam-macam usaha aku cari sampai ke lubang cacing. Dah macam-macam aku buat, tapi hasilnya hampehh gila. Sakit hati *sambil bukak mata besar-besar tanda protes

Tapi last-last aku jumpa search box Google Ajax Search APIhttp://jeritanblog.blogspot.com/2010/11/new-google-ajax-search-api.html ] Okay tu aku suka sebab dia okay. Tapi ada tapinya. Slek nya benda alah ni takboleh nak adjust width,height,padding etc. Huh gampang gila ! Nampak tak cantik tau sebab nampak kecik kemetot je kat sidebar. Solutionnya aku letak border, ha baru nampak berisi sikit. 

Aku ingat nak letak dekat atas post. Tapi, *a'ah ada tapinya*. Bila dah keluar result nya. Habis berhimpit-himpit resultnya. Dah haru-biru pulak resultnya. So kesudahannya aku letak je kat sidebar. Then search bar yang lama aku biar je.Sebab cantik designnya. Simple maa. Maybe tunggu masa je kodd aku kena buang.  Hehe.. 

So kesimpulannya. Aku tetap berusaha memperbetulkan searchbox yang asal ni. Dari semasa ke semasa lah. Kalau ada sesiapa yang tahu nak betulkannya, haloo haloo kau aku lah :) Terima kasih.


Aku Perlu Rajin !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 8:12 PM TOTAL COMMENTS : 2


Assalamualaikum. Ehem. Ha tengok tajuk tu. Macam gerek je kan. Eh mestilah. haha. okay. Kita mulakan. Kenapa dengan tajuk tu dengan diri aku ni ha? Sebelum ni aku malas ke? Macam penganggur ke? Eh tak lah. mana ada. Cuma malas sikit je *konon* haha. Okay tak. mana ada. Sekarang ni nak menjadi rajin lah sikit. Nak buang malas tu jauh jauh jauh sana. Kita mesti ada buat perubahan dalam hidup kita kan. Mana boleh maintain je. Berubah sikit pun jadilah. Tapi janganlah kau dah baik baik jadi budak rajin, baik, pandai tapi lepastu nak berazam jadi budak jahat. Nak merompak bank Perancis pulak. Nak pergi Shopping Complex pun mintak mak duit tambang,inikan pula nak naik flight pergi Perancis semulut-mulut nak rompak bank sana. Bingai. 



Ha okay. stop merepek . Kenapa aku nak beruk berubah? Ape yang perlu diubah? Nak upgrade apa lagi? Whoaa macam-macam okay. Antaranya yang aku dapan kesan untuk kali pertama ialah

Solat 5 waktu kena cukup. [ selama ni tak cukup *jujur* ]
→ Study lebih masa [ nak SPM next year ]
Kemas bilik setiap masa.[ sekarang dah macam lubuk peninggalan perang ] 
Update blog setiap hari [ kalau boleh lah ]


Okay buat masa ni itu dulu yang aku perlu buat. InsyaAllah aku akan buat tanpa paksaan :) Cukup sekadar sokongan moral atau sokoongan dari belakang. Tak usah lah nak upah cheer leader yang terlompat lompat tu. Aku tangah update blog, tetiba je kang diorang dekat belakang aku, terkinja-kinja sana-sini macam kuda dapat air pepsi *abaikan kuda dapat pepsi tu*. Bersorak. Kang tak memasal makan tangga kat belakang rumah aku kang. 


So ehem. Mesti tanamkam azam. Jirus air setiap hari. InsyaAllah menjadi :D 

-semulut-mulut = semata-mata *saje ubah*
we mustmake something 
change in our life, right?

Perhatian ! Semua Blogger Perlu Tahu !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:14 AM TOTAL COMMENTS : 2
Ha okay. Assalamualaikum semua. Tak jawb dosa :). Sekarang ni. keadaan sangat kritikal lagi kronik ! Series aku cakap. Ramai yang pernah masuk blog aku ni dulu. Kerap lalu lalang sini. Tapi aku dah buat banyak perubahan besar dekat blog ni. Dan perubahan tu memang memberi impak yang sangat mega besar


Yang pertama sekali. Aku dah tak guna lagi url grunge-note .blogspot.com . Aku dah tukar kepada http://arepskema.blogspot.com . Ha. *buat muka pelik terkejut please*. Okay. Bagi yang ambil berat tu mesti tertanya-tanya kenapa tukar url. Series memang kesan dia buruk. Memang banyak kesannya apabila  kita tukar url blog ni. Tapi keadaan dah memaksa aku tukar. Sebabnya, url lama aku dah takboleh nak post dekat mana-mana Facebook tauk. Bila nak post je nanti ada mesej keluar. kata blog aku dilabel sebagai spam. So marah memuncaklah kan. Kesimpulannya aku tukar lah url sebab aku kembali dalam dunia blog ni.


Jadi kesan keseluruhannya. Aku terpaksa delete semua followers aku. Okay nak tahu followers aku masa tu. 274. Haha !. takbanyak pun. *ketawakanlah* . Jadi memang terpaksa delete semua follower sampai jadi 0 or KOSONG balik. Macam baru buat blog tapi dah banyak entry. Pelik.
Kesan yang kedua. Aku terpaksa unfollow blog orang yang aku dah follow tu. Terpaksa pergi satu satu blog yang aku dah follow. Then kena unfollow blog tu. Then follow balik. Nampak gila kan. Nampak banyak kerja kan. Tapi itulah yang patut dibuat. 

So lagi kesannya. gadget or widget yang coding nya ada pakai url blog. Kena search satu satu lah url lama aku. then tukar yang baru. Memang rumit. Rasa korang tak mampu nak buat. Lagi lagi dah ada 500++ folllowers. Hambik kau !

Jadi sekarang. kerja aku ialah mencari balik followers. Kena rajin berblog balik. Kena buat macam-macam. Jadi sape-sapa masuk sini. Follow yea :)

Pengajaran Atau Penghayatan ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 6:53 PM TOTAL COMMENTS : 0
Okay. Assalamualaikum semua. *semua? haha. macamlah ada ramai baca blog aku* . ni entry yang kedua selepas aku dah lama tak buat entry. right ? haha. Ni nak mencuba cuba balik lah nak taip-taip dekat blog. Karang-karang cerita. Buat-buat ayat kan. 


Ha okay. kali ni aku nak kongsi lah sikit tentang pendapat aku. Pasal filem-filem zaman sekarang dekat malaysia ni kan. Terutama filem made in Malaysia lah. Okay aku pun tak tahu lah nak kategorikan sebagai ape lah kan. Aku terfikir., sekarang dah banyak buat filem-filem *maybe termasuk telenovela, sinetron. or whatever else yaa* . Sekarang macam dah makin banyak buat cerita yang berunsur banyak NEGATIF. Negatif disini merujuk kepada yang lucah okay. Yang gasak-gasak tu aku tak heran beno

Orait !  Persoalannya yang ada kat fikiran aku lah, tatau lah fikiran korang. Apa motif sebenarnya buat cerita-cerita yang banyak unsur lucah memanjang? Perlu ke ada? Adakah untuk menarik perhatian orang untuk datang dekat wayang? nak naikkan nama je? Dosa pahala ketepikan ke? Adakah untuk pengajaran? Pengajaran untuk budak-budak yang tadika? hingus pun masih tatau nak sedut? Kalau pengajaran untuk orang tua, tapayah lah sebab diorang dah lalui kelucahan tu. Emmm



Lagi-lagi pulak. cerita tu siap tersebar luaskan. Kanak-kanak yang tak berdosa pun turut serta tengok cerita menghairahkan tu. Mungkin diorang tatau lagi erti 'ghairah' dalam hidup diorang, tapi lama-kelamaan? Mungkin satu hari nanti diorang pulak yang berlakon dalam cerita sedemikian rupa. Masak mak bapak kena tanggung ! huh ! Kalau untuk tujuan pengajaran pulak. em. okaylah untuk tujuan yang baik. Tapi dengan cara tu ke eak? hehe. Main pegang-pegang, selok sana, selok sini. Cium sana cium sini. haiishh. .  Mungkin kalau tengok cerita tu depan mak bapak diorang, diorang macam segan segan gitu. Tapi mana tahu belakang? Entah lagi teruk dia tengok. 

So. emm. itulah pendapat aku untuk filem-filem negara ni yang banyak unsur yang takbaik untuk tontonan umum. Bukan nak merendah rendah kan filem kita. Just like I say tadi. CUMA PENDAPAT AKU JE. :)
Jadi semua orang fikir-fikirkan lah eah. Baik buruk kita buat sesuatu benda tu. 


no matter what you do, 
must know the impression.