Sekelip Mata Dapat Canon EOS 550D!

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:26 PM TOTAL COMMENTS : 8
-Ni Kamera aku punya tu.
Yahh yahh,, tengok tajuk lah kan. Tu yang permulaan ayat excited macam kena sawan je kan. Ahahaa, okay, series hati gembira sangat ni. Fikiran melayang naik kapal Boeng 848. Mata dah melilau je. Mana tak nya kan. Dapat CANON EOS 550D bhaii!! Siapa yang tak suka kan. ehekehkehkk,, Bapak ah,aku memang tak sangak gila babeng lah kan boleh dapat DSLR sekelip mata kiri kanan je kan. Ni lah kan aku nak cerita lah detik detik indah nya.

Aku mintak DSLR ni dah lama. tapi abah aku kata nanti nanti lah. Semalam aku cakap dengan mak aku,aku nak cari baju baru. So dia kata okay lah, petang nanti carilah. So aku sabaq lagi lah kan. So semalam. abah aku ajak aku pergi jalan jalan. Pergi summit,then abah aku tanya, "Adek nak beli apa tadi?' .aku pun jawab lah, "Nak beli Kamera" tapi dengan style gurauan tau tak. Tapi muka dia series tau, Terus dia ajak masuk Kedai Charlie summit tu. 
Then terus aku tunjuk Canon 600D, memang aku nak sangat sangat bhai 600D ni. Tapi bapak ahh,aku tengok harga dia terus tak berkelip mata bhai. 3000plusplus dehh. Then usha usha yang lain. Ada 550D,1100D, Powershot SX30 IS.
Then, pekerja kat situ, keluarkan lah model 1100D dengan model Pentak k-x punya, dia buat perbandingan antara canon ngan Pentax tu. Tapi setelah lama lama belek belek, aku tolak 1100D, aku suruh keluarkan CANON 550D. fuuhh!! terbaeekk awok cakap. Series, belek punya belek,harga pun 2000plusplus je. so apalagi, bapak aku terus keluar kan barang saktinya, iaitu Kad kredit bhai. terus zappp!. Kamera tu dah jadi milik aku. ahahaha.. Terima kasih abah. :)

So sekarang cuma kena belajar banyak perkara tentang dunia photografi ni. kena mintak Nazreen, Lukman atau sesiapa je yang boleh membantu aku kan. Boleh kan.eeheee.. :D



Penipuan Sejarah

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 8:27 PM TOTAL COMMENTS : 2
-Credit: Google
Hoi korang, korang mesti tak tahu kan. yaya,tengok tajuk lah kan "PENIPUAN SEJARAH". Apa maksud tersirat tersurat dalam tajuk tu? Aku rasa ramai kot yang tak tahu pasal ni. Aku pun baru tahu. Haritu member aku bagitahu pasal ni semua lah. Siap suruh search kat Youtube lagi. Tapi aku tak sempat lagi, semalam aku dah tengok sikit pasal Penipuan Sejarah ni. Then tadi sambung lagi sikit pasal ni. Aku tengok macam betul tau, tengok macam entah lah. Korang pandai pandai lah menilai sendirik eah. Aku tak de lah nak kata benda ni 100% .Tapi kita belajar sejarah dah lama kan. Dari sekolah rendah. masuk menengah. Tapi korang rasa memang betul ke apa yang di ajar tu? Member aku siap cakap macam ni 
"Aku lepas tengok video penipuan sejarah ni, rasa nak belajar sejarah terus hilang"
*lebih kurang macamtu lah ayat dia*

So pape pun korang tengok lah video nya eah.

► Ni yang bahagian 1




► Ni yang bahagian 2




Ermm,dah tengok kan. So macamana? Percaya? terkejut? bosan? terkejut lagi? Tipu je ni? Terkejut buat kali yang ke tiga? ehehe. Pandai pandai lah korang tafsirkan sendirik eah.