Fakta Menarik Lalu Ter'kelakar' Pulak.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 8:56 PM TOTAL COMMENTS : 2
Hye,, ni aku nak cerita lah sikit. Hye, ni aku nak cerita lah sikit,, *bodo,, sengaja aku ulang ayat tuu*. Munkin bukan cerita, tapi macam nasihat, tapi bukan nasihat jugak kot, munkin sesuatu fakta menarik kut. Mesti korang tak pernah terpikir, atau ada yang memang tanak fikir, tak pun ada orang yang dah tabole fikir lagi lah kan. pasal benda benda yang aku nak cakap ni. Munkin macam pelik lah kan info yang aku kasi ni. But kalau dipikir balik macam betul, macam salah,, macam boleh diterima, so pandai pandai lah korang manipulasikan sendiri.




1. Boleh Tak?
Bolehkah korang? Bolehkah korang menyentuh telinga korang menggunakan siku korang? Cuba buat
- Bolehkah korang? Tutup mata sambil celik mata?

2. Sebuah Helikopter Memerlukan Air Sirap
- Sesebuah  Helikopter tak akan menjadi gara gara tiada air sirap. Kenapa?? Ini desebabkan kerana para pekerja yang membuat heli itu akan mati kehausan akibat tidak dapat minum air sirap. Yelah,, takan lah diorang yang penat penat tak minum kan masa buat heli tuu. So heli akan siap sempurna dengan adanya air sirap. Pikir pikirkan lah.


3. Penguin?
- Mesti korang tak terpikir tentang ni. Seekor penguin, bolehkah penguin baring atau menyarap untuk tidur?? Macamana diorang nak bangun ha?? Tak pun pernahkah korang kira jari penguin? Aku tahu tak pernah, sebab cubalah korang kira,, aku nak tengok.. hahaa.. *agak bodo sikit fakta*



4. Berterabur Kan Lagi Senang Kan.
- Kenapa pulak eak? Biasanya berterabur ni memang susah kan. nampak tak enak dimata kan. Then susah nak digunakan. Tapi,, kenapa orang yang mencipta keyboard untuk komputer tu, huruh nya tonggang terbalik? Huruf 'A' jauh dari huruf 'B', Tapi huruf 'Z' pulak yang dekat dengan huruh 'A'. Biasanya kalau ikut ABC yang betul, huruf 'A' mula mula then huruf 'Z' akhir sekali kan. Tapi terabur terabur keyboard tu. Kita tak bising pun kan, kita tak ada nak hantar kedai nak suruh kopak balik buttonyan then susun secara betul, malah masa kita taip tulisan, bukan main laju lagi bagai keretaapi buat drift.


5. Dah Boleh Agak, Tapi Nak Tanya Jugak.
- Ni lagi satu yang orang selalu buat, tak tahu lah nak dikategorikan sebagai apa orang yang buat macam ni. Biasanya, sekarang ni kan tegah musim Facebook kan. So bila dah add sana sini. Then mula lah chat. Tapi soalan yang paling kerap ditanya ialah, "Eh tengah buat apa tu?' Lahhh,, tu yang aku maksudkan. Kan orang tu tengah online Facebook kan. Kok ditanya lagi. Nanti orang tu mesti ada yang jawab, "ONline Facebook je",, tengok betul kan. 
SO kalau nak elak benda ni, tanya lah macam ni, "Tengah buat apa nie selain online Facebook?" , ha macamtu baru betul caranya.. Tapi yang jadi masalahnya,, aku pun selalu buat macam tu, mesti aku tanya, "tengah buat apa tu",, hahaha,, tabole blah.
Lagi satu, kalau kita tanya "tengah buat apa tu?". Mesti yang jawab, "Tak buat apa apa lah".. astaga,, nampak sangat kan ketipuannya disitu,, bukan kah dia tengah taip tulisan "Tak buat apa apa lah" .Kenapa cakap "tak buat apa apa" ?.. huhu agak agak lah wei.. hahaha..


6. Apabila Ditukar. 
- Mesti korang tak pernah pikir jugak kan benda benda ni. Tapi aku selalu gunakan dalam penulisan karangan di blog, hahaa, Pernah kah korang terpikir macamana kalau kita tukar ayat peribahasa, bidalan atau sebagainya?? Mesti macam macam keluar kan. Contohnya:


- Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
- Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
- Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
- Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
- Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
- Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
- Biar korek hidung jangan korek tabung.
- Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
- Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
- Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
- Biar lambat asalkan perlahan.
- Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
- Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
- Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
- Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
- Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
- Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
- Patah tumbuh, hilang report polis.
- Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
- Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
- Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
- Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
- Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

- Harapkan tin, tin pun makan biskut.
- Bagai panau dalam lubang hidung
- Bagai melepaskan bom tangan di tangga jiran
- Bagai mencari sesuatu dalam kain awek,( gila apa?!)
- Belakang membe diterajang, nescahaya tapak kasut membe kat muka kaw. padan muka kaw!



7. Cuba Lah Tukar.
- Kenapa nak tukar? apa yang nak ditukar? Cuba korang bayangkan lah, apa yang akak terjadi kalau laman laman sosial,nama nama laman web, browser atau sebagainya ditukar namanya. Contohnya macam ni.
1. Facebook = UncleFace (muka pakcik)
2. Twitter = Termencrett (terberak cirit,busuk maa)
3. Myspace = MyFatAuntieSpace (kasilah makcik kaw tu ruang sikit)
4. Blogger = TheBatuBlog
5. Mozilla Firefox = Babilla Frogfox
6. Google = Boogle(bogel) / Toogle(togel)
7. Youtube = TiubAwak / YouTiup ISedut

Munkin korang boleh tukarkan sendiri ikut citarasa korang.

8.  Kencing?
- Pernahkah korang terfikir? Kalau kita kencing, kadangkala kita tak akan sedar yang kita tengah kencing sebab kita dok sebok memahami apa yang budak budak conteng dekat dinding tandas awam. Tahu tahu jer dah abis 5 minit yang lalu. Dan pernahkah korang buat, kalau nak kencing dekat bilik air, pernahkah korang catat masa? Bila masa korang kencing paling sekejap.. hahaaa,, buat lah senarai eah untuk masa setahun.

9. Kenapa Nak buat jugak?
- Tahukah korang? Kalau kita disuruh lari, tapi kita cakap nanti penat, dan korang tak suka berlari, tapi kenapa kalau dikejar anjing mesti korang lari?? kan penat nanti. Jalan sudah lah, lagi laju kita lari lagi laju lah anjing tu kejar, so kalau kita jalan perlahan, perlahan lah anjing tu kejar.

10. Mesti punya!
- Tahukah korang? Aku tahu. Semua orang yang baca ni mesti tengah sedaya upaya mencuba untuk menyentuh telinganya menggunakan sikunya sendiri kan kan. Aku tahu tahu jugak, mesti korang nak cuba buat jugak kan tutup mata sambil celik mata tu kan, confem aku cakap, muka korang serupa macam orang gila, macam orang tebiat.

Jadi, kesimpulanyan, cubalah korang fikir-fikir kan pasal info- info ni. Munkin ada betulnya, munkin lawak, munkin boleh apa apa lah yang munkin. Banyak lagi info, fakta yang aku nak bagi,, tapi bukan sekarang, nanti banyak banyak bosan pulak korang baca, so tunggu jelah. okay!


Tutorial: Tukar Warna Highlight Text Di Blogger

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 12:53 PM TOTAL COMMENTS : 4


Huuit!. Okey, untuk tutorial kali nie kann. Aku nak ajar korang pasal nak tukar selected highlight text. Tau? Tak tahu sudah,so kalau tak tahu,follow jer tutorial aku ni eah. hahaa.. Tengok macam gambar ni. Kan highlight nya warna hijau kan dan tulisanya putih kan. So macam tu lah.






Kalau korang tak percaya jugak, cuba lah korang hihlight tulisan apa apa aje kat blog aku nieh. Mesti jadi macam dalam gambar ni kan. kan.. //_^



Langkah langkah nak buatnya


1. Pergi 'Dashboard'
2. Buka ruangan 'Template
-Lagi baik 'Backup Template' blog kauorang dulu. Kalau tak tahu caranya. Tengok Tutorial : Cara Backup/Restore Template Blog
3. Klik 'Edit HTML'
4. Tekan Ctrl+F  dekat keyboard kauorang [serentak]

5. Cari kod dekat bawah ni :

]]></b:skin>

6. Copy/Salin kod dekat bawah ni:

::selection { background: #0E8029; color: #FFFFFF; /* Safari */ }::-moz-selection { background: #0E8029; color: #FFFFFF; /* Firefox */ }::-moz-selection { background: #0E8029; color: #FFFFFF; /* Google Chrome */ }

7. Paste kod yang korang copy tu dekat atas/sebelum kod ]]></b:skin> .

PENGUBAHSUAIAN
#0E8029 = Warna background.
- #FFFFFF = Warna tulisan.

7. Klik 'Preview Template'
8. Kalau tiada error, klik 'Save'


Sila bagitahu kalau menjadi dan bagitahu juga kalau tak menjadi. ;)




Tutorial: Ubah Cursor Di Blogger

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:19 PM TOTAL COMMENTS : 2

Okay. Atas permintaan dari anak buah yang kedua ni. nama dia masih Ieka. Dia nak suruh aku buat tutorial Cursor ni. Sebenarnya banyak yang dia suruh buat, tapi aku tak berkesempatan nak buat. So, macam mana nak ubah cursor dekat blog korang ini? Tengok macam aku punya ni.



Yang normal tu yang biasa lah dan yang hover/link tu kalau kita letakkan mouse kita dekat link yang ada dekat blog  kite tau.
So ni langkah-langkah nak buatnya.

1. Pergi dekat laman web ni. http://www.cursors-4u.com.
2. Cari lah cursor korang. Tak kira lah apa jenis bentuk saiz warna yang korang suka.

-Boleh cari dekat bahagian search nie. Ada dekat bahagian atas.
Cth: black, cartoon, etc.
-Boleh cari dekat bahagian Kategori kalau nak lebih senang
3. Lepas dah jumpa cursor yang korang cintai. Dia akan keluar page lebih kurang macam ni kan.


4. Lepas tu, korang Copy Kod yang ada dekat bawah tu. Nampak tak? yang nie lah.


5. Copy kod tu. Sign In kat Blogger.
6. Pergi Page Element --> Add A Gadget

-Design --> Page Element


- Add A Gadget


7. Paste kod Cursor korang tadi tu kat bahagian "HTML/Javascript"



- Html/Javascript
8. Save! InsyaAllah akan menjadi.


Lepas tu kalau ada gambar ini dekat blog korang. 




Korang boleh buang. Cara nya macam ni

1. Pergi dekat kod Cursor korang tu yang ada dekat bahagian "HTML/Javascript". 


2. Okey, sekarang buang/padam kod yang aku highlight kan tu. Nanti hilanglah gambar yang warna biru tu.
3. Save!

Kalau tak faham ke atau tak jadi, jangan segan nak tanya.