Pertanyaan Disebalik Cerita.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 9:47 PM TOTAL COMMENTS : 2
??? 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penghuni planet sfera ni yaww !

Aku pun tatau kenapa ayat tu tertulis 'PENGHUNI PLANET SFERA''. Tapi tak salah kan. Memang bumi kita bentuk sfera kan, bukan lonjong, bukan persegi

---- TETT ! Okay bukan itu topik nya. Topik kali ni bercampur aduk. Kod ! kehkehkeh.

Dah berpurnama aku asik tertanya-tanya dekat diri sendiri, kadangkala sampai aku bersoal jawab dengan kerusi dapur. Asik bertanya, tetapi hampa. Semuanya hampa sebab itu kerusi. Jadi aku bersoal jawab pulak dengan tayar kereta jiran aku, dapat jawapannya, tetapi jawapan itu berbentuk periuk belanga hentam kepala aku dengan kelajuan seperti budak 3 tahun baling. <--takreti baling leteww jiran aku tu.

Lalu, aku teruskan penyiasatan tentang persoalan aku tu. Kali ni aku berehat, dan termenung depan tingkap yang tertutup rapat. Tiba-tiba ada cicak lalu, aku terus tanya cicak tu, dia hanya menjawab ''cek cek cek''. Lalu aku berlalu pergi dengan meninggalkan cicak itu dekat dalam pengorek pensil yang tumpul. Sadis keadaannya.

Aku pergi kedapur untuk makan, pinggan diambil,nasi dicedok, ikan goreng diambil, sambal belacan aku amik. Makan, tiba-tiba mulut rasa macam kena rodok dengan penyapu lidi, pedas dowh. Lantas aku bangun ambil cawan dan tuang air sepantas yang mungkin. Glukk glukk glukk.. Habis aku minum, tetapi aku hairan dengan rasa air tu, aku belek-belek botol air tu, rupa-rupanya aku tuang kicap masin. Tuuiihh ! Pedas punya pasal, kicap masin satu gelas aku telan tak rasa pape. Memaang macam tett !

Sejurus kejadian tu, aku bercadang untuk tanya dekat semua orang yang baca blog ni, Lalu aku terus tulis-tulis, dan aku nak tanya korang semua:
Tak ramai ke pakai blogger in draft punya dashboard? Ramai yang pakai dashboard lama tu eah? Yang warna oren,biru kelabu entah apa lagi tuh.
Aku terasa macam aku sorang je pakai Dashboard baru ni. Padahal dah lama kan ada dashboard baru ni. Tapi macam senyap je semua, bukannya apa. Kadang aku tengok tutorial kan, kebanyakkan gambar blogger diorang yang lama punya. hehe. Style apa dashboard yang baru ni, lebih stylish bagi aku.  Cuma nak tahu je :D

Notai kakai : Aku saje je reka cerita karut-marut-herot-berot tu je. Bosan sebenarnya :D Fokus utamanya ialah soalan tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)