Perkara Yang Selalu Terjadi Masa Cuti...

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 11:04 PM TOTAL COMMENTS : 2
-Yahh ! [sumber]
Assalamulaikum dan heyyya serta salam sejahtera penduduk planet berbentuk sfera ni :)

Okay,sekarang ni kan cuti akhir tahun kan. So seronak lah kan. *seronak lah sangat* . Series dowh, banyak perkara yang berlaku sebelum, semasa  dan selepas cuti ni. Yaa memang berlaku dekat aku, tu yang aku tulis dekat blog. Tanda aku protes *sambil hentak tangan hentak meja*

Rewind--- Dulu masa seminggu sebelum cuti, aku cakap,eh bila lah nak cuti lah kan. Cakap lama lagi lah nak cuti, risau gila lah hati sebab lama lagi nak cuti, padahal lagi seminggu. Tapi istilah seminggu bagi seseorang insan yang bergelar pelajar boleh diumpamakan bagai setahun 1 hari 2 jam 3 minit 4 saat. Serious Weyh. 

Then bila 2 hari lagi nak start cuti ni. Mulalah otak sewel separuh sedar, cakap eh dah nak cuti siyot. Tak sangka pejam celik pejam celik gosok mata kejap dah mula cuti kan. Lepas tu yang bertambah sewelnya tu, siap cakap, alah nanti rindu dekat kawan-kawan yang konon bajet bajet gangster tu, nanti rindu cikgu marah yang garang gila tu,tapi cantik bila marah. Mula lah ayat ayat rindu rindu tu keluar, lagi teruk sampai Pakcik kebun pun dia rindu. Masalah betul lah. Haiishh

Lepastu bila dah cuti, happy bukan main, macam monyet dapat masuk kilang biskut pisang. Happy lah kan. Yang ada bila ada kerjarumah berlambak, siap bajet cakap masih awal lagi nak buat, cuti kan panjang lagi. Ni memang jadi kat aku ler. Tak tipu. Bila dah pertengahan cuti baru lah terkedek-kedek nak buat sikit sikit, Dalam satu hari tu, 10% buat homework, dan selebihnya berfacebook lah kan apa lagi, takan frenster pulak. Lapuk dah tu. Orang nomad zaman mesolitik je pakai.


Yang takbole blah, bila 2 minggu nak start sekolah balik, mulalah terkelam-terkelabut menyiapkan homework yang dah tersadai kat bawah mesin basuh tu, terkial-kial cari pen,pembaris apa semua. Hati tak tenteram dowh. Series tu terjadi dekat aku shekalang duh. Tableblah. Nanti bila dah 2 hari nak naik sekolah, homework tak siap lagi, memang time tu frust gila sakai lah, sampai mandi, kencing, makan tolak tepi, sanggup cancel date dengan awek/pakwe sekali. Teruk gila dah tu. <--tapi tu belum jadi dekat aku. mwehehehe !

Kasimpulannya padan muka ! Sapa suruh buat kerja last minute? kan dah tanggung sendiri. Suruh aku tolong? boleh. Siap penampaq free kiri kanan lah. Deal ?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. cekbolat dgn smngatnye nk mnulis.. dem-dem.. syg.. buad la pop-up wndow coment yer ^^

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)