Nak Merendah Diri Kena Betul

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 4:28 PM TOTAL COMMENTS : 4
- Gambar Takde kena mengena dowh [sumber]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera penghuni planet sfera ni.

Heyya semua. Okay ni aku macam ada topik 'panas' mendidih mengelegak gila ni. Serius weyh. Kau tengok tajuk pun macam dah bingong tertanya-tanya kan. Jadi apa benda sebenarnya yang ada disebalik tabir tajuk tu dan apa input nya dekat entry ni ?

Merendah diri. Well ya . Sepertimana yang semua orang tahu, merendah diri itu lebih baik kan daripada meninggi diri. Dah macam riak ,takbur marbur semua kan. Dosa tu. Jadi better merendah diri kan. Tapi apa yang aku nak fokuskan dekat sini tuan tuan dan puan puan sekalian yee. 

Kita tahu yang merendah diri tu bagus, tetapi, haa ada tetapinya. Korang kalau nak merendah diri kena berpada lerr. Ayat mesti kena betul. Salah cakap lain maksudnya kan. Ni kalau lu pot pet pot pet cakap dekat Facebook, konon kau kena tindas ke atau kena apa apa yang telah merendahkan maruah korang. Aku bagi contoh ayat ea. Contoh je tau.
Eh apalah salah aku?. Aku tahu lah korang semua cantik/handsome/ada jerawat comel warna pink merah merah, tapi takpayah cakap aku gitu gini gitu gini. Aku tahu aku takde muka. Aku tak secantik/sehensem korang.
Jadi korang nampak tak? ke masih kabur kabur samar-samar pemahaman korang ?. Jadi, daripada pandangan aku lah kan, kau dah merendah diri bagus, tetapi, sepertimana yang aku jelaskan dekat korang semua tadi, yang tadi tu. *kalau taktahu yang mana sila baca entry ni dari mula balik sampai faham* . Korang merendah diri ,ayat kena betul lah kan. 

Berpandukan ayat contoh yang aku tulis tu. Ayat tu tulis ''AKU TAHU AKU TAKDE MUKA''. See, macam dah nampak kan dia punya bangang timbul memuncak sambil mengeluarkan cahaya malap. Maksud aku dekat sini. Kau nak merendah diri, itu okay lah, tapi ayat kau ada spoil lah derr. Nak tahu bahagian mana? Ha bahagian tu lah. Apekebenda yang kau  cakap 'KAU TAKDE MUKA'. Aku tahu kau punya maksud, dan aku tahu jugak sebenarnya kau nak cakap yang 'KAU TAKDE RUPA' kan. *anda dibenarkan ketawa* .  

Kalau kau dah cakap kau takda muka, memanglah takde sapa nak kat kau kan, sebab kau alien,kau takdaa muka. Kalau kau cakap takda rupa, means orang boleh lah faham, maksud kau yang kau ni macam kurang cantik atau kurang hensem lah kan. So ayat kena menepati skema lah.

Jadi dekat sini aku menekanpadatkan point yang aku nak cakap. Disebabkan kau tersalah tulis, ataupun kau memang macam separuh sedar, tak pun kau macam pejam mata kanan sambil garu tapak kaki masa tulis tukan. Kau nak merendah diri, kau kira macam nak dapat kasihan dari orang, macam konon nak orang simpati lepas tu kasi kau pencuci muka yang tak serasi dengan muka kau, yelah biar ada jerawat pink merah merah kan. <--kuangjo lebih ayat aku

Dengan serta-merta onthespot kau macam dapat impact yang kuat gila bhaabiiee.*bhamm!!* Dan lebih tepat impact tu semestinya lah yang buruk kan. Orang terus terkedu bhai baca ayat tu, terus tak jadi nak simpati, kalau ada pun cuma 0.8% jelah, sebabnya ayat tu lah. Masalah dowh kalau macamtu. So nasihat aku, kalau nak buat sesuatu benda tu, pikirlah dulu, buat eskperimen dulu apa yang kita nak buat, pikir kesannya yang akan mendatang.

Oh oh oh, ha ni agi satu, 'KAU' dekat sini tak bermaksud yang aku maksudkan kamu kamu yang tengah baca tu. Ni cuma satu peringatan je. Okay, kan  tak memasal ada yang 'hentam' aku balik kang. Takmao okay. 
So assalamualaikum dan selamat malam atau selamat pagi, tak pun selamat tengahari. Petang pun boleh :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hahahah aku stuju . kalau dah HUMBLE sngt orng tengok akan rse menyampah -,-

    ReplyDelete
  2. @si gadis
    well yaa.. so kena sedar sendiri apa yang dibuat :)

    ReplyDelete
  3. humble mmg laa bagos , tp kalu dh over , geram jugak kan... hehe

    ReplyDelete
  4. @teha
    well betul tu. melebih lebih kadang boleh meluat kan.

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)