Kau Tahu Tak ? Otak Aku Blank Dowh !

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:46 PM TOTAL COMMENTS : 2
-Gambar ni pun blank kau tahu ?!
Assalamualaikum.

Kau tahu? Aku dah berapa banyak tulis post. Lepas tu sangkut tengah jalan, gua save. Simpan dalam draft. Buat lagi, lepas tu sama juga simpan dalam draft. Sampai penuh dekat draft tersimpan post aku yang tak siap. *kebanyakan melalut okay

Kau tahu apa perasaan aku bila nak mula taip, nak mula tekan keyboard ni bertujuan murni nak update blog. Tapi tak tahu nak tulis apa, kau tahu tak., haiishh aku macam panas sekejap dowh !*konon gua nak feeling*. Bila aku nak tidur,time tulah macam-macam tajuk masuk lubang minda, masa nak mandi time tu lah idea berlonggok-loggok macam kat pasar malam tu datang.*3 seringgit 3 seringgit* Senang cerita ,malas nak panjangkan ayat, time tak depan komputer tu lah macam-macam topik yang datang. Faham? ! *gertak ni*

Kau tahu bila dah banyak idea terkumpul kan. Kan rasa, gila excited nak mampos gua cakap lu lah. Yelah mana taknya, otak dah membayangkan macam-macam, hati dah cakap ''huiish aku dah ada banyak story ni nak tulis, itu ini itu ini, whoaa mesti kaw kaw gila lah dapat 'hits' dari semua orang'' So gila excited beb. Aku pun taktahu nak gambarkan macamana lagi ke'excited'tan aku dekat korang ni. Tapi memang macam orang kata memuncak gila dowhh !

Jadi bila dah excited paling tahap tujuh petala langit. So mestilah nak terus tulis kan. Tapi nak tulis macamana?, ideanya datang time tak depan PC kan, jadi takpelah, tunggu esok je update. Tapi yang bhabhiee nye ni kan. Bila semalam aku dah excited sampai tak tidur, ni time nak update ni,! dah duduk depan komputer ni!, dah bukak blogger ni. ! Sadenlii, secara tiba-tiba, Hilang dah semuanya idea tu.*cakap dengan nada kecewa gila* . Gila blank dowh otak. Macam sunyi gila bahagian medula oblongata aku, serebrum aku , sereblum aku macam tak berfungsi gitu. 

Apa yang aku boleh cakap dalam keadaan yang menyayat hati, yang macam dah terkulai layu, dengan hati kecewa gila, marah sikit, bercampur semua jadi satu. Serius beb, terus sentap gua jadinya. Kau tengok aku cakap panjang lebar pasal cerita yang entah melalut ni pun dah berjela-jela panjang kan. Padahal gua nak update story yang ada input dokk tadi. Tapi ini hasilnya. Ngiongg lah derr..

Nota kaki kiri : maaf notanya dekat kaki kanan. lols !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hahaha.. sameee.. idea mlambak, siap pikir lgi nak cakap mcam ni, nk buat gitu

    bila tulis je, ehhh "no, no, no" #BACKSPACE... tulis balik, "ayat xsedap" #BACKSPACE hehe

    ReplyDelete
  2. @Mialia
    hahaha.. kan kan.. macam sakit hati bila macamtu..

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)