Cinta Sekarang Kolot ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:19 PM TOTAL COMMENTS : 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera penghuni bumi.

TOPIK : BERCINTA-PUTUS-MEMBURUKKAN SI DIA

Well yaa cinta kolot? Apebenda aku ni kan. Apejadah nak mengolotkan cinta ni. Well yaa. Aku bukanlah nak cakap yang cinta tu kolot tau. Kang tak pasai-pasai ada yang 'hentam' balik dekat aku, cakap aku macam-macam. Alahai korang ni, pantang ada orang ulas satu benda, terus nak hentam gila-gila. Bukan okay.

So dekat sini aku nak cakap sebanyak sedikit pasal cinta-cinta zaman sekarang lah kan. Err gua bukan pakar dunia cinta cinton ni. Cuma pandangan aku dan aku luahkan je ea untuk direnungkan eah. Dan dan dan dekat sini juga bukan aku cakap yang cinta zaman sekarang je, maybe zaman dulu ada juga kot.

1 2 3, A B C, Alif Ba Ta, Get Set.. Go !

Okay, sepertimana yang kita semua tahu. Kita sebagai remaja yang diharap akan memimpin dunia dengan lebih baik. Mesti tak pernah lepas kan dari cinta. Dalam hidup mesti ada episod cinta masing-masing kan. Mesti jugak ada macam-macam peristiwa kan. Pahit manis masam masin sedap. Kan.

Jadi apa yang aku tak faham malahan tak tahu jawapan sebenar kan. Okay,aku terangkan slowslow ea.  Okay kita nak couple ni. Dah ada orang yang kita minat. Suka. Lepas tu usha. Okay dah dapat. So mula lah kenal kenal, mesej, mintak couple, dapat pulak tu permintaan tu, jumpa, itu ini. Kenal hati masing-masing. Baik buruk dia semua dah tahu. Dah kongsi rahsia ,masalah yang sebutir beras pun cakap. Kan. mesti ada. *Tipu kalau takda*

Bila dah ada semua tu kan. Contohlah. Satu hari korang gaduh sebab benda remeh-temeh. Hal kecik je kalau boleh nak sampai satu dunia tahu. Sampai dekat Facebook tak habis-habis update status pasal korang gaduh kan. Lepas tu andaikata lah kan. Korang break korang punya relation tu dengan alasan atau sebab yang tak logik ataupun yang hal kecik je. Contoh : Bf/Gf kau lupa dodoikan dengan lagu Linkin Park setiap malam isnin. Ni dia tenyanyi kan lagu Cinta Muka Buku Mathematic.  Lepas tu pasal kejadian tu korang gaduh, sampai mintak clash.

So ini yang important thing aku nak cakap. *Sila fokus 100% !* . Bila korang dah gaduh, lepas tu break up. Korang nak maki hamun dia, kutuk sampai 24jam sehari semalam. Tulis lagi dekat facebook. Buat karangan dekat Blogger dan macam-macam lagilah kan. Contoh: Korang cakap - ''Sial lah punya jejaka/wanita. Gua panas gila, aku suruh itu, tapi dia buat ini. Kata sayang gua, tapi aku tengok perangai kau macam tak je. Kau macam ada 'orang' lain je? Sampai lagu dodoian aku kau lupa. Eh siyal dowh. Pergi mampus lah kau, gua ingat kau boleh jaga hati aku, tapi kau sakitkan,  " <--Lebih kurang macamtu okay. Lepas tu pot pet pot pet sampai kepagi jumpa malam balik. 

Jadi apa yang aku tertanya-tenya dekat sini kan. Lu apehal nak cakap macamtu? Dulu kemain lagi nak usha,nak couple kan. Lepas tu bermanja-manja, orang kata sweet couple terus kembang gila-gila. Lepas tu cakap '' Beyybun tanak tinggalkan Beybii. Beyybii je yang ada dekat hati Beybunn.  '' Lepas tu bla bla bla lagi kan ayat jiwang-jiwang semua ni terluah dekat your kekasih kan. Tapi apepasal kau tinggalkan dia juga? Atau ditinggalkan? Lepas tu siap nak buruk buruk kan dia lagi? 

Ape function kau nak couple lepas tu break kau burukkan dia? Bukan ke niat kau nak bersama juga? Pandai cari pandai jaga lah kan. Bukan aku nak condem lah dalam dunia couple ni kan. Tapi cuma tulah, aku tak faham dowhh. Ohh ohh yang paling gua taak paham lagi kan. Bila dah kutuk maki hamun semua tu, siap cakap lah ''Ishh nyesal couple ni. Taknak lagi couple'' Tapi kenyataanya tak serupa dengan ayat tu. Tak lama lepas tu couple baru. Then perkara yang sama berulang. Tiada beza. Boleh terangkan dekat aku tak ?

Nota Tangan : Setiap yang berlaku ada hikmah nya kan. :D


-PART 3 - CINTA SEKARANG KOLOT ? [PUTUSKAN HUBUNGAN SEBAB DISURUH BUAT PERKARA BAIK?]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. nak gelak bace...~^^~...kekadang tersentap jugak..:PPP

    ReplyDelete
  2. @Shamimie is Johari's daughter
    hahaha. baguslah. gelak baik untuk kesihatan..
    well yaa. kadang kan :)

    ReplyDelete
  3. bile da becinta ni mcm2 pekara pelik arep oii..huhu

    ReplyDelete
  4. Wahh..hebat en skema !
    Normally budak2 baru nak up je banyak buat benda kat atas ni..

    ReplyDelete
  5. @Maii Yusre
    ohh yaa terima kasih Maii,
    emm biasalah, diorang baru nak kenal dunia cinta ni. kan.

    ReplyDelete
  6. had0i...rsa cam nak hentak je kpala kat dinding ni ha..

    sempoi je ayat...=)

    beyybun dekali tersebut babun....tu belum beyybii..
    bahasa bebudak la..

    soal kapel bebudak bru nak matang,,besalah tuh..
    org ckap puppy love..hee=)

    ReplyDelete
  7. @si kiut lavender
    hahahaha.. Jangan hentak kat dinding, kat tilam takpe.

    oh haha. kalau terus babi, amikau lah jawabnya. haha..

    hehe.. baru nak naik. baru nak kenal cinta ni ;)

    ReplyDelete
  8. @SyazaSyaziSyazu
    ohh hehe. terima kasih sudi baca dak komen :)

    ReplyDelete
  9. @Iqah QaQa
    haha. tu mesti punya lah. macam-macam boleh terjadi :D

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)