Cinta Sekarang Kolot [Part 2]

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:00 PM TOTAL COMMENTS : 8
Err? [sumber]
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penghuni palanet sfera ni.

TOPIK : CINTA UMPAMA KENTUT ? TABOLEPAKAI

Well ya, aku pun tak menyangka yang cerita Cinta Sekarang Kolot ni ada sambungannya. Baru dapat ilham tadi. Okay lets start.

Mungkin ada dikalangan kita semua, pernah mengungkapkan kata-kata tentang cinta. Aku bagi satu contoh. ''Cinta umpama kentut, ditahan sakit, diluah malu, dilepaskan baru lega'' Sorry aku tak ingat sangat perumpaan yang boleh dikategorikan sebagai bodoh jugak kod. Kenapa aku cakap bodoh? Ha ni lah aku nak terangkan dekat depa semua.

Sepertimana yang kita tahu, cinta tu sesuatu yang macam berharga sangat kan untuk kita. Its like macam something yang sangat penting kan. Okay, kau pun tahu ,dan aku pun tahu, memang sukar untuk kita meyimpan sesuatu perasaan dalam hati , lagi lagi berkaitan dengan cinta ni kan.

Sebagai contoh. Kau ada lah lah minat dan suka seseorang ni, dalam hati kau memang menyimpan 1008 jenis perasaan yang indah kan. Rasa tak tenang je kan kalau tak luah kat dia. Tapi, kau malu-malu taik kucing. Rasa segan kan, lepas tu kita fikir macamana kalau dia tak terima apa yang kita luahkan, apa reaksi dia nanti, adakah dia akan ketawakan kita sebab kita luahkan perasaaan dekat dia. Yaa mesti punya korang akan berfikir macamtu. <--Tipu kalau takda. Cepuk kang !

Jadi, andai kata kau macam konon dah ready nak luahkan dekat dia, memang sedia lah ni, dah tak tahan lagi ni. Memang membuak-buak macam lava gunung berapi tu kan. Jadi korang pun apalagi, pakai semat-semat, minyak wangi 4 gelen, mandi bunga bagai kan. Yelah kod kod dengan semua tu kita dapat kan. So korang pun dengan muka macho/ayu pergi depan dia, korang luahkan semua perasaan korang dekat dia sampai habis. Kira Puas  lah ! 

Dah lepaskan lega kan. Dia pun terima. Alhamdulillah, happy bukan main suka. Hidung kembang 24 jam.

Jadi dekat sini yang perlu difokuskan, imbas kembali kan Perumpamaan kentut seperti cinta tu kan. Memang tak boleh pakai, perumpamaan tu kalau dikaji lagi, difikir secara logik 2kali ganda lagi, ada maksudnya. Korang fikir, kalau korang kentut, adakah korang punya ''hasil'' tu korang simpan?, tak pun contoh, korang kentut dalam bilik, adakah sampai kiamat bau atau rasa atau bunyinya masih kekal? Memang tak lah kan. Sebab mungkin dibawa angin kan. Jadi sama ke dengan cinta? Korang dah luah berjela-jela, kira puas, lepastu dah puas korang tinggakan, lebih tepat terus hilang macamtu saja cinta tu. Adakah macamtu? Itulah persoalannya sekarang ni :] Fikirkan..

Jadi teori cinta umpama kentut memang tak diterima oleh AKU, ye aku, taktahu lah korang. Yaa memang tu macam perumpamaan joke-joke kan. Tapi mana tahu ada yang amik serius kan. So ni aku cuma luahkan apa yang aku rasa, dari pandangan aku je :D . Maybe ada yang tak puas hati kan dengan ulasan aku, takpe. Setiap orang pandangan nya lain-lain :)

PS: Hina sangat ke CINTA tu sampai sama level dengan KENTUT? macam tettt dowhh !



-PART 3 - CINTA SEKARANG KOLOT ? [PUTUSKAN HUBUNGAN SEBAB DISURUH BUAT PERKARA BAIK?]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. hahaha first time cinta di sama kn dengn KENTUT adoyai :D

    ReplyDelete
  2. @si gadis
    haha. kan kan. tabole blah dowh. aku tak terima fakta tu :D

    ReplyDelete
  3. @Akmal Khalidah
    tulah pasal, ramai yang mengumpamakan sedemikian. memang macam tett doh !

    ReplyDelete
  4. ehem...
    mcam2....kentut pun bleh dibuat perumpaman..
    terlampau kreatif tataw nak umpama dgn apa dah...=)

    ReplyDelete
  5. @si kiut lavender
    Haha, tulah pasal. Macam-macam sekarang ni. Cinta pun disama levekan dengan kentut. haishh

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)