Semangat Blogging Boleh Hilang.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 3:57 PM TOTAL COMMENTS : 0

Okay hai assalamualaikum semua. Emm. Sekarang ni memang saat yang membosankan. Series. Tak tahu nak buat apa ni duh. Layan movie pun balik-balik movie yang sama je. Nak download, haduii. terasa berat sangat nak download. Nak layan game. huh! jangan harap lah yunk oii. Bosan seyh. Game dekat komputer aku ni semuanya dah tak up to date. Nak bukak lappy abang, tapi macam banyak kerja nak buat, nak pasang itulah, inilah. macam macam. So biarkan jelah

Ni lagi satu, dekat blog. Tatahu jugak nak cerita apa kan.  Nak taknak tetap update jugak lah walau pun takde cerita, nak buat cerita UFO mendarat dekat rumah Fasha Sandha memang nampak betul lah tipunya kan. Nak cerita kisah benar, rasa takpayah kod. Dekat TV3 tu ada kan kiasah benar. 

So nak taknak terpaksa lah tulis walaupun entah melalut cakap pasal jari kelingking kena gigit nyamuk malam tadi. Dok sampai berjele-jela cerita pasal nyamuk tu, siap kasi nama lagi. Ohh tapi tu bukan aku, itu orang yang duduk dekat pelusuk negeri jiran-tetangga tu ha. 

Aku terfikir, kadang-kadang semangat nak berblog ni boleh hilang sekelip mata atau pun sekelip  mulut, ada jugak hilang dengan secara perlahan-lahan. Mesti ada yang perasan benda ni terjadi kan. Tapi agak-agak tahu tak puncanya? Ha kalau yang baca ni dah buat muka pelik, tak tahu lah tu namanya.kan. Okay. apa yang aku tahukan. Aku kasi contohlah. satu hari kita punya lah excited gila babeng kan untuk update blog, nak tulis pasal something info atau cerita atau sesuatu yang sangat menaik bagi diri dia, dan mungkin bila dia post cerita dia tu, dia mengharapkan orang suka dan Like, serta komen mencurah sampai tak muat 8 baldi. Ha takpelah harapan tinggi.

Tapi, kalau dah berharap tinggi tapi tak membuahkan hasil seperti apa yang kita nak, mesti kecewa gila kan. Frusst sitambah dengan strees kan. Kita dah eelok-elok buat post yang menarik, satu spesis makhluk pun takde yang komen or buat something. Jadi dengan perkara tu terjadi, semangat nak ber blog berkemungkingan kecik boleh hilang dalam diri. Betul ,aku tak tipu ! 

Jadi korang-korang yang ada blog tu, kalau dapat situasi sebergini rupa, don't giveup awal-awal. Mungkin ada salah-silapnya dekat entry kita tu. Mungkin pada mata kita nampak okay. Tapi dekat mata orang mungkin tak. So dugaan dalam dunia ni banyak. Cuma kita je kena tabah menghadapinya. 
Adioss!

Aku cakap ni pun sebab benda ni dah pernah berlaku dekat aku. Hanya untuk perkongsian kita bersama dalam blog. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)