Sebab Air Cool Blog, Kedai Kau Rugi.

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 1:08 PM TOTAL COMMENTS : 4
Elehh. eee.. apa punya kedai lah macam ni. Itu tak boleh ini tak boleh. Bukannya boleh bankrup pun. Setakat benda kecik je. Ha ni lah aku nak cerita. Benda ni terjadi minggu lepas kod.ke 2 minggu lepas. Lupa pulak. Tapi yang penting mesti dah lepas lah, kalau tak lepas buat apa aku nak cerita. kan .

Masatu hari sabtu, aku pergilah jalan-jalan dekat Summit Parade. Bosan kan, lagipun lepas exam, so release tension lah kononya. *konon je* . Tambahan pula nak belikan barang untuk seseorang. So itulah masanya kan. Jadi saya pergi tu dengan kawan lah. Cuma berdua. Mulanya nak pergi sorang je, tapi pikir balik baik bawak kawan sorang, takut nanti jadi pape pulak *bukan pengecut, jaga keselamatan*. Jadi ni pendekan jelah cerita, aku cerita point point yang berkaitan tajuk  je. 

Bila dah round-round Summit tu, mestilah penat kan. Haus. So kitaorang pergilah beli Cool Blog sorang satu bayar sendiri.  Semasa  jalan jalan tu mestilah singgah menyinggah ke kedai ke kedai kan. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni masuk lah satu kedai, kedainya aku taknak cakap lah kedai apa, tapi masa tu kawan aku ada minat something dalam kedai tu, nak belikan untuk awek dia. So masuk lah kan, takan tengok dari luar je. Bila dah masuk.  Terus straight to the point lah kawan aku ni, terus dia tengok barang tu, lepas tu tak semena-mena entah datang makhluk dari mana tah. Dia cakap ''Air tak boleh bawak masuk sini,'' . Aku dah pelik, tapi aku biarjelah, aku pun lalu depan dia, aku cakaplah ''Sorry'' sambil senyum lah tanda hormat dan bersalah.

Tapi yang aku berang gila dengan orang tu, aku rasa tokey kedai tulah. Perempuan. Bila aku dah cakap macam tu sambil senyum, dia tak respect kat aku langsung. Siap dia jeling aku sambil buat muka tak puas hati. Dalam hati aku cakap ''boleh tahan juga orang ni,macam tak puas hati pulak'' . Aku taulah aku salah sebab bawak air dalam kedai kau tu yang tak seberapa tu. Tapi kasi lah senyum sikit ke. Cakap ''takpe'' ke . Ini tak, makin buat muka, aku macam simbah je air CoolBlog aku tu kat muka dia. *macam je*

Member aku bengang terus dia keluar juga, kawan aku tu siap cakap ''kedai macamni pun takboleh bawak air masuk, bukannya ada pape pun!'' Haha sengal tokey kedai tu. Aku rasa kawan aku nak beli barang kat kedai dia tu masatu, tapi dah macamtu situasi nya. Terus tak beli. Padan muka kau amoi, orang nak kasi duit, tapi kau taknak, kan dah rugi ! Setakat kedai macamtu, air pun takboleh bawak masuk. Lainkali letak lah signboard sebesar gajah dekat pintu masuk tu siap kasi suara bagai. Lampu lip lap. Biar orang nampak. 

Ada kedai macam takde kedai lah moii. Pandai jada lah. Lagi satu, kalau nak pelanggan datang, muka tu kasi makeup tebal tebal. Lepas tu buat muka happy. Jangan buat muka bengis mintak tong gas !

-serik aku, taknak lagi masuk kedai kau lagi !

- Yahh   untuk you amoi !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hahha .kalau aku dah lama maki dork kedai tu .sengal jerk

    ReplyDelete
  2. @si gadis
    kahkahkah.. entry ni gua tengah maki lah.. cuma tak banyak, sikit-sikit. je. budus punya kedai.

    ReplyDelete
  3. @Arep Skema

    lain kali tak pyh gi situ lagi dork .summit dah tak de pape laa, nothing special -.-

    ReplyDelete
  4. @si gadis
    yahh memang aku taknak pun pergi kedai tu lagi, tapi summit aku tetap pergi, nak pergi BPMALL jauh sangat, banyak keluar duit.. heheee

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)