Pedas Sampai Ke Otak ! Kau Ada?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 7:44 PM TOTAL COMMENTS : 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera penduduk bumi sekalian. Aku tak tahu nak update apa ni hoh. Serios weyh. Tapi aku tetap nak tekan-tekan keyboard ni lah. Entry aku yang tak berapa nak penting sangat lah. Tak payah baca pun takpe. *eh janganlah*. 

Korang tahu tak apa itu PEDAS? kalau taktahu tanya jiran lah apalagi kan *sambil buat muka bengis*. Yaa kuno lah kalau tak tahu pedas. Orang nomad betul. So disini aku nak menegaskan bahawa saya Arep Skema Bin ****** [maaf nama beliau disamarkan] . Yaa aku, sapaq lagi kan. Memang tak tahu tahan pedas. See, nampak tak kelemahan aku, lepas ni kowhang tapaya dok nak paksa aku kasi benda pedas okay. Pelepuk atas dahi kang.

So sebab aku taksuka pedas? Tekan SINI . Tak pun search lah Google, kau search tajuk entry ni. Nanti jumpalah :P . Sebabnya ialah :
1. Lidah aku lidah manusia. *takan haiwan pulak ye daak*
3. Lidah aku warna pink ada putih sikit. *ada ke warna lain*
4. Mak aku selalu masak pakai cili yang memang kaw kaw punya. Baling dekat pintu pun boleh lebuq caiq pintu tu *eleh tipu tipu*
5. Mak aku kalau masak kalau boleh nak letak satu paket cili dekat masakan dia tu ! *fuhh berasap kuali*
6. Mengikut kajian,lidah aku ada genetik luarbiasa <--sila jangan percaya
7. Mana lah aku tau kenapa aku tak tahan pedas. Dah memang Allah cipta aku macamni. So itulah sebab muktamadnya :D
Korang tahu apa cara mengatasi bila dah makan mahkluk mahluk pedas ni? Kalau naktahu cekitaut .zasss !  
1. Memang cari Airlah. takan cari pembaris pulak. Yahh air wajib sejuk tahap bawah takat beku !
2. Kalau takdo ayaq. Air batu pun nyoyot jelah. Asalkan sejuk !
Korang tak pernah kan rasa pedas sampai ke otak? *whoaa bunyik gilababeng kan* Ha aku dah selalu dah kena. Macamana rasanya? Lidah kau akan rasa pedas yang memang tahap gila, sampai mata berair, hingus mencair, air liur kau mencair juga dah tak berhenti ada dalam mulut kau, then dekat kepala rasa macam bisa gila. Tu paling maksimum gua pernah terjebak lah. Paling minimum pedas biasa je, Bahagian tengah-tengah pedas aras telinga. Pun korang tak pernah rasa kan. 

Kesimpulannya atas semua pengomelan aku yang korang tak baca ni. *maybe, err sesetengah* . Aku tak suka PEDAS. Jadi kalau siapa-siapa jadi bini aku ke, nak ajak makan warung mamak 5bintang ke. Jangan recomen aku benda pedas ni. Kompem gua balik dulu , kau makan lah makanan aku tu sorang-sorang ngadap muka mamak tu. :P

Notakaki: Entry aku tak panjang, cuma tulisan je saiz besar. Tu yang nampak panjang :) Lagi satu aku baru tukar Font-Family, dulu pakai Allerta, sekarang pakai Terminal Dosis :D Okay tak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Haha, suke gile makanan pedas :) dah meleleh air mata pon nak makan jugak,.. hehe

    ReplyDelete
  2. @Mialia
    huh ! taksuka-taksuka.. boleh huru-hara meja makan tuh kalau pedas gila :O

    ReplyDelete

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)