Info | Perkara Menarik Tentang Bloggers

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 5:14 PM TOTAL COMMENTS : 0
Assalamualaikum semua. haa .. Nampak tajuk tu kan. Ni ha aku nak kasi lah serba sedikit pasal bloggers dekat dunia ni lah. Dunia kod. haha. Tapi ni bukan semua bloggers memiliki perangai macamni. Benda ni aku tak copy mana mana laman web or mana-mana sumber. Sumber yang utama lagi asli dari otak aku sendiri. Made in Arep Skema's Brain ! Okay lets start !


1. Nama/URL Blog.
- Ha ni kebiasaannya berlaku pada bloggers yang baru lagi, yang masih fresh ! Lagi-lagi yang masih berangan-angan nak buat blog tu. Mesti nak letak nama/url yang gerek-gerek. Yang style gila. Yang macam kalau orang tengok wajib cakap WHOAA ! haha. Itu mesti punya lah. Semangat tinggi . Tapi itu tak semua blogger buat, yang ada setengah blogger cuma letak nama blog atau url emm alah, entah pape je. gitu-gitu je. Asalkan ada kan. 

2. Template/Tema(Theme)
- Ni juga lagi satu problem jugak lah untuk bloggers sekalian. Memang series. Cuba pikir. Biasa orang yang baru buat blog tu memang tak sah kalau tak cari theme yang cantik-cantik. Bagi yang memang pakar dalam coding dalam blog ni. Ha amikau ! buat sendiri je. Tapi yang ada sanggup 24 jam sehari semalam tak bangun dari kerusi komputer semata-mata nak cari/download theme yang style untuk blog mucuk-mucuk dia tu haa. Lepas satu try, cuba yang lain pulak, Lepas tu tukar lain. Sampai tak sudah , Sedar-sedar dah 3 hari asek dok menukar theme blog je kau. Lantak lah. hehe.

3. Widget/Gadget
- Ha ni pun sama. Lepas dah 3 purnama cari template. Cari pulak widgets/ gadgets yang berbagai rupa tu ha. Ada setengah bloggers tu kalau boleh apa segala jenis gadgets yang ada untuk blog ni kalau boleh nak letak semua. Kadang entah yang apa-apa je letak, pelik pelik je. Boleh memberatkan blog tau. Tu kesannya ngoii. Bila dah berat mana ada orang nak datang singgah blog kan. Sendiri mau fikir lah kan :)

4. Followers
- Ehem. emm ni pun satu lagi topik yang digempar-gempur kan dalam dunia blog. Bloggers mana yang taknak ramai followers kan. Lagi lagi dah ada URL gerek, template style, gadget bermacam jenis rupa. Mesti nak followes jugak. Memang obses gila lah nak cari followers. Sanggup promote kat orang lain. Cakap suruh masuk blog, lepas tu follow. Promote tak henti-henti. Kemaruk bebeno orang macam ni. Lama-lama ada lah jugak orang yang follow. tapayah paksa sampai tahap ugut letak kapak celah kelengkang sekali.

5. Comment
- Emm ni pun jugak. Biasa punya lah. Mesti jeles kan tengok blog orang lain. Komen sampai berpuluh-puluh orang komen dalam satu entry tu kan. ha. So apa lagi buat jugak lah perangai. Ugut-mengugut, paksa memaksa suruh komen. Walaupun tak seberapa. tetap komen jugak lah. Ini biasa terjadi dekat sesetengah bloggers ppunya lah. Aku jamin ! haha.

6. Entry/Cerita
- Ha ini yang paling ketara dalam dunia blog. Yang paling utama dihadapi blogger sekaliannya. Biasanya bloggers baru guna perkataan atau bahasa yang pellik-pelik. Bahasa 'alien', ye korang mesti tahu kan bahasa 'alien' ni. Tapi ramai tak suka baca ayat style macamtu. Menyusahkan lah ngoii. eja satu satu apa salahnya kan. Lagi satu paling ditakuti oleh blogger ni kan. Bila dah tekan 'New Post'. ha mulalah nak terpinga-pinga. Garuk kepala yang tak gatal tu. Mata liar tengok mouse pointer jalan-jalan. Tak tahu nak tulis apa. Dok tengok je komputer tu sampai tembus segala-galanya kan. Idea tak ada lah. Tu memang perkara biasa dihadapai blogger lah. 

7. Traffic
- Ini yang paling hebat dan mencabar bagi bloggger. Bila dah ada semua yang dekat atas ni kan. Traffik mestilah nak kena naik terus menerus. Bila dah naik mesti kena maintain kan. Takan dah naik tinggi ke puncak. Tub tub esok jatuh gedebuk tergolek-golek. kan. malu lah macamtu. So korang-korang semua kena pandai lah nak naikkan trafik biar selalu masuk. Cari lah tips-tips nak naikkan trafik korang tu ha. Kat google banyak lah kak oii. 

 Ha okay buat masa ni itu dulu yang perlu aku ulas *walaupun tak berapa pandai nak ulas*. Next time aku share lagi info dari pandangan aku sendiri ni ha. Apa yang ku cakap ni ada betulnya. Memang terjadi. so bagi yang ada kena-mengena dengan apa yang aku cakap ni, ada yang terasa, tu takpe lah. It's okay. untuk pengetahuan korang jugak. 
So keep blogging nicely !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)