Pengajaran Atau Penghayatan ?

WRITTEN BY : Arep Skema TIME : 6:53 PM TOTAL COMMENTS : 0
Okay. Assalamualaikum semua. *semua? haha. macamlah ada ramai baca blog aku* . ni entry yang kedua selepas aku dah lama tak buat entry. right ? haha. Ni nak mencuba cuba balik lah nak taip-taip dekat blog. Karang-karang cerita. Buat-buat ayat kan. 


Ha okay. kali ni aku nak kongsi lah sikit tentang pendapat aku. Pasal filem-filem zaman sekarang dekat malaysia ni kan. Terutama filem made in Malaysia lah. Okay aku pun tak tahu lah nak kategorikan sebagai ape lah kan. Aku terfikir., sekarang dah banyak buat filem-filem *maybe termasuk telenovela, sinetron. or whatever else yaa* . Sekarang macam dah makin banyak buat cerita yang berunsur banyak NEGATIF. Negatif disini merujuk kepada yang lucah okay. Yang gasak-gasak tu aku tak heran beno

Orait !  Persoalannya yang ada kat fikiran aku lah, tatau lah fikiran korang. Apa motif sebenarnya buat cerita-cerita yang banyak unsur lucah memanjang? Perlu ke ada? Adakah untuk menarik perhatian orang untuk datang dekat wayang? nak naikkan nama je? Dosa pahala ketepikan ke? Adakah untuk pengajaran? Pengajaran untuk budak-budak yang tadika? hingus pun masih tatau nak sedut? Kalau pengajaran untuk orang tua, tapayah lah sebab diorang dah lalui kelucahan tu. Emmm



Lagi-lagi pulak. cerita tu siap tersebar luaskan. Kanak-kanak yang tak berdosa pun turut serta tengok cerita menghairahkan tu. Mungkin diorang tatau lagi erti 'ghairah' dalam hidup diorang, tapi lama-kelamaan? Mungkin satu hari nanti diorang pulak yang berlakon dalam cerita sedemikian rupa. Masak mak bapak kena tanggung ! huh ! Kalau untuk tujuan pengajaran pulak. em. okaylah untuk tujuan yang baik. Tapi dengan cara tu ke eak? hehe. Main pegang-pegang, selok sana, selok sini. Cium sana cium sini. haiishh. .  Mungkin kalau tengok cerita tu depan mak bapak diorang, diorang macam segan segan gitu. Tapi mana tahu belakang? Entah lagi teruk dia tengok. 

So. emm. itulah pendapat aku untuk filem-filem negara ni yang banyak unsur yang takbaik untuk tontonan umum. Bukan nak merendah rendah kan filem kita. Just like I say tadi. CUMA PENDAPAT AKU JE. :)
Jadi semua orang fikir-fikirkan lah eah. Baik buruk kita buat sesuatu benda tu. 


no matter what you do, 
must know the impression.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Dah baca kan? Komen lah sikit. Sikit pun jadilah.
Fikir sebelum menaip. ;)